BAB 38

2.2K 105 6
                                    

5 bulan berlalu...

Hilang tanpa berita. Siasatan sudah mula ditutup. Namun Adriel masih lagi berkeras untuk meneruskan pencarian.

Bawah matanya gelap sedikit. Puas dia menunggu Nelyna pulang. 5 bulan dia tunggu. Gadis itu tidak muncul. Rasa bersalah dia terhadap Nelyna sangatlah tebal.

"sayang... Balik la...". Rintih Adriel. Dia tidak tahu keadaan Nelyna. Selepas saja kejadian itu tiada langsung berita yang dia dapat.
Hanya jawapan yang sama.

'kami masih dalam siasatan'

Sehingga...

'kes akan ditutup dalam masa terdekat, jika mangsa masih tidak dijumpai dalam masa setahun... Keputusan dianggap dia meninggal dunia'

Kenyataan yang berat untuk Adriel terima. Benarkah?. Dia telah membuat kesilapan yang besar. Mungkin Tuhan sedang membalasnya.

Pihak polis sudah berusaha mencari Nelyna. Tidak banyak yang mereka temui. Kesan darah ada juga. Dan itu memang milik Nelyna. Bukti yang lain masih tiada.

Ketukan pintu menyentakkan Adriel dari merenung gambar Nelyna yang tersenyum manis. Dia rindukan senyuman itu.

"Adriel... Boleh Maksu masuk?". Puan Nuriani melangkah masuk kebilik Nelyna setelah mendengar Adriel menggumam.

"Harini Riel belum makan, makan dulu ya?". Puan Nuriani masuk sambil menatang dulang berisi Makanan. Sejak Nelyna tiada Adriel tidak pernah ada selera makan.

Bilik Nelyna saja yang Adriel mampu melepaskan rindu. Bau wangian gadis itu masih melekat pada bilik ini.

Ada juga baju-baju Nelyna didakapannya itu Adriel peluk.

"riel taknak". Tolak Adriel lembut.

"Adriel tak boleh macam ni, semua orang juga sedih. Kita hanya mampu berdoa Adriel...". Puan Nuriani menasihati Adriel. Hatinya juga rasa sebak. Kemanakah anak kakaknya pergi...

Banyak kemungkinan yang dia fikir. Adakah Nelyna sudah mengikut jejak Datin Nurin dan Dato Haznan?.

"Riel rindukan Nelyna". Ungkapan itu selalu keluar dari bibir Adriel. Siapa saja tidak rindu kepada orang yang kita sayang. Lagi-lagi dengan keadaan begini.

"Riel tak boleh lemah... Andai benar tuhan telah mengambil Nelyna. Adriel kena redha...". Tanpa diduga air mata Adriel mengalir lagi. Sakit. Sakit menanggung rindu.

"tadi Daddy Adriel ada datang nak jenguk, tapi Riel tidur. Daddy Riel tak nak menganggu dia terus pulang". Beritahu Puan Nuriani.

Kata-kata Puan Nuriani sedikit pon tidak menganggu emosinya. Ramai datang menjenguk keadaan Adriel. Haiden dan Zarreen setiap minggu datang memberi semangat.

Namun Adriel tetap sama. Rindukan gadis kesayangannya.
 
 
*****

Hujan renyai-renyai turun membasahi bumi. Seperti air mata Nadia. Kenapa orang yang dia sayang perlu tinggalkan dirinya?.

5 bulan dia tidak melihat lagi wajah ceria kakaknya. Penat dia meraung kerana tidak menerima kenyataan.

Langit dipandang. Air mata yang bercucuran mengalir diabaikan.

"mama.. Papa.. Kak Nel mana?...". Serak suaranya.
"Nad dah tak ada sapa-sapa...". Tangisan Nadia pecah.

"tak... Nad masih ada Mak Mah, Mak su...". Mak Mah mengusap bahu Nadia. Sayang dia pada gadis itu. Hatinya turut hiba dengan kejadian yang berlaku. Sangat tragis.

"Dulu... Kecik-kecik Nad selalu main hujan dengan kak Nel". Nadia cuba mengukir senyuman kelat. Memori mereka semasa kecil terimbas kembali dalam kotak ingatannya.

Our Memories [C]Where stories live. Discover now