BAB 25

641 25 0
                                    

Malam tadi aku betul-betul tak boleh tidur. Aku tak tahu kenapa cuma aku fikir segala perkaitan yang berlaku. Aku masih tak percaya macam mana aku cuba lari dari sekolah neraka tu tapi akhirnya berjumpa dengan neraka lain. Aku terkenangkan waktu di mana aku bebas buat apa sahaja. Dikelilingi senior popular plus anak pengetua sebenarnya satu anugerah untuk aku. Aku suka. Aku happy. Mereka kawan aku buat benda terlarang tetapi kami masih duduk bersama membincangkan hal-hal akademik. Mereka lah mentor aku, kawan sehidup semati aku. Walaupun tak semua suka aku.

Entahlah, Kak Lekha itu memang susah untuk aku tackle. Dulu aku ingat paling susah aku nak ngam ialah Kak Izzah, tapi ianya tidak benar. Aku lebih rapat dengan Kak Izzah berbanding Kak Sha sekarang. Mungkin sebab futsal. Tapi Kak Lekha tu, aku tak pasti bagaimana aku mahu cari titik persamaan kami. Dia seolah-olah sudah melabel aku dengan benci.

Aku tak tahu apa salah aku. Dan aku serba salah jika kewujudan aku ini membantutkan persahabatan mereka. Tapi aku cuma ada mereka. Mereka kenalan awal aku. Aku tidak kenal sesiapa sehingga cikgu Syafiza ini datang menjelma.

'Oh aku ada satu idea'

'Tadi dia nampak macam bagi green light dekat aku untuk tengok tv. Jadi, aku rasa aku kena rapat dengan dia so that aku bolehlah bodek dia if aku buat salah'

'Tapi macam mana eh? Hm aku kena fikir. Homework memang aku takleh tolerate dengan dia. Maybe futsal? At least aku bolehlah datang DM lambat sikit. Yas! So aku kena dapatkan title kapten dulu so aku boleh rapat dengan dia.'

Aku tersenyum.

"Kau dah kenapa?" tegur Suraya.

"Takda apa lah hehehe. Aku ngantuk la, malam tadi tak boleh tidur. Dah nak mula nanti kejut aku eh?" kata aku sambil terus melentukkan kepala di bahu Suraya.

"Ehhh! Tak payah nak sandar-sandar. Nanti kantoi. Tidur tegak sudahlah." marah Suraya.

"Alah pinjam bahu sikit pun tak boleh. Kedekut" balas aku pula dengan muncung panjang sedepa.

Aku kemudian mengambil masa yang ada dengan melelapkan mata. Mata aku betul-betul mahu terkatup dengan sendirinya daripada tadi. Sungguh tak tertahan. Hari ini hari Isnin. Ada perhimpunan rasmi di dewan. Perhimpunan yang aku tak suka sebab terlalu lama tetapi aku suka sebab kami boleh duduk dengan selesa. Hal ini kerana, hari-hari lain kebiasaannya kami hanya berdiri sahaja di dataran, tetapi hari Isnin kami disediakan kerusi untuk sesi nilam dan perhimpunan rasmi. Seronok ditambah pula dengan pendingin hawa di hujung dewan. Memang aku cop barisan paling hujung. Cumanya hujung itu ditinggalkan sedikit ruang untuk laluan para pengawas yang menjalankan tugas. Jika tidak, pasti aku sudah lena bersandarkan dinding batu dewan itu.

Tangan aku memegang buku. Badan aku tegak kaku. Kepala aku rendahkan sedikit dan mata aku tutup rapat-rapat. Cuma memberi gambaran gelap gelita supaya lebih selesa mimpi dicipta. Beberapa kali aku menguap. Memang mengantuk betul. Lama kelamaan realiti aku mula berganti dengan fantasi. Aku tak sedar betul apa berlaku disekeliling. Memang aku jenis susah tidur, tapi bila dah berjaya tidur, aku susah pula untuk bangun.

"Jiah bangun... Jiahhh!" sayup-sayup dengar suara Suraya bergema. Sikunya pula berterus menyentuh lengan gebu aku.

"Hm? Dah habis ke?" sahut aku tetapi mata masih tertutup.

"Seronok tidur?" suara lain menegur.

Mata aku terbuntang tanpa dipaksa. Cikgu Syafiza berdiri betul-betul depan aku. Aku cuak gila sampai tak terkata.

"Malam-malam tengok movie. Lepastu homework tak siapppp. Waktu nilam tidurrrrr." kata cikgu Syafiza perlahan sambil mencubit lengan kanan aku.

Aku tak sempat nak pertahankan diri sebab aku betul-betul tak sangka. Dah lama aku tak kena attack begini. Kali terakhir rasanya sewaktu di sekolah lama. Fuhh sakit dia bukan kepalang. Pagi-pagi dah breakfast ketam kecil. Aku menggosok lengan aku selepas dilepaskan oleh beliau.

Salah SarahWhere stories live. Discover now