BAB 73

650 39 1
                                    

Aku meletakkan telefon cikgu Syafiza di tepi peha aku. Nak pass hand by hand macam belum sesuai waktunya memandangkan dia sedang memandu. Aku mengeluh kecil. Penat mendengar pelbagai penjelasan daripada Sarah. Banyak sebenarnya plan mereka yang aku tak tahu. Daripada awal aku ingat what happen to me tu macam bad luck, but actually semua tu plan. 

"Lepasni cikgu tak payah dah la kisah pasal saya. Both of us dah setuju nak live our own life. No more special relationship." kata aku.

Cikgu Syafiza hanya diam. Aku harap dia faham.

Balik sahaja ke sekolah, laju kaki aku melangkah ke dorm. Kak Sha ada tegur aku, tapi aku masih tiada mood mahu membalas tegurannya. Rasa serba salah pula berbuat demikian, tapi sejujurnya aku masih belum menerima apa yang berlaku sebelum ini. Terasa hari-hari kini bagai mimpi. Terkenangkan bagaimana dulu aku hidup atas realiti, tapi rupanya ada di antara kami sendiri yang berpura-pura. Aku dah mula tak percaya siapa-siapa.

Buat masa sekarang, aku banyak menyendiri. Pergi dewan makan sendiri. Pergi surau sendiri. Pergi riadah sendiri. Sama macam awal tahun sewaktu aku baru berpindah ke sini. I need to restart my life. 

"Kau okay tak ni?"Suraya menyoal.

"Nampak aku tak okay ke?" balasku dengan dingin.

"Taklah, kau diam je harini. Eh cikgu Syafiza tu lately dah okay eh?" kata Suraya. Entah kenapa nama itu juga yang masuk dalam perbualan pagi ini. Serabut betul.

Cikgu Syafiza tu bukan dah okay, dia cuma dah tak cari pasal dengan aku je. Atau lebih tepat, tak kisah dah pasal aku. Biarlah aku tak siap homework ke apa, dia tak tegur pun. Aku happy tapi deep down, aku rasa kena ignore pula. Like hello, I'm here kot? Marah lah aku. Dia macam life aku dekat kelas dia dah tak fun macam dulu. Even dulu cam selalu kena aim, selalu kena marah, kena cubit semua tu, it was fun to make her more angry. Seronok main kejar-kejar dengan dia. Seronok melawan cakap untuk defend diri sendiri. Comel je situation tu. Tapi bila everything going smoothly sekarang, aku rasa kosong.

"Kelas bio hari ni aku tak masuk kot weh. Takda mood lah." aku menukr topik.

"Cikgu Wani weh... Kau jangan cari pasal..." kata Suraya.

"Serius-serius. Kau bagitahu la aku pergi bilik kaunseling ke apa..." kata aku lagi kemudian keluar daripada kelas. Sekarang sebenarnya waktu Pendidikan Islam, tetapi Ustazah Jasmin tak ada. Ada berbaki lagi 15 minit sebelum masa seterusnya iaitu biologi. Dah penat tidur hampir setengah jam, aku rasa nak layan perasaan sorang-sorang dekat blok tepi padang sana. Blok sana jarang ada orang, jadi memang port yang sesuai untuk aku self healing. 

Aku bergerak ke blok tersebut. Lokasi belakang tandas jadikan tempat lepak aku. Tiba-tiba teringat port lepak aku dengan Sarah dulu. Kenapa lah masa berlalu macam ni?

'Kalau lah aku tahu both of us ada mutual feelings, aku tak akan pindah sini.' hati aku terdetik.

"Damia Nazihah!" seseorang menegur.

"Haish kau ni... Nak apa?" jawab aku dingin.

"Kau ni ponteng tak ajak... Dah la ambil port aku." kata Aida.

"Eh?" aku terkejut. Since when dia ni ponteng jugak? Aku tak pernah perasan pun. Dalam masa yang sama, aku pun terkejut kenapa mood dia lain macam hari ni. Bukan dia anti aku before ni?

"Kau sihat tak harini?" aku menyoal. Risau la dia tertegur salah orang ke. Dia sedar tak aku ni Damia Nazihah yang dia benci?

