BAB 41

611 29 0
                                    

"Eeeee tak matured-nya perangai macam tu." kak Syu memberi respon selepas aku selesai bercerita.

"Kannnnn? Geram pulak aku dengar. Ingat suka-suka ke nak lead training tu? Mestilah ada sebab." kak Sha pula menyampuk.

"Tunggu la dia... Aku basuh dia cukup-cukup esok." balas kak Izzah pula.

"Izzah... Janganlah over sangat." kata Kak Piqa pula.

"Kalau nak gaduh, ajak aku jugak." sambung kak Piqa lagi.

"Jommmm!" kak Izzah tiba-tiba semangat.

"Tak payah lah. Biarlah benda ni habis dekat sini. Anggap je takda apa berlaku." aku menyatakan ketidaksetujuan aku.

"Mana boleh. Ingat dorang siapa? Baru form 4 dah tunjuk perangai macam ni. Nanti tahun depan? Siapa pulak nak tegur?" kak Izzah membantah lagi.

Ada jugak betulnya. Sama macam cikgu Syafiza cakap tadi. Attitude macam tu la yang perlu dibetulkan.

"Aku setuju." kak Sha pula menyokong.

Aku cuma mengeluh.

"Hmm... Jiah nak bagitahu something ni..." aku mula membuka cerita. Sebenarnya saja nak dorang lupakan isu yang baru terjadi ni. Dan rasanya masa ni paling sesuai untuk aku bagitahu perkara sebenar yang aku simpan selama ni.

"Apa dia?" tanya yang lain hampir serentak. Masing-masing seakan tidak sabar. Semua pun mula duduk mendekat.

"Cikgu Syafiza tu sebenarnya cikgu dekat sekolah lama Jiah." balas aku dengan satu ayat yang pendek tetapi padat.

"SERIUS LAH?" kak Izzah sedikit menjerit.

"Yup. Sekolah dengan KL sana." kata aku mengiyakan.

"Laaaa kira ada cable kuat la ni. Tapi kenapa dia paling selalu marah eh?" kak Syu pula bersuara.

"Dia memang gitu. Kitorang takda lah ngam pun. Cuma dia pernah ajar Jiah jela waktu form 1 ke form 2 ntah." kata aku pula.

"Oh ye ke... Supposely, korang rapat masa dia awal-awal masuk. Dia tak cam Jiah kot?" teka kak Sha.

"Jiah yang tak cam dia sebenarnya hahhahha... Tapi sebab dia panggil Damia, terus macam teringat. Sekolah lama je yang panggil Damia." kata aku lagi.

"Dia garang jugak ke dulu? Kau macam takut dia je kalau ada dia" kak Izzah mencelah.

"HAHhahhAHaha kat sekolah sana, semua cikgu garang. Kat sini je semua baik-baik, tu yang bila cikgu Syafiza masuk sini dulu, rasa macam tak senang duduk. Kalau kita buat something yang langgar peraturan ke apa, dia akan cakap one-to-one dengan Jiah sebenarnya. Penat jugak la kena dengar tazkirah dia, tapi nak buat macam mana kan. Entahlah, mungkin dia rasa tanggungjawab kot dekat Jiah since dia kenal daripada zaman Jiah form 1 pastu tiba-tiba tersama sekolah lagi." balas aku.

"So tu jela nak bagitahu. We have personal issue la senang cerita." sambung aku sebagai penutup kepada cerita.

"I see... Menarik-menarik. Lepas ni boleh lah suruh cikgu Syafiza tengok-tengokkan kau. Biar reti duduk diam sikit. Jangan nak ponteng prep je kerja." sakat Kak Izzah.

"Ishhhh janganlahhhh... Tak tahu lah macam mana nak hidup kalau korang semua dah habis SPM nanti." aku mula sebak.

"Alololo janganlah cakap macam tu." balas kak Sha lantas memeluk aku. Kak Syu yang berada di sisi turut merangkul pinggang aku.

"Eiuw! Geli pulak aku." respon kak Izzah yang menyaksikan adegan tersebut.

"Oh kau Piqa... Kau kenal dia ke?" kak Izzah tiba-tiba mengajukan soalan.

"Siapa?" tanya kak Piqa kehairanan.

"Cikgu Syafiza tu la." balas kak Izzah pula.

"Dia... cikgu la. Kenapa?" jawab kak Piqa. 

"Takda la... Aku nampak kau macam rapat jugak dengan dia masa awal-awal dulu. Lepastu selain Jiah, mesti dia attack kau bila kita kantoi apa-apa." kak Izzah menyatakan kemusykilannya.

"Entahlah... Aku cuma tolong dia je masa awal-awal dia pindah. Daripada awal dia daftar sampai la tolong dia pindah bilik warden. Tak tahu kenapa benda ni jadi tugas aku, tapi masa tu cikgu Wani panggil aku." jawab kak Piqa.

"Oh mungkin sama macam Jiah jugak. Sebabkan aku orang first dia kenal dekat sini, so dia rasa tanggungjawab dekat aku. Maybe? Mungkin awal-awal dia ingat aku pengawas kot, sekali kantoi ponteng al-mulk pulak." sambung kak Piqa lagi dengan selamba.

Aku cuma tergelak. Kalau aku pun, aku akan rasa benda yang sama. Tak sangka pula kak Piqa langgar peraturan sekolah hardcore macam ni.

"Pfttt! First expectation dia tersasar la kiranya. Patutlah la marah hahahhah... Tak dapat lah kau jadi pet dia. Aishhh rugi-rugi. Kalau tak malam ni aku takyah minta izin dia pun tak apa." kak Izzah membebel pula.

"Kau minta izin dia?" kak Sha menyampuk.

"Haah. Alang-alang aku tolong dia tadi." kak Izzah membalas.

"Ohhh bagi pulak dia." kata Kak Piqa pula.

"Entahlah. Aku pun tak faham dia tu. Kejap okay, kejap tak. Kita kena check kot dia period bila. So boleh la avoid hari moody dia." kak Izzah berseloroh.

"Bongok!" marah Kak Piqa.

"Dah la. Nak tengok cerita apa ni?" tanyanya lagi.

Kami kemudian tamatkan drama malam tersebut dengan movie seram. Takda lah seram sangat, light-light je untuk elak jeritan spontan kami semua. Nanti tak pasal-pasal cikgu Syafiza ketuk pintu pula.

Selesai menonton, kami pun terus pulang ke dorm masing-masing memandangkan mata semua pun sudah layu. Mana taknya, kami mula cerita pun sudah pukul 12 lebih. Pukul 2 jugaklah kami naik ke dorm. Sesampainya aku di dorm, aku teringat akan surat yang aku berhajat untuk serahkan kepada Sarah. Surat itu aku sudah masukkan kemas dalam sampul surat, cuma belum tulis alamat sahaja lagi, Kononnya nak minta pos cikgu Syafiza pos, tapi sebelum hati aku dah tawar untuk jadi kapten futsal, maka mungkin aku perlu cari alternatif lain.

Dalam samar-samar malam, bawah meja belajar aku raba perlahan-lahan. 

Tiada apa.

Aku menjenguk perlahan berbekalkan lampu koridor yang terpasang malap.

Kosong.

Aik? Mana pulak ni? Aku selongkar harta karun yang bersarang bawah meja belajar aku itu dengan rakus. 

Memang tak ada.

Mampus. Aku silap letak ke?

Salah SarahWhere stories live. Discover now