BAB 65

581 33 2
                                    

"Yang kat belakang tu cepat sikit." tiba-tiba satu suara menerpa ke telinga aku. Secara automatik kaki aku terkunci.

'Siot. Kantoi ke?' aku meneka. Sebab yang pastinya suara tadi bukan suara kak Izzah. Bukan suara kak Piqa atau kak Syu. Dan yang pastinya bukan suara kak Sha. Tak familiar betul suara tu. Makcik guard ke?

Aku masih kaku sambil tertanya-tanya adakah soalan tadi ditujukan kepada aku atau orang lain. Aku tengah dalam sdmak kot? Takkan la ada orang perasan aku.

"Arghh!" aku terjerit kecil. Telinga aku ditarik kuat sehingga memaksa kaki aku berjalan ke depan bersama.

"Aaa cikguuuu sakit lahhh" aku mengadu kesakitan. Cikgu Syafiza la siapa lagi. Aku tak faham macam mana gelap-gelap macam ni dia berjaya aim telinga comel aku ni. Menyesal pula aku cabut tudung awal sangat tadi.

"Oh ada lagi sorang." cikgu Wardeena yang berdiri di hadapan yang lain pula bersuara. Maksudnya yang tadi tu suara dia la? Patut la tak familiar sangat.

Sesampainya aku dekat situ, maka tamatlah penderaan terhadap telinga aku. Dan mungkin tamatlah juga riwayat kami semua malam ni. Aku tak tahu macam mana boleh kantoi. Ada yang dengki ke pergi report kitorang balik lewat? Tak guna!

"Pergi mana outing tadi? Lewat sangat ni balik. Lepastu masuk jalan lain pula tu. Ni sorang ni tudung pun dah terbang. Nasib tak pakai baju logo sekolah." cikgu Wardeena mula membebel. Tudung terbang itu ditujukan kepada aku. Kononnya aku bawa identiti tak baik la dekat luar padahal barh berapa minit yang lepas je aku cabut tudung. Ah telinga aku yang sedia merah terasa makin panas dengan tuduhan begitu.

Kami semua diam. Masih terkejut. Setiap muka aku perhatikan. Tak dapat digambarkan perasaan setiap seorang. Fuck up.

"Ni kena maklum PK Hem la kan Fiza. Kes lain dah ni." kata cikgu Wardeena.

Aku yang mendengarnya terus melepaskan nafas berat. Apa malang sangat nasib kitorang ni? Kerja tak pernah clean la sejak cikgu Syafiza ni ada. Aku mengerling ke arah cikgi Syafiza. Nampaknya dia bersetuju dengan cadangan cikgu Wardeena.

Mampus la. Cikgu Syafiza tak backup kitorang kali ni. Bila masuk cikgu Wan nanti, jangan harap la tak kena pergi kaunseling. Aku penat dah hadap muka kaunselor.

"Jom." kata cikgu Syafiza sambil mengetuai barisan. Bermula dengan kak Izzah, kami semua mengekor sahaja di belakang tanpa ada sebarang bunyi. Aku kemudian mendekati kak Sha untuk memulakan soal jawab.

"Macam mana dorang boleh tunggu kita dekat situ?" soalan pertama diajukan.

Kak Sha cuma mengangkat bahu.

"Ni kita nak pergi mana?" aku bertanya lagi.

Sekali lagi kak Sha mengangkat bahu lalu berjalan laju mengejar kak Izzah. Nampaknya semua ambil keputusan untuk berdiam diri. Kecut perut barangkali. Masing-masing tak tahu apa akan jadi.

"Duduk sini dulu. Saya pergi sebelah sekejap ambil barang." kata cikgu Syafiza. Kami kemudian ditinggalkan dalam musolla bersebelahan dengan bilik warden.

"Merah gila telinga kau." kak Izzah mengejek.

Aku terus memegang cuping telinga kiri aku dan membalas "diamlah!". Sakit pula hati aku.

Kak Izzah dan yang lain cuma tersengih. Suka la tu aku sorang je kena tadi. Menyesal aku volunteer nak jalan belakang sekali.

"Lek ah. Kitorang semua pun kena gak. Kau je lambat sikit." kak Izzah membuka cerita.

"Telinga?" soalku.

"Tak. Perut." balasnya pula.

"Ah sedap." balasku sambil mengangkat ibu jari. Tiba-tiba aku rasa bersyukur jadi orang terakhir tadi. Tak boleh bayang kalau aku yang kena cubit perut lagi. Cukuplah sekali setahun. Buat syarat.

Salah SarahWhere stories live. Discover now