BAB 2

2.8K 179 4
                                    

4 tahun kemudian...

"eh dah pukul 9, mama! Nel pergi dulu tau! Bye assalamualikum!". Nelyna berlari menuju ke pintu utama. Seperti biasa dia harus berpindah Universiti lagi. Tapi kalini dia yakin pasti tak pindah dah.

"kejap! breakfast la dulu!". Datin Nurin keluar dari dapur sambil membawa hidangan.
"rasanya tak sempat lah ma, mama breakfast dengan papa dengan Nadia eh? Bye!". Nelyna berlari menuju ke keretanya seusai bersalaman dengan Datin Nurin.

Enjin keretanya dihidupkan lalu beredar dari kawasan rumahnya.

30 minit perjalanan menuju ke Universitinya.

Sesudah meletakkan kereta, Nelyna dia keluar untuk menuju ke kelas barunya.

Vroom!! Vroom!!

"arghh!!". Mujur Nelyna sempat mengelak daripada tiga buah biji kereta berjenama Audi R8, McLaren dan Ferrari 29 6gtb yang memasuki perkarangan universiti itu.
"Ada pertunjukan kereta-kereta mewah ke apa?". Nelyna tidak lepas memandang kearah kereta tadi. Geram betul.

"hish tak nampak ke orang nak melintas?!, naik kereta laju-laju dekat kawasan ni kenapa?! Ingat ni jalan bapak dia ke!?". Gumam Nelyna sendirian walupun tidak didengari oleh pemilik kereta tersebut. Matanya mencerlung tajam kepada sebuah kereta Audi R8 hitam. Nelyna meneruskan perjalanannya yang tertangguh tadi.

*****

"thankyou, Nelyna awak boleh pilih tempat duduk". Sir Amirul yang mengajar pagi itu memperkenalkan Nelyna kepada semua pelajar dalam kelas itu.

Lihat saja kerusi yang kosong dibelakang Nelyna terus menuju kearah tersebut.

"jangan duduk situ!". Jerit perlahan salah seorang yang yang berada berdekatan kerusi itu.

"ok-okay". Nelyna beredar dan mencari kerusi bersebelahan dengan Airani.

Satu jam kelas itu berlangsung kerusi yang Zikri larang itu masih tiada penghuni.
"berhantu agaknya". Fikir Nelyna. Selalunya kalau dalam cerita atau movie macam tu lah. Sah!

Akhirnya Nelyna mengabaikan saja dan memberi fokus pada sir Amirul yang mengajar dihadapan.

"Nel!". Nelyna menoleh kearah seseorang yang memanggil namanya.
"owh Airani". Nelyna tersenyum manis kearah rakan barunya. Sempat juga Nelyna berkenalan tadi didalam kelas.
Yang Nelyna pelik. Dia ingin duduk di kerusi belakang tetapi dihalang tegas oleh Zikri.

"kau panggil aku Aira je. jom! Aku tunjukkan kau cafe". Nelyna mengangguk lalu mengikuti langkah Airani.
"erm, Aira". Hati Nelyna terdetik untuk bertanya tentang tadi.

"sit dekat belakang siapa punya? Tadi aku nak duduk situ, bukan main si Zikri tu marah aku". Terang Nelyna. Aira sudah berkerut melihat Nelyna.

"erk tu... Special sit". Jawap Airani ragu-ragu.
"special sit? Siapa punya? Ada anak raja study sini ke, 3 tempat pulak tu?". Makin pelik Nelyna. Tadi pon tak masuk kelas, betul-betul anak raja nih.

"kau ni, berani betul cakap macam tu kalau orang tu dengar, habis lah kau". Ujar Airani. Tempat duduk disalah satu meja cafe itu mereka duduki.

"ish aku tak faham lah. Kau cakap apa ni?". Airani mengeluh. Kalau nak cerita sampai besok tak habis.

"takpa kau chill je okay? Tapi!". Airani mengangkat jari terlunjuknya dihadapan wajah Nelyna.

"tapi?".

"kau jangan cari masalah dengan diorang". Makin bertambah ketidakfahaman Nelyna. Airani cakap berbelit-belit.

"diorang tu siapa?". Berdebar hati Nelyna menunggu jawapan Airani.
"nantilah kita cakap pasal tu, kita makan dulu eh? Perut aku ni mintak kena tendang". Nelyna tergelak namun fikirannya memikirkan "diorang" yang dimaksudkan Airani.

