BAB 12

604 28 0
                                    

"Kak Jiah... Tunggu sekejap." panggil seseorang sewaktu aku sedang menuju ke blok asrama.

"Ya?" aku bertanya.

"Eh? Aireen kan?" aku mula mengecam muka budak ini. Aireen pernah datang ke dorm aku untuk study group bersama Raudhah.

"Ya kak. Akak datang ke esok pagi?" tanya Aireen yang masih termengah-mengah akibat lari mengejar aku tadi.

"Eh boleh ke tak datang?" aku pelik.

"Boleh je kak. Tapi susah la untuk terpilih nanti. Sebab dia tengok komitmen kita boleh disiplin tak datang training." jelas Aireen.

"Oh macam tu. Akak malas jugak nak masuk sebenarnya. Tengok lah macam mana nanti." balas aku pula.

"Malam ni akak buat apa? Jom tengok tv?" ajak Aireen teruja.

Aku sebenarnya takda lah rapat sangat dengan Aireen ni. Tapi sebab dia selalu datang dorm, selalu ada dengan Raudhah, jadi aku pun berkawan juga la secara tak langsung.

"Ha tulah. Malam ni takda plan lagi. Boleh juga nak teman Aireen. Nanti akak turun." jawab aku lagi.

"Okay kak. Jumpa malam ni. Kirim salam Raudhah okay. Bye." kata Aireen sebelum beredar.

Aku hanya tersenyum. Comel lah budak-budak junior ni. Macam mana lah dorang kecik-kecik lagi dah boleh duduk jauh dengan family.

Malam itu, semasa di surau, aku duduk bersama Kak Piqa dengan Kak Syu sahaja. Yang lain semua dekat dewan sebab tak boleh solat. Plus, form 5 malam ni dah mula pecutan untuk SPM. Jadi memang tak banyak masa aku boleh spend dengan mereka.

"Kau buat apa malam ni Jiah?" Kak Syu bertanya.

"Plan nak tengok tv dengan Raudhah and kawan dia." balas aku.

"Wahhh sejak-sejak ada kawan baru ni, lupa kitorang eh?" sindir Kak Syu.

"Eh apa kata macam tu Syu. Elok lah dia belajar cari kawan baru. Lagipun kita kan ada prep malam ni." Kak Piqa mencelah.

"Yelahhh... Backup la dia. Sha takda kau pula rajin backup." Kak Syu mengeluh.

Kak Piqa pula hanya menggeleng kepala. Aku tersenyum puas. Best juga jadi adik bongsu ni.

"Okay la, Jiah nak gi cari Raudhah jap. Bye." kata aku sebelum pergi.

"Kak Syu, jangan nangis!" sempat aku mengejek.

Aku kemudian tercari-cari kelibat Raudhah. Penjuru ke penjuru aku tilik wajah seorang demi seorang, tapi tetap tiada. Tiba-tiba pintu surau dibuka, Raudhah masuk. Ah finally!

"Raudhah!" panggil aku hampir menjerit.

"Kenapa Kak Jiah? Semua pandang ni." kata Raudhah seakan berbisik.

"Hehe sorry-sorry. Sini jap." aku mengajak Raudhah ke luar semula.

"Jadi tak malam ni?" aku teruja.

"Jadi apa?" Raudhah masih tak faham.

"Tengok tv tu? Akak ada bawa pendrive ni. Dalam ni ada banyak cerita best." balas aku lagi.

"Ohh laa... Aireen ajak akak sekali ke? Tak tahu pulak. Pen drive? Boleh masuk ke?" Raudhah kembali pelik.

"Boleh kot. Nanti kita try." kata aku kemudian bergegas ke dalam surau. Solat Jemaah sudah mahu mula.

Selesai sahaja solat, aku dan Raudhah terus ke bilik menonton di block rumah Laksamana. Memandangkan Aireen yang mengajak, jadi kami ikut sahaja lokasi yang ditetapkan itu.

"Assalamualaikum." Raudhah dan aku memberi salam sewaktu masuk.

"Eh ramai?" aku terkejut. Awalnya aku ingatkan hanya kami bertiga.

"Ya Kak Jiah. Aireen bawak kawan Aireen juga. Sorry tak bagitahu." balas Aireen.

"Eh takpe-takpe. Semua sama batch ke?" tanya aku. Tiba-tiba jadi peramah. Bila dengan junior ni aku berani sikit nak bertegur.

"Ada je yang batch bawah... Weh kenalkan lah diri." paksa Aireen.

"Hai kak. Saya Sophea. Classmate Aireen." – Sophea.

"Saya Dania. Takda sama apa-apa dengan Aireen, tapi kitorang satu sekolah dulu before masuk sini." – Dania.

"Eh nama kita nak dekat. HAHAHA okay." aku mencelah sebab teruja.

"Saya pulak Ayu. Kawan Dania, so terkawan sekali dengan Aireen." – Ayu.

"Saya Amira. Dormmate Kak Aireen. Form 2" – Amira.

"Rina. Form 2" – Rina.

"Oh ya ni memang tak banyak cakap ke?" aku meneka.

"Sangattttt..." balas yang lain.

Rina ni sangat pendiam. Kadang aku tak faham function dia join kitorang gather kalau tak cakap apa-apa. Tapi sebab dia kawan Aireen, so aku tak banyak bunyi la.

"Oh kalau ada yang belum kenal, nama akak Damia Nazihah. Dorm Syahbandar 3. Kelas 4 Garnit." aku memperkenalkan diri.

"Ada yang house Syahbandar lagi ke dekat sini? Kecuali Raudhah. Sorry la kalau tak kenal." aku bertanya.

"Takda kak. Raudhah sorang je Syahbndar. Syahbandar memang tak campur house lain. Racist." jawab Ayu.

Aku terdiam. Dan aku setuju. Patutlah aku dengan Kak Sha tak ngam dengan dormmates lain. Sebab kami bergaul dengan house lain. Raudhah pun selalu kena buli mungkin sebab tu.

"Err... Okay jomlah. Nak tengok cerita apa ni?' aku menukar topik.

Aku kemudian bangun menuju ke arah televisyen yang sudah terpasang siaran yang entah apa-apa. Belakang televisyen aku raba mencari lubang usb. Ada.

"Korangg... Ada lubang USB la. Akak bawa pen drive." aku teruja.

"Untuk apa kak?" Sophea pula bertanya.

"Ala korang tengok je. Jap akak connect." kata aku sambil melakukan beberapa percubaan.

Tak lama kemudian, pen drive berjaya disambungkan. Terpancar berpuluh-puluh pilihan cerita di skrin. Yang lain mula teruja.

"Wahhhh kami tak tahu pula boleh buat macam tu. Hebat la Kak Jiah ni." Rina bersuara.

Kami semua automatik memandang Rina seakan tidak percaya. Nampaknya Rina sudah mula selesa.

"Cepat nak tengok cerita apa?" aku menyoal.

Beberapa pilihan diterima dan kami membuat keputusan bersama di akhirnya. Riuh rendah bilik menonton itu dengan suara kami berlapan. Aku memandang ke semua wajah mereka. Semua gembira. Aku pun turut rasa berbunga-bunga. Mungkin inilah nikmat persahabatan yang sebenarnya. 

Salah SarahWhere stories live. Discover now