BAB 61

651 36 5
                                    

Selepas maghrib, aku hanya duduk di dalam dorm sahaja. Tak tahu nak ke mana. Dalam dorm ni, tiada siapa peduli mana aku pergi kecuali kak Sha. Dan juga Raudhah. Okay lah tu. Kawan ramai tapi tak berkualiti nak buat apa kan? I stay in small circle.

"Damia. Meh bilik saya." panggil cikgu Syafiza yang tiba-tiba muncul di muka pintu.

"Bawa la apa-apa. Homework ke apa " sambungnya lagi sebelum beredar semula.

Aku yang sejak tadi sudah ready memang terus berdiri mencapai apa yang patut. Aku bawa bersama buku addmath, sejarah dan juga bahasa Melayu. Biologi pun ada kerja juga sebenarnya, tapi aku malas nak bawa sebab takut cikgu Syafiza soal lebih-lebih. Ilmu bio aku dah la cetek je.

Selesai memasukkan buku-buku berkaitan dalam tote bag, aku segera keluar daripada dorm. Semua lampu dan kipas aku tutup seperti rutin biasa meninggalkan dorm sebelum prep malam.

"Assalamualaikum..." aku memberi salam di hadapan bilik cikgu Syafiza. Bilik dia ya, bukan bilik warden. Sebab tu aku agak ragu-ragu nak sergah masuk.

"Masuklah." sahut seseorang dari dalam. Cikgu Syafiza barangkali. Siapa lagi kan?

Aku mula melangkah masuk. Oleh sebab ini bukan pertama kali aku ke situ, jadi tidaklah begitu jakun melihat ruang di dalam bilik itu.

"Lahhh kenapa pakai tudung. Sebelah je kan." kata cikgu Syafiza sewaktu melihat aku. Aku tergamam. Bukan sebab apa yang diperkatakan, tetapi apa yang aku lihat. Cikgu Syafiza adalah cikgu Syafiza yang aku tak biasa lihat. Kali ini dia tidak bertudung. Rambutnya yang berada pada paras bahu dibiarkan lepas. Nampak menawan.

"Alah haritu cikgu jugak marah saya sebab tak pakai tudung." aku mengungkit.

"Eleh!" balasnya sambil menjeling ke arah aku.

Aku mengambil tempat di meja berdekatan. Meja komputer yang aku pernah selongkar sebelum ini. Buku sejarah dalam beg aku keluarkan. Saja pura-pura busy. Tujuan meja itu dipilih adalah sebab ianya jauh sedikit daripada ruang tengah bilik. Agak tersorok sikit lah. Jadi bolehlah aku rujuk buku Suraya dengan lebih yakin.

"Ada homework ke?" soal cikgu Syafiza yang baru keluar daripada dapur.

"Haah. Homework lama dah ni. Kenapa?" jawab aku pula.

"Ohhh... Saya nak bincang pasal futsal sikit." katanya lagi.

"Oh! Kenapa tu?" soal aku kembali dengan nada semangat. Buku sejarah aku tutup kembali.

"26hb nanti ada tournament dekat Arena Futsal belakang stadium tu. Awak boleh ke nak main ni?" soalnya.

"Eh boleh jeee... Saya sihat la." kataku sambil membuat aksi menendang bola.

"Nak sampai ke tarikh tu memang la sihat. Tapi training hujung-hujung ni kena double triple sikit la. Okay ke?" katanya lagi.

"InsyaAllah boleh je. Kot. Cikgu kasi la chance sikit pergi dewan makan lewat." aku cuba menghasut.

"Iyelah nanti saya bagi la kelonggaran bahagian tu." katanya pula.

"Saya nak tanya ni, apa awak punya target game kali ni? Rasa team awak boleh menang tak?" soalnya lagi.

"Target eh? Mestilah menang. Honestly macam tak layak pula untuk saya komen. Supposely kena tanya kak Izzah. Dia mungkin lagi nampak beza dulu dan sekarang." aku cuba play safe.

"Saya dah tanya dah. Sekarang saya nak tanya awak pula la as kapten." jawab cikgu Syafiza.

"Ouhhh... Saya tak letak harapan tinggi sangat since saya tak pasti team lain macam mana kan. Kita memang takda friendly eh?" aku bertanya.

"Nak ke? Boleh je nak buat. Bila?" aku disoal kembali.

"Ikut cikgu la. Tapi bagilah saya rehat dua tiga hari lagi. Pastu onz." balas aku pula.

"Hmm by the way, cikgu boleh tolong saya?" aku mula ingin bersuara perihal surat itu. Jauh di sudut hati aku ni, aku sudah mula rindukan Sarah. Lama betul rasanya tak dengar khabar. Padahal kami dah janji mahu berbalas surat untuk suatu tempoh yang ditetapkan.

