BAB 37

565 29 0
                                    

"Jiah. Jom cepat. Kita duduk sekali dalam dewan." ajak Kak Sha.

"Ha sekejap! Nametag Jiah hilang la pulak." balas aku dalam keadaan kelam kabut. Ni kalau aku tak pakai name tag ni, confirm demerit.

"Laa hilang mana pulak? Termasuk dalam laundry ke?" tanya Kak Sha yang sudah datang mendekat. Cuba untuk membantu barangkali.

"Taktahu la Kak Sha. Rasanya dekat kelas la. Macam mana ek?" aku mula risau selepas mengerling jam dinding dorm.

Kami dah lambat. Entah macam mana, satu dorm terbangun lewat. Sarapan memang tak pergi la. Takut lambat sampai ke dewan. Hari ni hari rabu. Sepatutnya hanya ada perhimpunan dekat dataran sahaja, tapi harini disebabkan ada pelantikan pengawas baru sekali dengan perasmian apa entah, jadi ianya dibuat di dewan. Ada jemputan luar rasanya. Dorang siap berlatih gimik bagai semalam. Agaknya bukan orang biasa-biasa agaknya. Aku tak berminat sangat nak ambil tahu hal ni.

"Nah pakai ni." kak Sha menghulur nametag hijau bernama Shahida.

"Aik... boleh ke?" aku mempersoalkan. Itu nametag milik Kak Sha.

"Pakai jela. Bukan orang kenal kau pun. Jom cepat." balas Kak Sha yang bergegas ke rak kasut di depan dorm.

Tanpa banyak soal, aku pun menutup laju pintu locker aku kemudian membontoti Kak Sha sehingga ke dewan. Masuk sahaja dewan, Kak Izzah memanggil kami. Nampaknya tempat kami sudah dicop. Bukan selalu kami duduk sekali memandangkan lain kelas dan lain tingkatan. Selesai mengambil tempat, cikgu bertugas memberi taklimat akan majlis yang bakal berlangsung nanti.

"Kenapa lambat?" tanya Kak Izzah.

"Satu dorm kitorang lambat. Ada orang sabotage jam loceng agaknya." balas Kak Sha.

"Pulak dah. Patutlah tak nampak dekat dewan makan." kata Kak Piqa.

"Tadi ada bubur Jiah. Rugi tak datang." Kak Syu pula menyampuk.

"Alaa yeke... Kalau pergi lepas ni agak-agak kak Fira simpan ke tak eh?" aku menyoal.

"Banyak la kau. Ingat dia nak fikir kau sorang je ke?" Kak Izzah tiba-tiba sakit hati. Badmood agaknya.

Aku menarik muka. Seluruh dewan aku perhati. Banyak kepelbagaian yang aku lihat sebabkan hari ini hari rabu, jadi semua pelajat pakai baju kokurikulum.  Aku pengakap. Sekeliling aku ramai pula yang pandu puteri. Memang hijau jela pandangan aku. Kemudian, aku nampak Kak Lekha duduk tak jauh daripada kami. Rasa serba salah mula muncul. Salah aku ke dorang dah berjauhan? Tiba-tiba cikgu Syafiza melintas.

'Oh shit!'

"Kenapa Jiah?" Kak Sha terkejut.

"Jiah terlupa something dekat dorm..." aku menjawab.

"Homework ke?" tanyanya lagi.

"Bukan... Ada lah. Dia penting, tapi tak lah penting sangat. Takpe je kot." kataku menyedapkan hati.

Aku terlupa berkenaan surat Sarah yang aku patut bagi dekat cikgu Syafiza. Ini semua gara-gara terbangun lewat pagi tadi. Aku dah letak surat tu bawah meja tapi terlupa pula nak ambil. Nampaknya malam ni jela aku jumpa dengan cikgu Syafiza. Rasanya dia warden malam ni.

"Haish lambat lagi mula?" aku membebel sendirian. Pengacara majlis masih sibuk test mikrofon, cikgu-cikgu pula berkeliaran membuat persiapan. Tak lupa juga pelajar yang buat persembahan semuanya dah bersedia di posisi masing-masing.

"Lambat lagi ni. Katanya majlis mula jam 8. Sekarang baru 7:40." balas Kak Sha di sebelah.

"Ouhh patutlah... Kiranya kelas after ni takda ke?" aku meneka.

Salah SarahWhere stories live. Discover now