BAB 8

684 28 0
                                    

"Jiah, kau taknak masuk futsal ke? Next week ada selection." tanya Kak Izzah.

"Jiah, esok pakai baju pj ke?" Ziana, kawan kelas aku yang kebetulan lalu di situ mula menegur.

"Aku tak sure la. Pakai jela kot." balas aku tidak pasti.

"Tula kan. Cikgu takda bagitahu pula haritu." sambung Ziana lagi.

"Better kau tanya Atiqah. Aku ni selalu ikut orang je." jawab aku pula.

"Okaylah, bye." Ziana berlalu pergi.

"Apa dia Kak Izzah?" aku bertanya semula soalan Kak Izzah yang tergendala tadi.

"Amboi... Sejak-sejak ada kawan ni, kau tolak tepi ya pertanyaan aku." perli Kak Izzah.

Ya, teori Kak Lekha menjadi. Peperiksaan pertengahan tahun haritu aku berjaya dapat keputusan cemerlang. 8A 1B. B itu subjek Biologi. Aku lemah sikit bab-bab manusia ni. Tapi yang tu tak penting. Yang penting, nama aku dilambung tinggi setiap kali cikgu umum markah peperiksaan. Kawan-kawan kelas aku juga tak putus-putus jadikan aku sebagai rujukan mereka apabila mahu menyiapkan tugasan. Aku seronok.

"Alaa mana ada macam tu. Kalau taknak repeat soalan takpa, tak rugi pun." aku pura-pura merajuk.

"Hekeleh kekwat" Kak Izzah mengejek.

"Kau taknak join team futsal aku ke? Next week ada selection. Kitorang nak cari player baru ni nak ganti player form 5" tanya Kak Izzah semula.

"Taknak la..." balas aku kemudian sambung suap burger ke dalam mulut.

"Asal?" Kak Izzah balas semula dengan pertanyaan.

"Sebenarnya malas nak masuk apa-apa sport dekat sini. Nanti susah nak skip. Hihi" balas aku sambil tersenyum kambing.

"Amboi-amboi... Itu je alasan kau. Takda-takda, next week kau kena datang. Try je mana tahu dapat. Nanti aku boleh la ragging kau dalam court. Takdalah Kak Sha, Kak Piqa semua nak backup kau je." balas Kak Izzah mengejek.

Ya, aku memang paling rapat dengan Kak Sha. Satu dorm kan. Kadang-kadang aku segan nak mengadu dekat yang lain, Kak Sha jela yang paling dekat and nampak semua keserabutan aku sepanjang dekat sini.

Kak Piqa pula selalu menangkan aku bila Kak Izzah atau Kak Lekha cari pasal. Aku taktahu sebab dia apa tapi mungkin dia taknak kami bergaduh. Itu sahaja.

"Hmm... yela" balas aku pasrah. Malas mahu bergaduh. Sejak masuk sini, aku boleh tahan keras kepala juga. Hati batu. Tapi dengan Kak Izzah ni, aku surrender. Kapten futsal tu.

"Ha kenapa ni?" tiba-tiba Kak Sha datang.

Mata aku terus pandang Kak Izzah.

"Takda apa..." balas aku apabila Kak Izzah paksa untuk tidak memberitahu apa-apa.

Kak Izzah tersenyum.

"Jom" Kak Sha mengajak pulang ke dorm. Kejap lagi bacaan Al-Mulk bermula dan kena lights off.

"Alaaa relax la weh. Jom lepak dobi." Kak Izzah mencelah.

Kak Sha pandang aku. Aku menggeleng.

"Ishh dia ni penakut la. Takda apa pun. Percaya cakap aku" sambung Kak Izzah lagi.

"Hmm tak cukup forum ni Kak Izzah. Kak Piqa semua takda. Lain kali la eh?" aku cuba berdalih tanpa memandang anak mata Kak Izzah. Takut.

"Dorang ada dekat bilik bacaan tu. Tengah buat kerja. Kita pergi sana." Kak Izzah menukar lokasi.

"Tak ganggu dorang ke? Kesian dorang nanti kerja tak siap." Aku cuba berdalih lagi.

"Tak ganggu. Dah, jom!" Kak Izzah terus menarik kuat lengan aku.

