BAB 11

2.4K 138 8
                                    

"adik, kau rasa tak apa yang aku rasa?". Berkerut Nadia mendengar soalan Nelyna.

"kau rasa apa? Yang aku tau sekarang ni aku rasa... Lapar". Mahu saja Nelyna mengetuk kepala Nadia boleh pula dia lapar time macam ni.

"ish kau ni, cuba bayangkan nanti peguam papa cakap "rumah kamu akan di sita" hah! Macam mana?". Cerita Nelyna atas apa yang ada difikirannya dari semalam.

"haih kalau macam tu, kita nak buat macam mana... Redha jelah". Nadia dan Nelyna mengeluh.
Dari kecil mereka diberi kemewahan oleh Dato Haznan. Tetapi mereka tidak dididik untuk menjadi riak.
Mungkin sekarang mereka akan terima seadanya jika mereka kemungkinan akan menjadi miskin.

"Cik Nelyna dan Cik Nadia". Panggil seseorang menyebabkaan dua gadis itu berpaling.
"ye?". Nelyna segera berdiri untuk menghormati peguam papanya.

"mari ikut saya ke office Dato Haznan". Nelyna mengangguk dan mengikuti langkah peguam Dato Haznan bersama.

Sampai saja dibilik Dato Haznan aura kerinduan mula merasuki diri Nelyna. Dia selalu datang kesini untuk berjumpa papanya. Selalu bergelak ketawa.

"jemput duduk". Arahan Peguam Dato Haznan dituruti.
"saya Encik Amin, merupakan peguam yang diarahkan Oleh Arwah Dato Haznan untuk menyampaikan beberapa arahan dan wasiat kepada Cik Nelyna dan Cik Nadia". Encik Amin memulakan perbicaraannya.

"erm maaf bertanya, rumah kami kena ambil atau disita ke?". Soalan Nadia mengundang tawa dari Encik Amin.

"setakat ni Alhamdulillah arwah Dato Haznan tak hutang siapa-siapa". Memang benar, Dato Haznan tidak berhutang. Dia lebih suka usaha sendiri dari meminta pertolongan orang lain.

"owh..."

"berdasarkan senarai arahan Dato Haznan, Cik Nelyna akan mengambil alih syarikat ini selepas saja habis pelajaran dengan syarat Cik Nelyna harus berkahwin. Jika tidak syarikat ini akan jatuh ke tangan orang lain". Terbutang mata Nelyna mendengar apa yang dibaca Encik Amin. Setakat dia nak uruskan syarikat ok lagi tapi... Kawin?

"eh kenapa pulak macam tu... Saya mana boleh kawin lagi". Seharusnya Nelyna membangkang.
"boleh... Disini arwah Dato Haznan sudah nyatakan umur untuk Nelyna berkahwin". Amboi siap beritahu umur.

"berapa?". Makin berdebar Nelyna menunggu jawapan dari Encik Amin.
"22". Terus Nelyna menghembus nafas lega. Dia baru umur 22. Masih ada masa.

"kak... Bukan birthday kau bulan depan ke? 23 la kan?". Mati terus kelegaan Nelyna. Bulan depan hari lahirnya dan akan menginjak ke umur 23.

"haih pasal kawin ni takpa kan kita tangguh dulu?". Soal Nelyna pada Encik Amin.
"boleh..". Kalini Nelyna betul-betul lega.

"alhamdulillah". Ucap Nelyna syukur.

"okay untuk Cik Nadia juga sama, Cik Nadia harus habiskan pelajaran dahulu baru boleh mengambil alih syarikat Dato Haznan yang berada di Johor".

"tapi.. Saya kena kawin jugak ke?". Soalan Nadia menarik perhatian Nelyna. Bukan calang-calang arahan papanya. Buat orang jadi stress wo.

"jika lelaki itu baik dan pandai menjaga Cik Nadia di mata Cik Nelyna, ya you can, tapi Cik Nelyna yang akan menilai lelaki itu". Kata-kata Encik Amin membuatkan Nelyna tersenyum kepada Nadia. Nelyna tahu Nadia sudah mempunyai teman lelaki tapi dia tidak pernah bertemu.

"okay..."

"mari kita teruskan untuk harta".

Hampir 2 jam Nelyna dan Nadia berada di syarikat Arwah papanya. Banyak juga dia terjumpa gambar Dato Haznan di merata tempat. Mereka juga dititip ucapan takziah oleh pekerja-pekerja di situ.

Our Memories [C]Where stories live. Discover now