BAB 13

669 31 2
                                    

"Shaaaaa!"

"Shaaaaa!"

"Shaaaaaaaa!"

"Ya Izzah, kau nak apa jerit pagi-pagi buta ni." jerit Kak Sha semula apabila melihat jam masih menunjukkan pukul 7:25 pagi tetapi Kak Izzah sudah memekik dari bawah blok.

"Mana Nazihah kesayangan kau tu?" Kak Izzah bertanya.

"Tidur. Kenapa?" balas Kak Sha.

"Kau kejut dia sekarang kata ada selection futsal. Aku tunggu sini." arah Kak Izzah.

"Ha jap." balas Kak Sha.

"Jiah... Jiah... Bangun. Jiah kan ada selection futsal. Lupa ke?" Kak Sha gerak tubuh aku.

Aku terjaga. Megantuk sungguh pagi ini. Baru ingat mahu bangun jam 8 pagi. Mahu pergi prep lewat sedikit.

"Kak Sha..." panggil aku dengan suara serak.

"Apa?" balas Kak Sha yang masih setia menunggu aku bangkit daripada katil.

"Jiah tak nak masuk futsal tu. Please bagitahu Kak Izzah yang Jiah sakit kepala ke apa ke." aku merayu.

"Hm patutnya Jiah dari awal lagi tak pergi. Ni dah separuh jalan nak tarik diri pula. Jap lah, bagitahu Izzah jap." kata Kak Sha kemudian berlalu.

"Izzah... Jiah tak pergi kot. Dia sakit kepala tu." jerit Kak Sha.

"Ah pandai la kau backup dia." Kak Izzah sudah dapat meneka.

"Damia Nazihah! 10 minit kau tak turun, aku naik atas kejutkan kau." jerit Kak Izzah memberi amaran.

"Japppppp mandiiii..." aku jerit protes.

Kak Sha memandang aku. Aku mengeluh lalu perlahan-lahan berganjak daripada katil. Sempat juga menghentak kaki semasa berjalan. Aku tak suka betul orang paksa-paksa aku ni. Tapi betul juga kata Kak Sha tadi. Aku tak patut mula. Bila dah mula, lepastu berhenti separuh jalan, mengamuk la Kak Izzah tu.

"Ha datang pun. Better late than never kan? Mana lagi yang lambat tadi? Beratur sini." arah Kak Izzah sejurus selepas aku sampai.

Aku dengan tak semangatnya ikut la seperti yang diperkatakan. Nak mengekat tak boleh sebab dia kenal aku.

"Okay nak denda apa ni eh? Ada idea tak?" Kak Izzah mula berfikir kemudian meminta cadangan yang lain.

"Ketuk ketampi"

"Lari satu padang"

"Joget tiktok"

"Push up"

'Halamak suka pula korang ya' aku menyindir dalam hati.

"Okay dah dah... bagi easy peasy jela. Satu dua tiga empat lima ni pergi lari satu padang. Kalau boleh yang hujung tu nak suruh pusing dua padang, tapi takpa lah. Aku baik harini. Yang lain masuk kumpulan semalam, buat warming up." arah Kak Izzah.

'Yang hujung' tu aku la tu. Geram je aku dengar. Tapi tak boleh buat apa. Kak Sha dengan Kak Piqa tak ada nak backup.

Kami berlima pun lari la seperti yang diarah. Memang lari macam tak nak compete dengan sesiapa. Masing-masing slow and steady. Banyak kali juga la kena jerit 'lembab' tapi kisah pula aku. Aku yang baru bangun tidur ni lepastu tak ada warming up apa-apa. Otot aku cuma bekerja kuat sikit waktu turun tangga tadi je kot.

Selesai sahaja lari, aku terus masuk kumpulan aku lepastu buat-buat busy dengar Kak Ros cakap. Takut Kak Izzah tu ada je nak kenakan aku. Sumpah Kak Izzah ni bukan kawan aku waktu dekat padang.

Kami kemudian diberikan sebiji bola setiap kumpulan dan diajar beberapa kemahiran futsal seperti menendang bola, menggelecek dan menangkap bola sebelum diminta seorang dei seorang untuk mencuba. Mujur sahaja kami dinilai oleh ketua kumpulan sendiri, jadi lokasi penilaian ikut pilihan Kak Ros. Sengaja aku minta Kak Ros pilih kawasan paling hujung. Penat lah asyik jadi perhatian. Ceh.

Salah SarahWhere stories live. Discover now