BAB 66

574 37 4
                                    

"That was horrible." satu ayat sahaja yang aku mampu ungkapkan bila berselisih dengan kak Izzah tadi. Air mata aku ditahan sedari tadi. Nak nangis tapi kena sabar. Malu lah kalau yang lain tengok nanti.

Basically bila masuk tadi memang kena hentam gila-gila la cerita dia. Sebabkan aku tak sempat nak habiskan penulisan tadi, jadi aku terpaksa cerita secara lisan. Scary weh. Kena serang dekat setiap point yang aku cuba terangkan. Belum masuk sarkastik dia lagi. Betullah orang kata, takda siapa boleh kalahkan cikgu Wan ni. Cikgu Syafiza pun tak macam ni. Betul-betul another level. Habis pasal story hari ni, aku diserang pula dengan dosa-dosa aku yang lain. Paling sakit nak cerita bila cerita aku dibabitkan sekali dengan senior yang lain. Macam biasa, dorang konon dipersalahkan sebab bawa pengaruh negatif dekat aku. Padahal aku yang mengada nak ikut. Dan kadang-kadang aku yang master mind. Rasa serba salah pun ramai anggap macam tu. 

Dan klimaks malam ni adalah rotan yang dihayun dengan jayanya ke kedua belah tapak tangan aku. Dengar bunyi je dah sedap, apatah lagi kulit aku yang merasa. Gila menyengat weh. Padu betul. Dah la aku orang pertama yang kena soal siasat. Tambah pula dengan perangai nak menang aku, memang baran la cikgu tu. Ada juga beberapa kali aku hampir kena penampar sulung tadi, tapi aku play safe dan sempat elak. Frust member. Tak pasal-pasal geram dilepaskan semua dekat aku. Berbirat beb tapak tangan. Aku tak tahu la sempat hilang ke tak sampai esok. Risau tak boleh menulis je dekat kelas esok ni ha. Over kan.

"Yang lagi 3 ni, masuk sekali cepat. Cikgu Wan panggil." cikgu Wardeena datang pula.

Pft tak aci lah masuk secara group. Aku hadap sorang-sorang kot tadi. Ni aku nak kena hadap cikgu Syafoza sorang-sorang pula. Awkward. 

"Okay tak?" cikgu Syafiza tiba-tiba datang mendekat.

Haih salah timing lah. Aku tiba-tiba sebak. Jarang lah orang kisah pasal aku dekat sini. Once orang tanya, auto boleh banjir. Tapi kali ni aku tahan. Aku cuma tunduk. Dalam masa yang sama, aku sembunyikan tangan aku. Aku kena tunjuk aku kuat.

"Okay je." balasku perlahan.

Pergelangan tangan aku ditarik lembut. Dia melihat tapak tangan aku. Aku diam je. Rasa malu lagi tinggi sehingga menutupi rasa sakit yang ada. 

"Kenapa balik lambat?" soalnya.

"Terlepas train." jawabku.

"Train? Pergi mana?" soalnya lagi.

"Ipoh." aku menjawab. Sepatah. 

"Uish. Jauh nau. Patut lepas futsal tadi terus hilang."

Dia perli. Aku hanya tersenyum senget. 

"Lepasni jangan suka-suka buka tudung sana sini. Aurat kena jaga dekat tempat terbuka. Biasakan." pesannya dengan lembut sambil meramas rambut aku. Aku terkedu. Tak mampu nak mengangguk apatah lagi membalas dengan kata-kata. Perasaan aku bercampur baur. Rasa sakit sebab benda ni jadi malam ni tapi dalam masa yang sama rasa tenang bila ada orang comfort.

"Cikgu... Tak nak pergi sekolah besok boleh?" tanya aku sambil buat muka comel. Cuba untuk mengubah topik sekaligus mencuba nasib. Aku bukan apa, dengar cerita esok ada sambungan lagi untuk cerita malam ni. Kena pergi jumpa pengetua esok pagi, lepastu kena jumpa kaunselor sekolah. Tak terlupa juga denda kena kemas surau sekolah waktu rehat selama seminggu. Aku rehat asing dengan form 5, jadi aku dapat rasa kepishangan yang akan terjadi nanti. Dah la waktu rehat ada juga students yang pergi surau untuk solat dhuha. Mana aku nak letak muka nanti?

"Ah takda. Jangan nak mengada!" jawab cikgu Syafiza dengan karakter garangnya. Terus switch mood eh. Hm, tak sporting!