"Sihat la! Kurang asam betul kau ni." balasnya. Ish dasar orang Melaka! Suka hati je asamkan orang.

"Kau bukan benci aku ke?" aku tanya direct.

"Memang pun." balasnya jujur.

"Tapi dulu lah. Sebab kau berlagak bagus. Sekarang pun sama jugak, cuma tolerable sikit lah. Kau bukan supposely pergi bilik kaunseling ke?" kata Aida lagi.

"Ha tak pun. Aku saja je cakap pergi bilik kaunseling. Tapi tak pun. Malas nak masuk kelas. Kau bagi alasan apa pula ni? Aku risau la kantoi." balas aku pula.

"Aku bagitahu aku nak pergi bilik sakit. Satgi lepas lepak sini, aku gerak sana la." katanya pula.

"Kau dah berapa lama buat kerja-kerja gini?" aku menyoal. Iyelah, aku sebagai classmate dan dormmate dia, tak pernah pula nampak dia liar macam ni.

"Hehe lama dah. Tak pernah kantoi lagi. Pandai kan aku cover? Bukan macam kau. Ponteng 5 minit pun dah kena marah cikgu Syafiza." Aida memerli.

"Eh mana ada. Dia tu yang suka cari pasal dengan aku. Dia stalk aku agaknya. Itu yang dia boleh tahu aku ponteng tu." jawab aku pula. Hakikatnya betul lah. Cikgu Syafiza ni ada mata-mata dia. Like every single day memang dia kena tahu update pasal aku. Aku hilang sekejap pun dia boleh perasan. Tak aman betul nak lepak.

"Dah la kau. Lain kali join aku je. Confirm selamat. Cuma dengan cikgu Syafiza tu aku tak sure la. Kau hilang sekejap dekat dorm pun dia dah datang check. Tak faham aku." katanya pula.

"Itulah pasal. Tapi part dekat dorm aku tahu dah trick nak selamat macam mana. Kena tunggu lepas al-mulk." kata aku.

"Oh gitu eh? Kalau camtu, malam ni jom?" ajaknya.

"Jom mana?" aku menyoal.

"Movie night? Aku ajak geng aku. Kau ajak la sesiapa. Tapi jangan ajak senior kau tu pun. Aku tak berapa percaya sangat. Kadang senior ni yang jadi mata-mata warden." kata Aida pula.

Mata-mata warden? Damn. Aku terfikir sesuatu. Patutlah before ni selalu kantoi. Boleh jadi kak Piqa share activity kitorang dekat cikgu Syafiza tu. Thats why la time nak naik bukit belakang sekolah dengan kak Izzah dulu, dia kata janga bagitahu kak Piqa. Sebab risau kantoi. I seee... Now I get it.

"Nice. Aku ajak juniors la." balas aku pula. Dalam kepala otak aku cuma fikir Raudhah and the geng.

"Hm ikut kau la." Aida membalas.

Fuhh aku betul-betul tak percaya perkara yang terjadi hari ni. Aku bercakap dengan Aida? Pelik. Sebelum ni kami macam anjing dengan kucing kot. Pantang jumpa mesti ada je benda nak digaduhkan. Tapi harini, lemah lembut betuk berborak. Siap dah set up movie night lagi. Aku tak sabar. Dalam geng Aida tu, aku cuma kenal Diana sorang je sebab futsal. Yang lain aku tak berapa ingat.

Malam itu aku, Aida dengan Raudhah al-mulk dulu dalam dorm kemudian baru turun bawah ke lounge Syahbandar. Televisyen dipasang dan movie dipilih sementara menunggu kedatangan yang lain daripada blok masing-masing. Apabila cukup kesemua 12 orang, kami mengambil tempat. Majoriti daripada kami duduk beramai-ramai di atas lantai dan ada di antara kami yang duduk di sofa.  Ramai gila tapi seronok.

"Ada majlis apa dalam ni ramai-ramai. Semua keluar!" cikgu Wan tiba-tiba muncul di sebalik sliding door.

Ah sudah. Mampus kitorang malam ni.

Salah SarahWhere stories live. Discover now