KAK IZZAH'S POV
"Izzah... Jom pergi tengok Jiah kejap. Aku tak sedap hati la..." Sha tiba-tiba mengajak aku. Dah kenapa pulak ni?
"Form 4 dah habis rehat kan sekarang?" aku menyoal. Bukan apa, takkan lah nak buat rombongan cik Kiah pergi kelas form 4 kot. Dah la muka-muka kami ni wanted. Tak pasal-pasal kena cop ponteng walaupun sekarang tengah rehat.
"Haah... Tapi dia dekat sickbay kot. Dia demam tu. Entah makan ke tidak lagi tu. Aku rasa dia tak makan apa-apa lagi daripada semalam." kata Sha.
"Lahhh sejak bila dia sakit?" aku mula pelik.
"Yang dorang kantoi malam haritu tu kan hujan. So sebab itu lah kot." Sha membalas pula.
"Apa lah kau ni Sha. Kau tak jaga dia ke? Seharian tak makan pulak tu." aku membebel. Budak tu bukan boleh. Keras kepala sikit. Haritu pengsan dekat court pun sebab tak makan.
"Apahal aku pulak? Dia yang refused. Jumpa aku pun tak nak." Sha mempertahankan diri.
"Okaylah okaylah... Jom ajak yang lain." aku bangun dan bergerak mencari Syu dan Piqa.
"Jom pergi lawat Jiah dekat sickbay..." kata aku setelah terserempak dengan Syu dekat tangga.
"Eh? Sickbay? Aku nampak dia jumpa Piqa awal-awal rehat tadi." Syu membalas.
"EH?" aku dengan Sha berpandangan. Sihat dah ke?
"Piqa! Syu cakap Jiah jumpa kau?" aku berlari daripada kantin selepas mendapat berita itu.
"Kenapa Izzah? Cuba relax dulu." Piqa menenangkan aku. Nafas aku turun naik dek kepenatan.
"Betul ke dia jumpa kau? Korang dah okay ke?" aku teruja.
"Hm entahlah. Dia datang jumpa aku nak minta panadol. Nampak macam tak sihat." balas Piqa.
"Panadol? Berapa banyak kau bagi?" tanya aku dengan nada hampir menjerit.
"Aku bagi satu papan lah. Itu je aku ada. Dia nak semua katanya, buat stok." jawab Piqa lagi.
"Piqa. Kau bodoh ke apa? Budak tu mana reti makan ubat pil. Lepastu sampai satu papan pulak tu kau bagi. Kau rasa dia buat apa? Aku risau ni." aku marah Piqa. Kepala aku dah fikir macam-macam. Yang lain masih memproses apa yang aku baru katakan.
"Tak boleh jadi ni. Kita kena cari dia." kata aku kemudian berlari menuju ke kelas Jiah. Sampai sahaja di sana, aku terus mendapatkan Suraya. Mungkin Suraya tahu mana Jiah pergi. Nasib lah cikgu tak masuk lagi.
"Suraya... Mana Jiah?" aku bertanya dengan keadaan memaksa.
"Tak tahu. Sepanjang hari dia duduk dekat sickbay, tapi tadi dia balik sebab cikgu Wani paksa dia masuk kelas. Cikgu ingat dia ponteng. Then masuk kelas dia minta panadol." balas Suraya.
"Lepastu?" aku menyoal lagi.
"Saya takda panadol. So, dia keluar cari panadol lah kot." balas Suraya lagi.
"Haishh budak niii... Buat hal la!" aku menghentak meja melepaskan geram.
"Sabarlah Izzah. Suraya, tahu tak tempat mana biasa dia pergi?" giliran Piqa pula menyoal.
"Hm... I guess you guys patut tanya Aida. Dia mungkin tahu." jawab Suraya pula.
"Aida!" aku terus menjerit nama itu. Satu kelas terdiam.
Piqa cengkam lengan aku sambil berbisik "Izzah! Kau nak semua orang tahu ke? Kau diam. Biar aku handle".
Kemudian Piqa mendapatkan Aida dan bertanya soalan-soalan berkaitan. Sha dengan Syu pula setia berada di sebelah aku atas usaha mencuba untuk menenangkan aku. Kepala aku serabut. Aku takut Jiah buat benda bukan-bukan. Aku meraup wajah. Piqa yang masih di dalam kelas aku perhati dari jauh. Lama betul lah Minah ni? Benda emergency kot.
"Mana?" aku menyoal.
"Blok tepi padang." balas Piqa.
"Yakin?" soalku semula ingin kepastiaan.
"Ya. Aida pernah nampak Jiah dekat situ last week. Masa kelas bio" Piqa membalas.