Kami berdua kembali diam buat beberapa minit sebelum yang lain selesai dengan 'urusan' dalam bilik itu. Mereka kembali duduk di dalam musolla dalam keadaan senyap sunyi. Haish tak seronok betul mood macam ni. Aku cuba menegur salah seorang daripada mereka untuk bertanyakan keadaan, tetapi tiada seorang pun yang sedar kewujudan aku. Mereka seolah-olah cuba endahkan sebarang interaksi.

"Nak sekolah sini lagi tak?" cikgu Wan bersuara selepas beberapa saat menenung wajah kami semua satu per satu seperti mahu makan.

Kami semua hanya mengangguk sambil menunduk.

"Haih... Takda suara dah semua? Penat sangat naik keretapi sampai ke Ipoh tu." provoknya.

"Nak sekolah sini lagi ke tak?" soalan sama diulang dengan nada yang lebih kuat. Silap haribulan gegendang telinga aku boleh rosak. 

"Nakk..." kami berlima menjawab hampir serentak. 

"Ha... Kalau nak, buat cara nak. Ikut peraturan. Yang tak boleh, jangan dibuat. Esok pagi semua ni jumpa saya lagi sekali dekat office. Yang pengawas ke pengawas pusat sumber apa semua, tak payah dah pakai uniform pengawas tu. Tak padan dengan jawatan kalau perangai macam ni." katanya.

"Buku outing ni lepasni warden akan pegang sampai hujung tahun melainkan outing bermalam. Tak ada dah outing harian untuk kamu semua. Damia Nazihah kejap lagi naik atas, bawa turun kad outing kamu. Serah pada warden." sambung cikgu Wan lagi sebelum berlalu pergi bersama-sama buku outing di tangannya. Balik rumah barangkali.

Kami berlima berpandangan sesama sendiri. Masing-masing terkejut perihal outing tersebut. Tak ada outing harian? Gila. Dah la duduk sekolah ni, hari-hari belajar pun dah nak gila. Ini nak pergi berhibur sekejap dekat luar pun tak boleh dah. Gila. Tapi salah kami juga. Dah buat, pandai tanggung la.

"Semua boleh balik dorm masing-masing. Nazihah nanti serah buku outing dekat saya dengan segera." arah cikgu Wardeena.

"Saya nak jumpa Syafiqah sekejap. Yang lain boleh balik dulu." cikgu Syafiza tiba-tiba menyampuk.

Fuh risau. "Kenapa eh?" aku tertanya-tanya.

Aku kemudian keluar bersama-sama kak Izzah, kak Sha dan Kak Syu, kemudian berpisah. Aku dan kak Sha pun jalan berasingan kerana masing-masing dalam mood masing-masing. Sampai sahaja dorm aku menghempaskan badan di atas katil. Penat betul harini. Mata aku dah kuyi dah ni minta ditutup. Kalau tak sebab rasa badan ni kotor, dah lama aku tidur je sekarang ni. Aku kemudian mengangkat kedua-dua tapak tangan dan merenungnya. Berbekas merah. Cantik. Tapi sakit. Aku tekan perlahan-lahan. Sakit. Lebam agaknya. Ni kalau kena denda tekan tubi esok, memang tumbang awal la aku.

"Eh buku outing tak bagi lagi." aku kelam kabut bangkit daripada pembaringan. Locker aku geledah dan cuba cari buku tersebut. Ada dalam laci. Patutlah. Aku kemudian terus berlari menuruni anak tangga dan menuju ke bilik warden.

"Ish tak payah la cubit-cubit. Mana la nak tahu jadi macam ni." satu suara aku dengar samar-samar daripada arah dalam musolla. Aku berhenti seketika untuk curi-curi dengar. Kak Piqa ke tu? Tak mungkinlah. Bunyi macam kasar je cara cakap dia.

"Dah nak SPM ni. Dah besar kan. Dah boleh fikir mana baik, mana tak. Bila jadi macam ni, takut priviledges yang sepatutnya dapat, tapi tak boleh dapat unanti. Ni outing pun dah kena tarik."

"Takpelah. Tak kisah pun outing tu. Biar jelah Piqa hadap sorang. Tak payah sibuk."

"Oh. Pandai menjawab eh sekarang. Okay, tak apa. Apa-apa jadi tanggung sendiri la nanti."

'Ops!' aku cepat-cepat menyorok di tepi tangga berdekatan apabila individu yang di dalam musolla itu kedengaran seperti hendak keluar.

"Eh? Lama betul dorang sembang daripada tadi? Bunyi macam serius je tadi tu." aku bermonolog seorang diri selepas kelibat kak Piqa dengan cikgu Syafiza melintas di hadapan aku.

Gaduh ke? Tapi apa motif nak bergaduh?

Salah SarahWhere stories live. Discover now