BAB 39

635 34 0
                                    

"Tak payah la Kak Izzah. Kita pergi prep jela dulu." kata aku.

Kak Izzah daripada tadi mendesak aku untuk bagitahu cikgu Syafiza berkenaan hal yang terjadi tadi. Aku bukan apa, malas nak cari gaduh dengan orang yang tak kena mengena dengan aku. Diana and the geng tu aku jumpa dia dekat futsal je. Dekat sekolah and asrama kitorang biasa je. Taknak lah dia benci aku lagi lepasni.

Cumanya, kak Izzah ni dia tetap nampak yang dorang ni dah buat salah. Ya betul, kalau ikutkan memang dorang salah sebab aku just jalankan amanah yang cikgu Syafiza suruh je. Bila dorang tak ikut, dorang kira langgar arahan la kan? Tapi consequences dia aku yang tanggung tau. Buatnya kalau aku betul-betul jadi kapten nanti, dorang tarik diri pula sebab tak setuju.

"No. Cikgu Syafiza kena tahu. Jiah pun as orang yang jalankan amanah, kena inform if anything happen. Cuba ingat balik, cikgu Syafiza ada minta update apa-apa tak?" tanya kak Izzah.

"Ada..." jawab aku pula.

"Then? Takkan Jiah nak bagitahu benda yang tak betul? Dah, jomlah. Aku teman. Aku tolong cakap pun takpa kalau kau takut." kak Izzah cuba pujuk.

"Tapi nantilah kak Izzah. Kita prep dulu." pujuk aku pula.

"Kenapa? Pasal Diana tu, jangan risau. Aku boleh handle part tu. Tahulah aku nanti." kata Kak Izzah lagi.

"Bukan! Bukan sekarang k? Ya Jiah faham. Tapi kita pergi lepas prep. Nanti cikgu Syafiza tu suspect kita nak ponteng prep pula." aku jujur. Itu yang aku risaukan sebenarnya.

"Pulak dah. Okay la, lepas je prep kita pergi bilik warden." pesan kak Izzah sebelum beransur pergi.

Aku menghela nafas berat. Kalaulah aku tahu jadi macam ni, aku tak nak jadi kapten.

Kami pun berpisah. Jujur aku kata, aku sedih sebenarnya, tapi aku tak boleh terus sedih. Aku kena kuat. Lagi orang nampak aku lemah, lagi dorang usaha nak jatuhkan aku. Manusia kan, biasalah.

Beberapa minit berlalu begitu sahaja sepanjang prep malam. Aku buat sedikit latihan yang ada sekadar memenuhi masa sedangkan aku sudah tidak punya jiwa. Otak aku bercelaru taktahu sedang fikir apa. Tiba-tiba, pintu kelas aku diketuk.

"Damia... Bawa beg pergi bilik warden." cikgu Syafiza memberi arahan di muka pintu kelas aku. Ada kak Izzah di sebelahnya juga.

Seluruh kelas memandang. Aku agak terpinga-pinga sebenarnya sebab sumpah tak expect apa-apa. Sampailah kak Izzah datang di sebelah dan ajak aku pergi.

"Pasal petang tadi ke?" aku bertanya sewaktu kami dalam perjalanan ke bilik warden. Cikgu Syafiza sudah jauh ke depan, jadi beranilah aku bersuara.

"Kan kita dah janji nak pergi sama-sama. Kenapa kak Izzah tak tunggu?" aku sedikit marah selepas kak Izzah mengangguk tanda respon kepada soalan aku yang sebelumnya.

"Rilex la. Aku jumpa dia rounding tadi, alang-alang tu aku terbagitahu dia. Aku tak tahan la. Sorry" jawab kak Izzah pula.

Aku mengeluh.

"Tak apa. Aku backup kau. Jangan risau." kata kak Izzah lagi.

Kami kemudian berjalan lagi sehingga sampai ke bilik warden. Bilik warden terletak di bangunan asrama, lebih kurang 5 minit daripada blok akademik yang mana terletaknya kelas-kelas. Jam menunjukkan pukul 9:45pm. Lebih kurang 40 minit lagi untuk prep malam tamat. Sesampainya kami di bilik warden, aku dan kak Izzah ambil tempat di sofa bertentangan tempat cikgu Syafiza duduk. Sejujurnya, aku tak tahu tujuan sebenar perjumpaan ini dan memang aku clueless. Tak tahu nak cakap apa.

"Damia, ada nak cakap apa-apa?" cikgu Syafiza memulakan perbualan.

