BAB 15

649 25 0
                                    

"Tahniah, kamu semua berjaya terpilih sebagai pemain futsal sekolah." ucap Kak Izzah di dalam bilik aktiviti di surau.

Aku pandang Kak Izzah tak lepas. Kak Izzah pula membalas dengan senyuman. Aku tak pasti tahap keikhlasan senyuman itu, tapi aku geram. Sedang 4 pelajar lain tersenyum kegirangan, aku seorang diri berperang dengan ketidakrelaan hati.

"Esok dah mula training. Sharp 5:00 petang sampai 6:00 petang. Ada jurulatih luar, jadi jangan lambat." pesan Kak Izzah.

Arghhhhh, masa riadah aku yang selalunya dihabiskan dengan jamuan minum petang di dewan makan telah dirampas begitu sahaja. Boleh jadi hujung minggu juga ada latihan. Tambahan lagi, aku tidak boleh ponteng atas alasan malas sebab memang Kak Izzah datang bilik heret aku keluar. Ah tak sukanya sekolah asrama!

"Okay itu sahaja. Ingat waktu latihan kita. Nanti boleh bagi saiz baju masing-masing dekat Fateen untuk buat jersey. Thank you, semua boleh bergerak ke kelas masing-masing." kata Kak Izzah mengakhiri perjumpaan.

Aku terus angkat kaki pergi ke kelas. Atau lebih tepat, kelas Aireen dan Sophea. Memang sejak akhir-akhir ini aku banyak habiskan masa dengan mereka. Kelas aku tu ada vibe stress sebab semuanya budak pandai tengah struggle siapkan latihan.

"Aireen, kau tak dapat futsal?" aku terjah dengan soalan.

"Eh dah inform ke?" kata Aireen yang benar-benar tak tahu.

"Dah tadi. Lima orang je." aku membalas.

"So Kak Jiah pass ke?" tanya Aireen.

"Ikutkan, gitulah." aku acuh tak acuh.

"Wahhh tahniah. Pasni busy la kejar bola. Hihihi" Aireen mengusik.

"Ishhh akak tak suka pun. Tak tahu macam mana boleh dapat." aku merungut lagi.

"Takpe, Kak Jiah boleh punya. Kalau tak, takkan dia pertaruhkan team dia kalau ambil yang tak hebat." Aireen memberi semangat.

"Hm yela... Eh ni mana yang lain?" tanya aku.

Kebiasaannya ramai lagi yang duduk lepak bersama dalam kelas Aireen ni memandangkan kelas Aireen agak besar berbanding kelas yang lain. Kadang tu kami memang berkumpul untuk buat kerja sekolah, tetapi biasalah bila dah ramai-ramai macam ni, satu kerja pun tak jalan. Tambahan pula, aku jenis yang tak boleh stay up, jadi asyik tak buat kerja sekolah je la. Cikgu pun naik bosan dengan alasan aku.

"Dorang ada group project nak hantar esok, itu yang tak datang sini harini." balas Aireen.

"Ohhhh..." aku hanya memberi reaksi minima. Earphone aku capai dan mula menghidupkan MP3 milik Raudhah.

Tamat sahaja prep malam, aku terus pergi ke kelas aku untuk ambil apa yang patut. Tiba-tiba Suraya menegur aku.

"Kau tahu tak ada cikgu baru masuk?" Suraya bertanya.

"Lelaki?" tanya aku dengan teruja sehingga aku terhenti daripada mengemas barang.

"Perempuan la..." Suraya membalas.

"Ala bosan betul." aku kecewa dan kembali mengemas beg aku.

Aku mengajak Suraya ke dewan makan untuk supper.

"Kau dah study belum exam next week?" tanya Suraya.

"Belum weh... Aku taktahu nak start dari mana." jawab aku.

"Kau sejak-sejak selalu hilang time prep ni, pergi mana? Aku ingat kau pulun study." Suraya menyatakan tanggapannya.

"Hahahha tak la... Ada la aku buat kerja lain. Eh latihan bio dah buat ke? Aku nak pinjam boleh? Hihi..." aku meminta.

"Hmm pinjam jela kau. Kau tu lagi pandai dari aku tau." Suraya mengomel.

