BAB 16

634 25 0
                                    

"Nazihah! Exam awak minggu depan je tau. Mana kerja saya bagi? Macam mana awak nak tahu kelemahan awak kalau awak tak bagi saya untuk semak?" cikgu Wani marah aku.

Ya, kerja semalam yang sepatutnya aku pinjam Suraya, aku masih belum siapkan. Banyak kali aku minta maaf dan berjanji untuk hantar pada esok hari. Itu pun belum pasti lagi aku rajin ke tidak. Peperiksaan hanya berbekalkan 3 hari sahaja lagi, aku perlukan masa untuk mengulangkaji pelajaran yang lepas.

"Awak bagitahu saya betul-betul, awak buat ke tak?" cikgu Wani bertanya lagi.

"Tak, cikgu." aku membalas perlahan. Baik aku jujur sahaja.

"Haihhh... Lepas ni awak bawa kertas dengan alat tulis ke bilik guru. Buat depan saya sampai siap." arah cikgu Wani.

Alahai, masa makan tengahari aku dirampas lagi.

"Baik cikgu" jawab aku dengan pasrah.

"Tolong simpankan makanan aku." pesan aku di telinga Suraya. Suraya hanya mengangguk.

Tengahari itu, aku mengekor cikgu Wani ke bilik guru sesudah kelas tamat. Termasuk hari ini, sudah 3 kali aku dipaksa menyiapkan tugasan di bilik guru bersamanya. Subjek bio ini memang kadang merumitkan sehingga aku malas mahu fikir penyelesaiannya. Hasilnya, aku terpaksa menyelesaikan dengan bantuan tazkirah berjela cikgu Wani di bilik guru. Kadang selepas tugasan siap dihantar, aku diberi kerja tambahan seperti menanda rekod pelajar dan menanda latihan sivik pelajar tingkatan 1. Ambil kesempatan betul ya.

'Eh tu bukan cikgu............' hati aku terdetik. Tapi aku lupa nama beliau.

Beberapa hari kemudian...

"Perhatian semua. Saya nak buat sedikit pengumuman sebelum semuanya kembali ke kelas untuk menjawab kertas pertama masing-masing." pengetua memulakan perhimpunan pagi.

"Pertama sekali, saya nak ucapkan selamat maju jaya buat semua pelajar tingkatan 1, 2, 3 yang akan menjalani peperiksaan bulanan yang ke-2 selepas ini. Buat yang terbaik.Juga kepada pelajar kelas sains yang ada kertas terakhir pagi ini" ucap pengetua.

Ya, sekejap lagi lower form baru nak mula exam. Batch aku pula hanya tinggal paper 3 biologi. Aku tak sempat study malam tadi sebab takda mood. Biasalah, last paper syndrome. Sebaliknya, Form 5 dikecualikan sebab mereka sedang bersedia untuk peperiksaan percubaan bulan hadapan.

"Kedua, sekolah kita ada menerima seorang guru baharu iaitu cik Syafiza. Beliau akan mengajar kemahiran hidup untuk lower form. Tapi dalam masa yang sama, beliau akan menggantikan cikgu Hanisah yang sudah cuti bersalin." jelas pengetua lagi.

Aku yang sedang ralit membelek nota tiba-tiba terkesan dengan kata-kata pengetua sebentar tadi. Anak mata aku cepat-cepat mencari kelibat 'beliau' yang dimaksudkan oleh pengetua.

'Cik Syafiza ni bukan dari sekolah lama aku ke?'

'Muka familiar. Nama pun familiar.'

Aku cuba mengingat kembali sama ada aku punya kenangan bersama beliau atau tidak?

"Oi kau taknak balik kelas ke? Kejap lagi exam" Suraya menegur. Aku lihat sekeliling yang mulai kosong.

"Eh habis dah ke? Ha jom jom" aku mengajak Suraya. Tak sedar perhimpunan sudah tamat. Aku kemudian menyambung kembali pembacaanku buat kali terakhir sebelum masuk ke kelas.

Sesampainya aku ke kelas, aku terkejut. Cikgu dah masuk lebih awal daripada kami. Aku tak sempat mahu habiskan nota aku. Kelam kabut aku cuba membelek sepintas lalu sehingga ke helaian terakhir.

"Ha yang kat belakang tu buat apa lagi? Cepat get ready dekat tempat masing-masing. Lain kali jangan masuk lambat." tegur beliau. Cikgu Syafiza itu.

Salah SarahWhere stories live. Discover now