"Apa dia?" tanya cikgu Syafiza.

"Yang pasal surat tu, cikgu masih boleh tolong lagi tak? Tolong belikan stem lepastu pos je." aku menyatakan hasrat sebenar.

"Oh. Tak habis lagi pasal surat tu. Nak mengadu dekat boyfriend la tu dia jatuh tangga." cikgu Syafiza mula mengusik.

"Mana ada nak mengadu punnn. Lagipun saya boyfriend pun tak ada. Boleh eh? Saya nak tulis sekarang ni." kata aku lagi.

"Kenapa tak call je? Kan senang." cikgu Syafiza mempersoalkan.

"Saja nak stay traditional. Baru nostalgik!" aku memberi alasan. Aku sendiri tidak pasti mengapa surat menjadi pilihan. Tetapi pilihan itulah yang paling tepat. Aku selesa berbalas surat berbanding bergayut di pondok telefon. Aku segan. Sarah pun begitu agaknya. Biarlah kami berbicara guna suara hati sahaja.

"Memandai jelah... Haritu bukan dah siap tulis ke?" soalnya lagi. Haish! Banyak tanya pula.

"Haritu punya... hilang. So kena tulis baru lah." bohong aku. Malas lah nak buka cerita pasal Aida tu. Kepala tenang sekejap semenjak tidak perlu ke kelas buat beberapa hari ni. Hari ni pun aku cadang nak tidur awal supaya tak perlulah terserempak lagi dengan Aida dekat dalam dorm.

Aku kemudian mencapai sehelai kertas untuk mula menulis surat itu.

Ke hadapan Sarah yang dirindui,

Sorry kalau u tunggu respon i. Ada banyak benda jadi these few weeks sampai aku lupa nak reply. Kan best if u ada depan i je! Senang nak cerita. Basically since haritu, i busy dengan training futsal. So macam tak banyak pun benda jadi. My routine sama je every single day. Bangun pagi, pergi kelas, prep petang, after tu futsal, then prep malam. Itu je cycle dia untuk weekdays. Untuk weekend, ada la i rehat sikit-sikit lepastu lepak kedai warung depan makan cendol. Even tak boleh makan sebab cut sugar for training, tapi takpe. I cheat sekejap hehe. Btw i ada tournament tau few weeks ni untuk futsal.

"Cikgu. Tournament futsal nanti orang luar boleh datang tengok ke?" soal aku.

"Boleh je. Awak nak ajak boyfriend datang ke?" cikgu Syafiza masih lagi mahu mengusik.

"Ish mana ada la cikgu. Saya nak hire supporter luar la untuk support saya. Baru semangat nak sepak bola." balas aku secara sarkastik. Biar sepadan dengan usikan. Geram aku.

Tournament tu dekat area stadium je. Jom lah datang. Nanti boleh jumpa sekejap. Kalau u sudi la. Papepun, all the best study!! Ada kawan baru jangan lupa i okay!! Bye! ._.

Aku kemudian menamatkan penulisan dengan beberapa lukisan comel di ruangan-ruangan kosong sekitar surat.

"Cikgu. Ada sampul? Nak satu please." aku membuat muka simpati.

"Ambil lah dalam laci tu." jawabnya yang sedang sibuk menanda buku latihan pelajar.

"50 sen!" katanya lagi selepas aku mengeluarkan sekeping sampul daripada plastik.

"Alah kedekutnya." aku mencebik.

Aku kemudian menuliskan alamat di atas sampul tersebut. Alamat Sarah yang sudah lama aku hafal. Setelah itu, aku serahkan kepada cikgu Syafiza. Malas mahu tangguh-tangguh lagi. Risau jadi macam kes haritu.

"Yakin eh alamat ni?" tanya cikgu Syafiza.

"Yup!" balasku sepatah.

"Okay." jawabnya pula.

Aku lega dia tak banyak tanya. Bukan apa, cikgu Syafiza kan pernah mengajar sana. Jadi, mesti dia familiar dengan alamat tu. Risau pula dia mempersoalkan lokasi alamat tu.

Tanpa membuang masa, aku segera kembali ke meja dan menyiapkan homework sejarah aku. Buku Suraya aku tindih dengan beberapa buku lain supaya ianya tidak nampak obvious. Aku penat dah nak kena marah lagi hari ni. Cukuplah dalam kereta tadi. Mood cikgu Syafiza ni bukan boleh dijangka. Dasar gemini. Ops! >.<

Salah SarahWhere stories live. Discover now