"Ala macam tak biasa pulak. Pinjam la eh?" aku memujuk Suraya.

"Yela... Tapi kertas tu ada dekat dorm aku. Jom lah." Suraya mengajak.

"Bolehhhh... Tapi kejap, aku nak pergi ambil baju Kak Izzah sekali dalam locker aku. Tunggu ehhhh..." kata aku bersemangat.

"Okay." Suraya membalas kemudian berlalu masuk ke dalam dewan makan.

Selepas mencari baju milik Kak Izzah, aku terus ke dewan makan semula untuk mencari Suraya. Sempat juga aku menjamu beberapa keeping roti planta yang disediakan bersama milo palsu panas. Takkan la asrama nak hidang milo betul kan? Dah la milo palsu, tawar pula tu. Tapi okaylah daripada takda. Selesai makan, aku dan Suraya terus menuju ke dorm-nya.

"Eh Kak Izzah takda." kata aku apabila melihat katil Kak Izzah masih kosong seperti belum disentuh.

"Kau letak je atas katil dia. Nanti aku bagitahu. Aku nak pergi toilet kejap" balas Suraya.

Aku kemudian menuju ke katil Kak Izzah di hujung bilik. Tiba-tiba bed-mate Kak Izzah menegur.

"Ha Nazihah... Alang-alang ada dekat sini. Meh la saiz baju. Kau taknak jersey futsal ke?" tegur Kak Fateen.

"Eh belum bagi lagi ek? Hihi... Saiz XS." aku membalas.

Kak Fateen mencatat saiz baju aku di sehelai kertas. Maklumat berkaitan team futsal mungkin.

"Erm Kak Fateen... Jiah main position apa eh? Dah ditentukan ke?" aku beranikan diri bertanya. Walaupun tak rapat, tapi nak taknak aku perlu berjumpa juga dengan Kak Fateen setiap kali latihan.

"Jap... Kau defender." balas Kak Fateen setelah menyemak helaian kertas yang tadi.

"Ouhhh defender..." aku agak lega kerana bukan player yang penting sangat.

"Lagi satu... Faktor player baru lulus selection apa eh? Sajalah tanya sebab Jiah bukan pandai main pun." lagi sekali aku bertanya. Alang-alang ada player futsal situ.

"Actually kitorang tak tengok sangat pandai main ke tak sebab skills tu boleh mahir bila training. Asalkan badan fit dah lepas dah. Lagi satu komitmen. Kalau tengok haritu kita ada 3 sesi selection, ada je yang tak dapat datang salah satu ataupun datang sekali je yang awal-awal tu. Dari situ kitorang dah tapis dah." jelas Kak Fateen panjang lebar.

Pftt patutlah Kak Izzah beria suruh aku datang pagi tu.

"Siapa yang select?" aku tanya lagi.

"Izzah." jawab Kak Fateen.

"Ah mesti Kak Izzah saja je pilih Jiah. Jiah takda lah hebat sangat. Yang pagi tu pun Kak Izzah yang kejut suruh datang." balas aku jujur.

"Oh ye ke? Yang tu tak sure. Tapi baguslah kalau Izzah ajak kau masuk, mungkin dia nampak potensi kau dari awal. Aku tengok kau pun okay je main. Cuma tak pandai lagi nak conquer bola. Takut eh?" teka Kak Fateen.

"Kau buat apa dekat sini Jiah?" Kak Izzah tiba-tiba datang.

Aku yang sedang landing helok atas katil dia terus berdiri tegak di hujung kepala katil. Bila masa pula Kapten Futsal ni sampai?

"Errr Jiah ikut Suraya balik tadi. Tu Jiah hantar baju Kak Izzah." jawab aku.

"Kau kenapa takut-takut? Kau buat salah apa dengan aku?' tanya Kak Izzah.

Ah sudah. Kak Izzah boleh baca air muka aku. Aku cuak.

"Eh mana ada apa-apa. Okaylah, Jiah balik dulu" jawab aku sebelum lari keluar daripada dorm itu.

"Nazihahhh... Kau nak pinjam homework tak?" tanya Suraya apabila melihat aku keluar.

"Takpelah... Tak jadi." balas aku sambil berjalan menuruni tangga.

Salah SarahWhere stories live. Discover now