*****

"malam ni on?". Beg galas dicampak diatas sofa yang tersedia dibilik itu. Dimana bilik yang hanya untuk mereka bertiga sahaja.

"hmm". Dingin suara itu menjawap.

"okay".

"aku dengar tadi kelas kita ada new student, it's girl". 2 pasang mata terarah pada Haiden.
"non of our business". Suara beku Adriel bergema di ruangan bilik khas mereka.

"srslah perempuan? Cantik tak? Aku nak masuk kelas lah kejap lagi". Zarreen dengan teruja mengemas begnya. Manakala Adriel dan Haiden menggeleng kepala. Seorang Zarreen mesti tak cukup seorang perempuan. Yes, dia playboy.

"up to you". Mata dipejam erat. Moodnya untuk belajar harini hilang dengan kejadian pagi tadi.

Flashback...

"Riel, duduk dulu sarapan". Suara yang lembut tetapi berselindung dengan seribu kepalsuan.
Adriel menjeling perempuan itu. Karlina. Ibu tirinya, 2 tahun lepas Tengku Adam ambil keputusan untuk kawin satu lagi. Sudah pasti kenyataan Tengku Adam dibangkang oleh Adriel.

Tapi siapa dia untuk Tengku Adam mahu ikut cakapnya?. Sejak pada itu hubungan Adriel dan Tengku Adam renggang 90%. Cakap apabila perlu atau penting saja.

Karlina. Entah siapa-siapa yang datang dan mengaku teman baik arwah Tengku Aisyah. Katanya, Tengku Aisyah menyuruh untuk menjaga Adriel. Namun dari segi kelakuan dan perangai. Terang lagi bersuluh Karlina hanya inginkan duit dan harta. Sampai sanggup kaburkan mata Tengku Adam dengan berbuat baik. Tapi tidak bagi seorang Adriel.

Kalau dulu Tengku Adam diisytiharkan muflis pasti tidak akan jadi begini. Tetapi Tengku Adam mempunyai Backup company. Sudah tentu kekayaannya berlipat kali ganda.

"Riel, mama panggil makan tu". Suara Tengku Adam mengalihkan perhatian Adriel.
Adriel tersenyum sinis. Mama?

"Dia bukan mama Riel". Urat-urat ditengkuknya sudah mula kelihatan. Dia bengang Tengku Adam menggelarkan perempuan itu "mama".
Baginya tiada siapa boleh menggantikan mamanya dalam dunia. Lagi-lagi perempuan tu.

"Riel.". Adriel mengabaikan panggilan Tengku Adam. Dia muak dengan lakonan perempuan tu.

Endflashback...

*****

"kau pergi dulu eh, aku nak pergi toilet kejap". Pinta Airani dan terus berlalu pergi.
Nelyna mengambil keputusan untuk menunggu Airani.

Sedang ralit dia memerhati kawasan Universiti itu matanya terhenti pada satu pintu berwarna hitam.

"Uni ni ada special room ke?". Teka Nelyna. Sedikit sebanyak dia teruja. Macam best ja.
Kakinya perlahan menuju kearah pintu tersebut.

Semakin dekat...

Pap!

Tangan Nelyna yang cuba memulas tombol pintu itu ditepis kasar.

"what are you doing here?!". Tajam mata itu memandang Nelyna. Tubuh Nelyna mula menggigil. Dia kena tengking?.
Situasi sebegini seperti pernah dilalui dengan suara itu.

"i don't want to repeat my question". Perlahan-lahan Nelyna mengangkat wajahnya untuk memandang orang yang menengkingnya.

"say- saya... Cuma.. Na-nak ten-tengok..". Gagap Nelyna menjawap. Mata tajam dan merah si Dia memandang tepat padanya.

"before this, belum ada sesiapa pernah pegang atau cuba untuk buka pintu ni". Suara garaunya semakin menakutkan Nelyna.

"sorry, saya tak tahu". Nelyna mula beredar pergi.

"sapa benarkan kau pergi?!". Jerkahnya.
Terhinjut bahu Nelyna.

"erk". Nelyna sudah cuak. Cari masalah betul.
"kau siapa?". Suara dingin itu menyapa telinga Nelyna. Perlahan-lahan matanya turun pada name tag milik Nelyna.

"new student". Jawap Nelyna. Wajahnya ditunduk sahaja, tidak berani memandang wajah garang itu. Tapi, wajah tu...

"berani kau muncul balik eh?". Nelyna tersentak.
    
     
     
    
    
    

      
     
TBC...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

❤❤❤

Our Memories [C]Where stories live. Discover now