Aku confuse. Automatik aku memandang kak Izzah di sebelah meminta bantuan.

"Apa jadi petang tadi Damia?" aku disoal lagi. Kali ni nada suaranya lebih tinggi. Aku tak pasti, tapi salah aku ke? Aku mula menggenggam tangan kak Izzah sebab takut.

"Erm cikgu... Saya rasa maybe kita boleh start daripada awal. Like apa yang Jiah sepatutnya buat, then baru apa sebenarnya terjadi." kak Izzah mencelah.

Cikgu Syafiza mengangguk tanda setuju kemudian memberi isyarat supaya aku memulakan cerita. Aku menarik nafas dalam-dalam dan cuba untuk beritahu segalanya.

"Erm... Cikgu minta saya lead training petang tu. Cikgu bagi saya list position baru. So petang tu saya pergi training macam biasa, and tunggu sekejap untuk make sure coach betul-betul tak datang. Then saya patut bangun la bagitahu semua kata cikgu pesan suruh training macam biasa and announced the whole list of position. Tapi dorang semua tak percaya. Katanya saya reka position tu since ada yang dapat position lain daripada yang selalu dorang pegang. Saya cakap la mana saya tahu, saya cuma sampaikan je apa yang diminta. Saya cuba jelaskan macam-macam tapi still semua tak dengar, semua tak percaya. I mean bukan semua la, ada lah beberapa. Lepastu dorang tuduh saya macam-macam and then tak nak cooperate untuk training. Tinggallah saya dengan beberapa student lagi sampai habis riadah. Saya macam kenapa? Kenapa susah sangat percaya? Saya pernah tipu dorang ke? Bercakap pun jarang apatah lagi nak tipu. Kenapa dorang benci sangat dekat saya. Hina sangat ke saya ni?" aku mula sebak dan mempersoalkan diri sendiri. Persoalan yang selama ini aku tanya diri sendiri akhirnya aku keluarkan secara lisan. Aku penat. Aku sakit. Penat nak puaskan hati orang. Sakit nak tanggung caci maki orang.

"Siapa yang tak dengar cakap awak tu?" cikgu Syafiza bertanya.

"Takpelah cikgu. Saya tak nak mention-mention nama. Nanti lagi dorang benci dekat saya. Dorang tuduh pula saya mengadu. Saya tak nak keadaan jadi lebih teruk." terang aku.

"Saya berhak untuk tahu. Saya pesan kan anything happen bagitahu? Sepatutnya awak yang inform saya dulu, bukan Izzah. Bagitahu saya nama diorang." sambung cikgu Syafiza lagi.

Aku diam. Aku tak nak petik nama orang. Walaupun aku rasa dia dah boleh agak sebab berapa ketul je pun player futsal tu, tapi still. Aku nak remain silent.

"Saya tak nak lead lagi lepasni." aku bersuara. Aku serik. Serius tak nak dah.

"Sebab dorang tak dengar cakap awak? Once dorang tahu awak kapten, they will listen to you Damia. Percaya lah." cikgu Syafiza cuba meyakinkan.

"Tak. Leader sepatutnya dipilih oleh anak buahnya sendiri. Kalau dorang tak willing saya jadi kapten, sampai bila-bila behaviour dorang akan macam tu. Sebab at the first place dorang tak setuju saya diangkat naik." aku cuba berhujah.

"Sampai bila Damia? Awak ada talent. Awak boleh memimpin. Awak cuma takut je. Sampai bila nak tutup kebolehan diri sendiri?" kata cikgu Syafiza lagi. Suaranya kembali tinggi.

"Taknak. Saya taknak lead team ni." aku tetapkan pendirian.

"No." kata cikgu Syafiza. Dia tak benarkan.

"Kalau macam tu saya tarik diri daripada futsal." kata aku pula.

"Damia! Jangan degil Damia! Kalau awak macam ni, awak sama je dengan yang lain. Mana tanggungjawab awak?!" cikgu Syafiza mula naik berang.

Aku terkedu. Sumpah dia jerit kuat gila. Aku berdebar. Aku memandang kak Izzah tanda sokongan untuk backup aku, tetapi kak Izzah menggeleng. Dia juga tidak setuju. Dan belum masanya kot untuk bersuara. Cikgu Syafiza marah benar ketika itu. Lebih baik diam dahulu.

Tiba-tiba pintu bilik warden diketuk perlahan.

Salah SarahWhere stories live. Discover now