Jam menunjukkan pukul 9:50 pagi.
"Lama jugak ni nak tunggu rehat" kata aku sendirian. Aku malas nak masuk makmal semula. Nak kena hadap Aida satu hal, nak bagitahu cikgu Wani pun satu hal pula.
Sticky note yang diberi oleh ciku Syafiza masih lagi aku pegang. Aku buka lipatan dan baca isinya.
Tolong kumpulkan semua pelajar Syahbandar Tingkatan 4 malam ni. Ada sedikit rombakan untuk mentor mentee.
-Cikgu Syafiza
Alahai...
Aku suka to the fact yang aku takkan group sekali dengan Aida. Tapi aku tak suka betul ada house meeting ni. Penat lah nak hadap orang-orang yang berlagak bagus ni.
Aku pun berjalan perlahan ke arah blok akademik tingkatan 5. Aku cadang nak tunggu Kak Riq dekat kelas dia je. Malas lah nak pergi kantin yang sesak tu. Tambah pula mesti ramai senior, so lagi aku malas nak terserempak dengan sesiapa.
Aku tunggu beberapa minit sehingga terlihat empunya badan berpakaian pengawas lengkap. Agak lama juga sebenarnya.
"Errr kak Riq. Ni cikgu Syafiza bagi." kata aku sambil menghulur sticky note tadi.
Dia sambut huluran tanpa sebarang balasan lisan. Ah kekwat! Mentang-mentang senior, KR, pengawas, tunjuk hebat la tu.
Sorry la aku bitter sikit dengan orang yang berjawatan pastu tak friendly. Ingat orang asyik nak dengar cakap dia 24 jam.
Tak lama kemudian, loceng pun berbunyi tanda rehat sesi 1 tamat. Aku turun melalui tangga dengan laju kerana tak mahu bertembung dengan senior yang lain. Tahu jelah, satu batch senior tu tak suka aku. Dalam perjalanan tu, ada juga la aku mencari kelibat kak Izzah, kak Piqa, kak Sha dengan kak Syu. Tapi tiada. Tak balik lagi ke? Lama betul.
"Kau ada bawa sekali barang aku tak?" tanya aku sewaktu terjumpa Suraya di susur gajah. Nampaknya mereka semua dalam perjalanan ke kantin untuk rehat.
"Ada ada. Aku letak dalam kelas, atas meja kau." balas Suraya.
"Em cikgu Wani ada cakap apa-apa tak?" tanya aku lagi.
"Takda pulak. Kenapa?" soal Suraya pula.
"Ha.. Takda apa. Saja tanya. Okay lah, jumpa nanti." kata aku kemudian berlalu pergi.
Aku berlalu masuk ke dalam kelas. Kosong. Suis kipas di belakang aku hidupkan. Buku yang Suraya beritahu tadi ada di atas meja. Perlahan-lahan aku tolak ke tepi sehingga masuk ke kawasan Suraya. Tak apa. Dia tak kisah pun. Kerusi kayu milik aku ditarik. Tidak terus duduk, aku pergi ke bahagian belakang untuk mencari bantal.
'Nak tidur sekejap la' niat aku.
Bantal tadi aku letak dia atas meja. Kepala aku hampar sedikit senget di atas bantal. Beberapa posisi aku cuba untuk mendapat keselesaan yang optimum. Tangan aku regangkan sebelum berakhir di sisi bantal. Mata pun aku pejam cepat-cepat tanda tidak mahu membuang waktu.
Tiba-tiba seseorang masuk.
"Eh! Bagi balik surat aku!" aku menerjah si empunya diri.
Melihatnya masuk ke dalam kelas tadi memang mematikan niat aku untuk tidur. Aku perlu tuntut hak dan keadilan aku.
"Asal? Kau takut? Takut rahsia terbongkar?" Aida membalas sinis.
Ehhh perempuan ni. Menyirap pulak aku. Dia bukan tahu apa-apa pun!
"Kau kenapa eh? Bila kau selongkar barang aku dekat dorm?" aku menyoal.
"Bukan masalah kau. Yang penting sekarang, aku dah tahu perangai kau. Buat kerja terkutuk!" balas Aida lagi.
"Apa pulak aku?! Kau tu selongkar barang orang, ambik hak orang, baca benda bukan kau punya, lepastu ugut pulak nak sebarkan. Ingat kerja mulia ke? Cuba fikir sikit!" kali ini aku pula menyerang.
