"Kau kenal aku tak?" tanya seseorang di hadapan aku.
"Err... tak." jujur aku. Suara dia memang aku tak cam.
"Okay nice... So, whoever you are, aku minta maaf kalau aku ada sakitkan hati kau. Tak kisah la umur kita sama ke beza ke, nak cakap senior junior takut kantoi la pulak kan, tapi apa-apa pun kau respect aku, then aku pun respect kau." dia memulakan kata-kata.
Aku mendengar dengan teliti. Cuba menghayati.
"Malam ni aku dengar macam-macam cerita. Aku rasa tak deserve untuk aku jatuh hukim dekat sesiapa. So, aku nak minta maaf, dekat kau, and actually dekat semua. Aku rasa aku pun tak lama dalam team ni, since nak fokus akademik. Tapi apa-apa pun kena buat the best la kan untuk team. Penat je training tapi tak bawa pingat apa-apa tak guna jugak. Jadi, kosong-kosong eh?" sambungnya lagi.
"Ehemm... Okay. Aku pun." balas aku. Dengan suara garau yang dibuat-buat. Sampai ke akhir perkataan dia, aku gagal untuk kenal pasti suara itu milik siapa. Jadi aku pun kenal ubah suara.
"Err... By the way, thank you sebab minta maaf. Tak senang orang nak minta maaf ni. So, sama jugak la dengan aku, sorry for everything. Minta maaf untuk semua. Mungkin kedatangan aku buat ramai tak suka, tapi aku pun tak nak benda macam ni jadi. Aku nak team kita ada bonding. Aku nak kita saling tolong each other. And macam kau cakap, aku nak kita menang. Aku aim johan, and aku yakin kita semua boleh. Everyone ada kekuatan masing-masing. Aku kadang rasa tak layak masuk team ni sebab semua terlalu hebat. Tapi aku yakin kalau semua bergabung, kita boleh jadi lebih hebat. Aku harap kem ni buat kita start over and start to strive for good team. Okay?" kata aku panjang lebar.
"Okay..." balasnya pula.
"Okay, yang saya tepuk peha dia, cuba teka siapa depan kamu?" cikgu Syafiza tiba-tiba datang. Aku tak tahu dari mana dia sempat dengar. Tiba-tiba aku rasa segan.
"Kak Fateen?" jawab aku memandangkan peha aku ditepuk tadi. Aku teka sahaja sebenarnya. Dia kata dia nak fokus akademik, jadi aku rasa boleh fikir senior sahaja. Nak kata kak Izzah, memang jauh sekali la. Aku kenal ayat kak Izzah macam mana.
"Okay boleh buka kain hitam." arah cikgu Syafiza kemudian kedengaran bunyi derapan kasut yang semakin menjauh.
"Okay sekejap, buka kain tapi kita buka mata sama-sama okay?" kata aku. Masih dalam suara besar
"Alright. Biar aku kira." balasnya pula.
Aku membuka kain hitam.
"Okay aku dah ready." kata aku lagi.
"Satu... Dua... Tiga..." dia mengira.
Laju-laju aku buka mata seraya angka tiga disebut. Aku terkejut. Dia juga terkejut. Dia ialah Diana. Orang yang aku paling tak ngam. Aku pandang dia tak berkelip.
Tapi tiba-tiba Diana peluk aku.
Ah sudah. Aku patut terharu ke?
"I meant every words that I said just now." bisik Diana pada aku.
Aku tersenyum. Beberapa saat kemudian aku leraikan pelukan. Bukan kerana tidak menerima maaf, tetapi aku tak nak dia rasa worst. And somehow aku rasa segan jugak sebenarnya.
"Kau tak benci aku?" tanya aku.
"Tak. Aku cuma jeles je dengan kau. Aku ada dengar ura-ura kau bakal kapten, jadi aku macam tercabar sikit la since kau baru je masuk. Aku ingat kau boleh naik sebab ihsan Izzah, tapi aku sedar kau memang layak Damia. Eh damia ke nazihah? Aku confuse kadang-kadang." kata Diana.
"Hahahahhaha panggil aku Jiah je. Damia tu cikgu Syafiza je panggil gitu. Entah dia." balaa aku. Geli hati pula aku boleh borak santai dengan Diana, orang yang aku tak pernah terlintas untuk rapat.
"Tapi kau betul-betul nak stop futsal ke after this?" aku bertanya lagi.
"Haah. Aku nak fokus study la. Since naik upper form ni, result aku teruk. Aku susah nak catch up." jawab Diana.
"Hmmm jangan lah... Rugi la kan tak teruskan, lagi setahun je. Kau tak sayang ke?" kata aku lagi.
"Sayang tu memang sayang, tapi tulah. Kita datang sini untuk belajar kan? So kena dahulukan yang utama la..." Diana berkata.
"Okay then. I respect your decision. Kita kasi menang eh tournament next month?" kata aku sambil menghulur tangan ingin bersalam.
"Onzzzz!!" Diana membalas dengan semangat. Huluran tangan aku disambut.
Aku tersenyum lagi. Kali ini aku yang perlahan-lahan memeluk Diana. Rasa tenang.
Dari jauh aku terlihat cikgu Syafiza. Dia turut tersenyum. Mesti dia sengaja kan kasi aku partner dengan Diana? Tapi bagus juga lah. Aku bersyukur.
Aku mula pandang sekeliling selepas meleraikan pelukan tadi. Aku terlihat beberapa pasangan lain yang turut menghayati aktiviti malam ini. Memang lain daripada lain. Bila tutup mata tu, kau tak judge, kau cuba hayati, kau lebih terbuka hati. Berjaya la kiranya aktiviti malam ni.
"Okay nampaknya semua dah selesai. Malam pun dah lewat ni. Lepas ni semua balik dorm masing-masing, bersihkan diri, lepastu bersedia untuk al-mulk. Tidur awal, esok berkumpul semula jam 7:30 pagi. Kita breakfast sama-sama dan sambung aktiviti. Pakai sport attire." kata cikgu Syafiza tanda penutup untuk hari pertama. Kami semua bersorak tanda seronok.
Aku terus pulang ke dorm selepas aktiviti bersurai. Aku nak lari sebenarnya daripada cikgu Syafiza, takut dia minta aku tolong macam-macam. Bukan apa, aku penat gila hari ni since fitness petang tadi quite teruk gak la.
"Eh buku bio!"
YOU ARE READING
Salah Sarah
Teen FictionBuku ini mengisahkan tentang hubungan singkat tetapi panjang antara dua gadis yang terpisah. Damia/Jiah yang pada awalnya menyimpan rasa telah datang ke rumah Sarah untuk luahkan segalanya, namun ianya dibuat tidak endah oleh Sarah. Damia kecewa. Mu...