"Kau saja buat pengsan sebab tak nak habiskan denda erk?" usik Kak Izzah yang sudah selesai makan tengahari.
"Ish mana ada! Jiah pun rasa macam drama. Lari-lari tiba-tiba gelap. Kalaulah Kak Izzah ada, confirm Kak Izzah orang paling cuak ehehhehe" usik aku pula.
"Euwww memang tak lah. Aku biarkan je kot kau kat situ." balas Kak Izzah.
"Eleh Jiah tahu la Kak Izzah sayang kat Jiah." usik aku lagi.
Kak Izzah buat muka menyampah kemudian beredar ke arah sinki berdekatan. Aku tergelak kecil. Aku tahu Kak Izzah segan nak mengaku.
Hari ini aku dan Kak Izzah sahaja makan berdua. Bukan apa, kami berdua tidak boleh solat, jadi awal-awal tadi kami pergi masukkan baju dalam mesin basuh kemudian barulah beratur ambil makanan di dewan makan. Kiranya tak perlulah kami tunggu baju siap dibasuh. Sambil-sambil makan masa berlalu dan kami boleh terus sidai baju di ampaian selepas ini.
"Kak Izzah." panggil aku.
"Kenapa?" balas Kak Izzah yang sedang mengeluarkan pakaian daripada dalam mesin.
"Cikgu Syafiza cakap apa masa dia panggil haritu?" soalan yang terbuku di dada akhirnya aku kemukakan.
"Oh. Tak ada apa pun. Sama macam malam yang ada Lekha haritu. Cumanya dia banyak point Piqa. Dan engkau. Nasib kau tak ada." balas Kak Izzah.
"Kak Piqa? Dia cakap apa je?"
"Idk. Sounds privacy. Macam Piqa pernah buat salah before ni. Tapi dia sumpah care pasal kau bodo. Like kitorang literally kena marah just because bagi pengaruh negatif dekat kau yang junior. Padahal perangai kau pun hauk gak. Kau sugar baby dia ke? HAHAHAHA" usik Kak Izzah.
"Hello. Jiah kena marah jugak okay. One to one pulak tu." aku cuba membuka cerita.
"Really? Aku tak tanya pun. Padan muka!" balas Kak Izzah selamba.
"Ishhhh!!" aku menarik muka.
"Tapi kan? Kenapa engkau dengan Piqa je selalu dapat attention?" tanya Kak Izzah.
"Attention apanya? Kena marah kot?!" balas aku pula. Aku masih ingat bagaimana aku diserang tanpa sebarang pertahanan.
"Attention la tu. Even worst thing tapi still. Macam dia ada tujuan tersendiri. Kau dengan Piqa ada isu dengan dia ke? Yang tak involved kitorang?" tanya Kak Izzah.
"Kalau Jiah takda isu berat pun. Tapi dia selalu bising la dalam kelas kalau tak siap homework. Lebih kurang macam dia bising time training tu ha. Lain-lain tak pernah selain semua ada tak pernah lagi, kecuali yang kita kantoi kat toilet tu." balas aku. Aku malas nak cerita asal usul cikgu Syafiza tu lagi.
"Hurmmm kalau pasal Kak Piqa tak sure pulak. Tapi Jiah perasan Kak Piqa orang yang rapat dengan dia ever since dia masuk awal-awal. Kak Piqa pun selalu jumpa dengan dia dekat bilik guru, kadang-kadang dekat bilik dia." tambah aku lagi.
"Wow sound suspicious!" Kak Izzah mula mahu serkap jarang.
"Jiah ada tanya jugak dulu, mungkin la cikgu Syafiza tu cikgu library ke apa sebab tu dorang rapat. Tapi tak. Kak Piqa cuma cakap dia yang jadi macam tour guide masa cikgu Syafiza masuk awal-awal dulu. Mungkin ada la tu mana-mana cikgu minta tolong Kak Piqa." aku cuba membentangkan teori aku.
"I see... Entah lah. Tapi aku rasa kita kena masukkan dia dalam list jugak. She comes after cikgu Wan." cadang Kak Izzah sambil mengibas bajunya sebelum disidai.
"Maybe. Actually dia okay je if ikut cara dia. Ingat tak dia selalu mention pasal Al-Mulk dekat dorm? So Jiah rasa anything after Al-Mulk, dia tak kisah dah." kata aku.
YOU ARE READING
Salah Sarah
Novela JuvenilBuku ini mengisahkan tentang hubungan singkat tetapi panjang antara dua gadis yang terpisah. Damia/Jiah yang pada awalnya menyimpan rasa telah datang ke rumah Sarah untuk luahkan segalanya, namun ianya dibuat tidak endah oleh Sarah. Damia kecewa. Mu...