Aida diam. Dia salah. Aku tahu dia tahu dia salah. Tapi dia tak kisah pun yang itu, masalah dia sekarang, dia cuma tak puas hati dengan aku je. Agaknya dia nak aku tukar kelas dengan tukar dorm jugak kot baru dia diam.
"Asal diam? Lepas ni memang aku dah tak percaya kau. Dalam dorm aku ingatkan tempat selamat aku, tapi ada jugak yang aniaya. Silap-silap kau letak racun dalam air aku pun aku tak perasan nanti." balas aku. Pedas. Aku memang lepaskan biar dia terasa.
"Hello... Tak hamak la. Aku rasa aku yang patut hati-hati dengan kau. Silap-silap kau datang dekat aku malam-malam lepastu buat benda bukan-bukan. Eiuw jijik! Kau pindah jelah daripada sini. Memalukan sekolah!"
Bingo!
Kan betul aku cakap, dia nak aku hilang daripada pandangan dia.
"Dah la malas aku cakap dengan orang takda otak ni. Muka cantik tapi hati busuk. Eh cantik ke? Macam tak je. Aku tak.." perli aku.
"Eleh dengki la t..."
"Diam. Kau dengar aku cakap je." aku potong.
"Kau kalau nak sebar fitnah, biar pandai sikit. Ingat orang nak percaya kau ke? Kau takda bukti kukuh pun surat tu aku yang tulis. Takut nanti kau jugak yang malu. Jangan cakap aku tak warning." kata aku lagi.
Aku saja gertak dia. Walaupun sebenarnya orang memang akan lagi percaya Aida daripada aku, tapi benda kecik macam ni aku tak rasa orang ambil port. Silap-silap Aida ni yang dituduh sebar berita palsu.
"Dah. Diam. Aku nak tidur. Shhh! Diam ok. Jangan bunyi satu perkataan pun." aku psiko dia. Padan muka.
Habis dengan Aida, petang tu aku hadap cikgu Syafiza lagi. Nasib masa kelas sivik dia normal je.
-------------
"Dah berapa lama kita training?" cikgu Syafiza bertanya sambil tangan bersilang di belakang. Aku yang di belakang acah-acah mengira jari sambil duduk bersila.
"3 bulan." jawab seseorang.
Training hari ni ada sekali dengan player futsal yang lama iaitu player form 5. Dorang ni actually dah lama jugak dah keluar team, tapi dipanggil semua untuk minggu ni. Kira official pembubaran macam tu.
"Wow lama kan? Tapi semua tak ada bonding. Tak bagi kerjasama. Tak hormat antara satu sama lain. Bermasam muka. Tak function la 3 bulan kamu." kata cikgu Syafiza. Aihhh dah mula dah.
"Kita ni satu team. Kejar bola kena ada bantuan team. Nak jaringkan gol pun kena ada team. Kalau semua selfish macam mana nak menang? Kadang main sport in team ni bukan nak tengok skill, tapi asal ikut rules dan strategi team bagus, dah tinggi probability nak menang tu." sambung cikgu Syafiza lagi.
"Cuba bangun siapa yang pernah ada rasa tak suka dengan team sendiri? Bangun kalau pernah rasa orang ni tak pandai main, orang tu tak layak pegang sesuatu position. Bangun sekarang!" pinta cikgu Syafiza. Kali ni nada dia lebih serius.
Semua diam. Kami berpandangan antara satu sama lain.
Aku personally pernah rasa macam tu. Aku tak suka certain orang dalam team ni. Aku pernah rasa ada setengah individu ni patut ditukar ke position lain sebab dia melemahkan team.
Tapi takda siapa lagi yang bangun. Aku takut.
"Takkan takda kot? Bangun cepat!" arah cikgu Syafiza lagi. Kali ni dia dah bercekak pinggang. Gila. Training akan bertukar jadi sesi tazkirah ke hari ni?
"Come on girls. Cepat." celah Coach Saffa dengan isyarat mata. Sesuatu ni. Aku rasa dia tak nak cikgu Syafiza marah teruk hari ni, so dia minta kitorang follow je semua.
"Saya kira sampai sepuluh. Satuuu" cikgu Syafiza sambung lagi.
Kami semua cuak.
YOU ARE READING
Salah Sarah
किशोर उपन्यासBuku ini mengisahkan tentang hubungan singkat tetapi panjang antara dua gadis yang terpisah. Damia/Jiah yang pada awalnya menyimpan rasa telah datang ke rumah Sarah untuk luahkan segalanya, namun ianya dibuat tidak endah oleh Sarah. Damia kecewa. Mu...