"I see... Iyelah. Dia tak suka bio. Okay jom kita tengok." ajak aku mendahului rombongan. Kami berjalan laju ke arah blok itu. Sebenarnya agak takut juga nak ke sana sebab banyak ura-ura mengatakan tempat di sana keras sikit. Tambahan pula, blok sana memang lama dah tak digunakan, jadi kalau ada yang nampak kami ke sana, memang akan dihalang habis-habisan. Tapi mahu tak mahu, aku kena pergi tengok juga. Demi Jiah.
"Piqa, ikut aku check belakang sini. Korang berdua check bilik yang ada." aku membahagikan tugas supaya lebih cepat.
Setiap genap ruang aku periksa bersama Piqa. Di sebalik pokok. Di celah-celah susunan meja lama. Di bawah sinki luar makmal. Di dalam longkang. Semua tempat lah termasuk yang tak masuk dek akal.
"Astaghfirullah... Aku kata dah!" aku menjerit terkejut. Di hujung koridor aku terlihat Jiah terbaring betul-betul sebelah pili air. Aku lihat pil-pil bertaburan di atas lantai yang basah.
"Jiah... Bangun! Buka mata!" kata aku sambil menampar-nampar pipi Jiah. Nampaknya dia betul-betul tak sedarkan diri.
"Pengsan ke?" Piqa menyoal.
"Iyelah! Budak ni overdose ni. Tak makan pulak tu." aku membalas dalam keadaan cemas. Tudung Jiah aku buka dan letak di tepi untuk melancarkan pengudaraan.
'Patut ke aku buat CPR?' detik hati aku.
"Izzah, tengok ni." Piqa memanggil aku sambil menunjukkan sebilah pisau lipat di tepi dinding berdekatan. Pisau itu diselaputi darah. Kelam kabut aku memeriksa badan Jiah yang mungkin luka disebabkan itu.
"Tengok. Aku kata dah. Kau panggil kakak kau sekarang! Kakak kau je. Jangan libatkan cikgu lain." arah aku segera. Aku lihat lengan Jiah penuh darah yang sudah kering. Patutlah aku tak sedar waktu awal tadi, tangan itu terselindung dengan tudung yang aku buka tadi.
"Bodoh lah kau ni Jiah. Kenapa kau buat benda macam ni? Semua orang sayang kau bodoh." aku marah jasad yang tak bergerak di depan aku. Sekali lagi nadinya aku periksa, masih berdetik. Semoga kau kuat Jiah.
Tak lama selepas itu, Sha dengan Syu jumpa lokasi keberadaan aku dengan Jiah. Mereka terkejut dan panik. Syu yang tak boleh tengok darah tiba-tiba mual melihat situasi itu. Aku kemudian meminta Sha bawa Syu ke bilik sakit sementara aku menguruskan Jiah di sini. Sempat juga aku pesan untuk tidak beritahu sesiapa lagi perihal ini.
"Angkat cepat. Kita pergi hospital. Macam mana boleh jumpa ni?" cikgu Syafiza datang dengan pelbagai soalan. Terpancar wajah panik di mukanya. Aku faham dia sebagai cikgu rasa ralat dengan situasi yang berlaku. Lagi-lagi pula Jiah ni someone yang dia kenal dan dekat. Namun, persoalan tersebut biarkan dulu sampai kami semua tiba di bahagian kecemasan hospital.
"Macam mana boleh jadi sampai macam ni? Teruk dah ni tau." cikgu Syafiza bersuara kembali sesudah beberapa minit kami tak senang duduk di hadapan wad kecemasan hospital itu.
"Tak tahu... Dia minta Piqa ubat, Piqa bagi jelah. Tak expect apa pun." Piqa membalas.
"Kau tak tahu ke dia tak reti pun makan ubat pil? Celah mana pula tiba-tiba dia boleh nak cari panadol?" aku mula emosi.
"Izzah... Hospital ni." cikgu Syafiza tegur aku.
"Benda betul kan? Tak boleh fikir ke? Kau dah lah tipu dia. Lepastu biar dia sorang-sorang survived semua benda ni sorang-sorang. Kau tahu ke dia dapat surat amaran semalam?" suara aku makin kuat. Betul-betul emosi.
Piqa dan cikgu Syafiza terkejut.
"Surat amaran?" tanya Piqa.
"See... Kau tak ambil tahu. Kau biar je dia. Dia ignore sekali, kau tak cari dah. Budak ni nak attention je weh. Kau takkan tak boleh nampak." sambung aku pula kemudian berlalu pergi meninggalkan dua beradik itu terkontang-kanting. Geram aku.
YOU ARE READING
Salah Sarah
Teen FictionBuku ini mengisahkan tentang hubungan singkat tetapi panjang antara dua gadis yang terpisah. Damia/Jiah yang pada awalnya menyimpan rasa telah datang ke rumah Sarah untuk luahkan segalanya, namun ianya dibuat tidak endah oleh Sarah. Damia kecewa. Mu...