"Kak Shaaaaa..." jerit aku meminta simpati.

Kak Sha hanya memerhati kemudian membontoti aku dan Kak Izzah. Kadang-kadang Kak Sha pun kalah dengan Kak Izzah ni.

Malam itu, kami semua duduk borak tak ingat dunia di bilik bacaan blok Rumah Panglima, house Kak Piqa. Selesai sahaja bacaan Al-Mulk, kami masing-masing beredar pulang ke dorm.

"Kak Sha... Nak tanya boleh?" aku mula memecah kesunyian malam.

"Apa dia?" jawab Kak Sha.

"I wonder, dalam ramai-ramai tu siapa ketua eh?" aku bertanya.

"HAHAHAHAHA seriously asking this question at this hour?" Kak Sha pecah perut gelakkan aku.

"Kenapa? I just wonder." sambung aku lagi.

"What's your guess?" Kak Sha pula mengajukan aku soalan.

"Kak Izzah?" aku meneka.

"Just because she looks bold and conquered everything? and garang? HAHAHA" balas Kak Sha.

"Ya maybe... Just from my observation." balas aku pula.

"Nope. Bukan Izzah." balas Kak Sha pendek. Tak menjawab soalan betul.

"Then?" tanya aku lagi.

"Piqa." jawab Kak Sha.

"Seriously?? Dia paling diam kot." aku terkejut.

"Tapi bila Piqa bersuara, Izzah terus boleh diam kan?" Kak Sha membalas.

Aku terdiam. Betul juga.

"Actually we don't have such thing as a leader. But to answer your question, pioneer yang create this group was Piqa. Idea dia." jelas Kak Sha.

"I see..." aku mula faham.

"One more question boleh?" tanya aku lagi inginkan persetujuan Kak Sha. Takut mood dia tak baik ke apa kan.

"Go on" balas Kak Sha.

"How korang boleh create group ni? I mean kenal daripada mana? Sebab Jiah nampak you all punya personalities macam tak sync. Others macam okay tiba ada Kak Izzah yang different gila. Kak Izzah tu macam gangster tau tak. But others macam baik je. How Kak Izzah can be together with you guys?" aku tanya soalan lagi.

"Ohhhh Kak Sha tak gangster ke? Awal-awal masuk dulu macam takut je HAHAHA" perli Kak Sha.

Aku terdiam. Betul lah, aku takut dengan Kak Sha dulu. Mungkin sebab bahasa utara dia yang agak kasar. Tapi sebenarnya aku memang takut semua senior.

"See? You get it?" tanya Kak Sha.

Aku masih diam. Tak pasti apa yang aku fikirkan ini selaras atau tidak dengan jangkaan Kak Sha.

"We all in the same level actually. Semua nakal. Masa awal-awal masuk dulu. Cuma sekarang ni dah form 5, masing-masing dah boleh fikir mana bagus mana tak. Izzah tu paling kuat menyakat junior. Tapi dia sayang Jiah tau. Everytime dia marah Jiah ke, dia suruh Jiah buat apa-apa ke, dia indirectly nak suruh Jiah kuat sikit nak tahan cabaran incase kitorang semua dah keluar sekolah nanti. Jangan ambil hati apa yang dia cakap, tapi ambil pengajaran. And even Piqa pernah slow talk dengan Izzah tau supaya tak keras sangat dengan Jiah macam dia buat dekat junior-junior house dia. Dia kan exco disiplin Rumah Laksamana. Budak-budak house dia memang dah biasa dah kena maki semua." sambung Kak Sha panjang lebar.

"Kak Izzah pun ada rahsia dan kuasa tau dekat sekolah ni. Sebabtu kitorang approach dia and make her stay" kata Kak Sha seolah-olah teruja.

"Apa dia?" aku ikut teruja.

"Jiah kena buat sesuatu dulu baru Kak Sha bagitahu." balas Kak Sha.

"Buat apa?" tanya aku.

"Esok kitorang nak fly pergi kedai depan tu. Kali ni Kak Sha takmau backup Jiah. Jiah kena ikut." jawab Kak Sha.

"Alaaaa..." aku mengeluh.

Kak Sha terus masuk dorm meninggalkan aku. Aku masih memikirkan tawaran tadi.

Salah SarahWhere stories live. Discover now