BAB 11

638 30 0
                                    

Aku duduk sendirian di penjuru kelas. Di atas tikar gebu bersandar rak buku. Sudut bacaan ini memang menjadi port kegemaran aku lepak bila mana prep atau apabila cikgu lambat masuk.

"Jiah... Apa plan kau hari ni?" tegur Suraya yang sedang mencari buku latihan di rak buku.

"Plan apa pulak? Takda plan apa-apa. Aku nak pergi futsal selection petang ni" malas-malas aku membalas.

"Wahhh power la memberi aku ni. Ingatkan kau kaki bangku. Nampak asyik makan je time riadah." Suraya membahan.

"Diam lah. Aku nak cuba nasib." marah aku.

"Elehhh... Kau tu ada training tak before ni? Karang semput aku tak tahu." Suraya mengejek.

"Aku power dah. Tak payah latihan-latihan semua ni." balas aku membangga diri.

"Bangun semua..." tiba-tiba ketua kelas bersuara.

Kelam kabut aku bangun menuju ke lokasi meja belajar aku.

"Assalamualaikum Ustazah Jasmin." ucap ketua kelas diikuti semua pelajar yang lain.

Aku terus duduk dan mencari buku Pendidikan Islam di dalam laci. Eh mana?

"Keluarkan kerja semalam. Saya nak tengok." arah Ustazah Jasmin.

"Aduhh time aku tak bawak la dia nak check. Selalu takda pun." aku mengeluh. Aku baru teringat buku latihan itu aku bawa pulang ke dorm malam tadi.

"Nazihah... Mana buku awak?" tanya Ustazah Jasmin.

"Ada dekat dorm Ustazah. Saya tertinggal. Hihi" balas aku sambil membuat muka comel.

"Ish letak dekat bilik siapa nak baca? Entah dah siap ke tidak tu..." Ustazah Jasmin membebel sambil berlalu pergi.

Fuhhh lega. Dia tak marah. Apatah lagi sentuh aku.

"Kau bernasib baik" Suraya bisik pada aku apabila Ustazah Jasmin beredar.

"Kenapa?" balas aku dengan bisikan juga.

"Budak kelas sebelah haritu kena marah teruk sebab tak bawa homework" jelas Suraya.

"Oh yeke? Dekat kelas kita dia tak pernah macam tu pun" aku pelik.

"Sebab kita kelas first. Dia tak masuk kelas pun kau boleh dapat A." balas Suraya lagi.

"Eh macam tu pulak." aku bertambah pelik.

"Result kau lagi penting daripada attitude. Dia tak nak kelas first ni terganggu emosi kalau cikgu marah-marah." terang Suraya.

Aku hanya diam. Walaupun aku rasa tak fair, tapi aku seronok kerana tidak perlu risau sangat kalau tak siap kerja nanti. Habis sahaja kelas, aku terus menuju ke koperasi sekolah untuk rehat. Jarang aku kantin kerana terlalu ramai manusia, koperasi lebih tenang.

Hari ini aku tidak berehat dengan yang lain-lain kerana form 5 ada bengkel di dewan, jadi jadual mereka berubah sedikit.

"Ni berapa satu?" aku tanya pengawas koperasi yang bertugas.

"RM3.50 kak" dia menjawab.

"Okay jap eh..." aku mengeluarkan dompet dari dalam poket. Semasa hendak mengira sejumlah wang yang diminta itu, aku terdengar sesuatu di sebelah kanan koperasi.

"Bayarkan lah untuk aku. Bukan selalu buat amal jariah."

"Aku takda duit la. Lain kali aku ada duit, aku belanja la."

"Ish budak ni. Takkan takda duit langsung. Janganlah kedekut sangat"

"Kenapa ni?" aku saja menegur. Sedangkan aku sudah melihat adegan membuli itu daripada awal. Macam kak long kawasan bukan?

Salah SarahWhere stories live. Discover now