BAB 17

2.3K 122 4
                                    

3 minggu berlalu...

"ramainya?". Pelik Nelyna memerhati keadaan rumahnya. Puan Nuriani ada jemput kawan-kawan dia agaknya.

Kaki mula melangkah masuk sahaja, Mata-mata yang ada disitu memandang ke arah Nelyna.
"haa sampai pon Nel, mari sini". Teragak Nelyna menuju kearah Puan Nuriani.
Hatinya mula tidak senang apabila terpandang wajah Tengku Adam.

"diorang semua datang nak merisik Nel". Terbutang mata Nelyna apabila mendengar tujuan rombongan ini. Namun cepat dia menyimpan riak terkejut itu.

"erk. Merisik? Untuk siapa?". Nelyna betanya soalan yang dia sendiri sudah tahu jawapan. Bukan dia dah elak dari Adriel ke dengan bagitahu yang Darwish tu teman lelakinya?.

"ni cincin sebagai tanda". Seorang wanita yang separuh umur menghulurkan sekotak cincin baldu kearah Nelyna. Hairan juga kenapa bukan Karlina. Fikiran sangsinya terhadap keluarga itu dibuang jauh-jauh. Huluran itu disambut jua.

"boleh saya fikirkan dulu?". Tengku Adam hanya mengangguk senang. Benda macam ni tidak boleh meluru.

PULANG saja rombongan meminang tadi Nelyna terus naik ke atas. Hatinya mula meruntun gelisah. Apa masalah Adriel ni sebenarnya?.

Telefon miliknya dicapai sebelum nombor seseorang dicari namun tindakannya terhenti.

"aku mana ada nombor dia...". Nelyna mengeluh. Walaupun sewaktu sekolah menengah dahulu dia pernah simpah nombor Adriel tapi mana mungkin lelaki itu menggunakannya lagi. Lagipun Nelyna juga sudah hilangkan nombor tu.

Mata Nelyna terpandang kearah kotak kecik yang bersinar dan mengandungi cincin didalamnya. Merisik saja sudah bagi cincin yang mahal.

Perlahan-lahan Nelyna membuka kotak itu. Tidak terkata dia apabila terpandang permata kecil itu. Cantik.

Tanpa disedari Nelyna mengambil dan memasukkan ke jari manis runcingnya.

"wahhh kira jadi la ni?". Tersentak Nelyna dengan suara Nadia. Ketuk pintu tidak, beri salam? Hm lambat lagi.
Nelyna membuang kembali cincin itu dari jarinya.

"lah kenapa buang?.... Tengok". Cincin tadi bertukar tangan. Nadia membelek setiap inci cincin itu.

"cincin tunang saja dah mahal, menikah nanti uish takleh bayang". Nadia sudah dapat membayangkan majlis yang tidak tahu akan terjadi atau tidak. Mungkin akan terjadi tapi lain orang.

"akak tak nak la Nad". Nelyna memberi kata putus. Terbangun terus Nadia yang terbaring tadi. Almaklumlah katil kakaknya ni kenapa empuk sangat?.

"lah kenapa?". Hilang terus angan-angan Nadia tadi. Hancur harapannya ingin abang ipar seperti Adriel.

"akak tak suka Adriel". Jujur atau tidak. Nelyna juga tak pasti. Dia seperti ditengah-tengah.

"mulut memang la cakap tak suka tapi hati?". 2 pasang mata itu teralih kearah figura yang memasuki bilik Nelyna. Puan Nuriani.

"Mak Su...". Rengek Nelyna tiba-tiba. Puan Nuriani lah tempat dia mengadu sekarang ini. Wajah yang mirip dengan mamanya menambahkan lagi rasa rindu dihati.

"Nel... Sekarang ni Nel dah besar, perlukan seseorang untuk lindungi Nel, Mak Su boleh saja nak jaga Nel tapi sampai bila? Mak Su pun akan pergi jugak nanti". Sedih pula Nelyna mendengar nasihat Puan Nuriani.

"aaa jangan la cakap macam tu".

"Nel terima ya? Lagipun Mak Su pun kenal dengan Adriel tu, dia kawan dari kecik Nel kan?". Kawan? Tak kot.
Nelyna mengangguk saja. Tak kan nak cakap mereka bukan kawan pula.

*****

"Oh My God! Sirius lah?!". Mulut Airani dan Maisarah ditutup serentak. Kuat betul mereka menjerit tidak percaya.

"ye.. Kelmarin semasa aku balik dari kolej". Cerita Nelyna malas. Baru dia nak rahsia dulu tapi riak wajahnya dapat dikesan oleh Airani dan Maisarah.

"tak sangka la Nel, crush semasa kecik merisik kau!". Teruja Maisarah.
Maisarah juga jadi saksi dari dulu yang Nelyna sukakan Adriel.
Teringat pula apabila dia terdengar omongan Haiden dan Adriel dulu.

"tu dulu Sarah, sekarang ni... Hati aku dah tak boleh untuk suka dia". Entah kenapa kalini Nelyna rasa dia tak boleh terima Adriel.

"haih apa-apa pon kau fikir baik-baik, sebab ni melibatkan masa depan kau?". Nelyna tersenyum saja. Syukur sangat mempunyai sahabat yang memahaminya.

Ting!

Nelyna melihat mesej daripada seseorang. Berkerut dahi Nelyna. Siap hantar location bagai.

"30 minit from now. Aku tunggu kat situ".
"it's me Adriel. Tak payah nak takut sangat".

Nelyna membuat muka toya, dia lagi takut kalau dengan Adriel. Kalau takat penjahat tu... Takut la jugak tapi Adriel ni. Haih tah la.

"korang aku kena gerak sekarang la bye". Selesai mendapat anggukan dari dua gadis itu Nelyna memandu ke location yang dihantar Adriel.

15 MINIT saja mengambil masa untuk sampai. Seusai enjin kereta dimatikan Nelyna mengeluh.

"takpayah hantar location pon tak apa, aku pon tau tempat ni". Gumam Nelyna. Lipstick dipakai sedikit ingin melembabkan bibir. Selesai semua dia keluar.

"hello my Fiance...". Sinis Nelyna memandang Adriel. Yakin betul ya?
"no! I'm not your Fiance". Dia belum pakai lagi cincin itu jadi dia belum sah jadi Tunang Adriel.

"eleh marah pulak. Kau kenapa? period ke?". Terkejut Nelyna. Boleh pula Adriel sebut hal perempuan.

"kenapa kau hantar rombongan meminang tu hah?". Soal Nelyna malas dia berlama-lama di taman bunga ini. Yes, ni taman bungan. Adriel ingat semua perempuan suka bunga ke?.
Yes but not Nelyna. Maybe.

"aku kan dah ajak kau untuk kawin haritu, kat sini la. Kau lupa ke?". Kemana aura Adriel yang garang dan beku dahulu?.

"tak lupa... Aku kan dah bagi tahu kau aku dah ada boyfriend!". Sekarang ni Adriel yang pelupa. Haritu Nelyna sudah bagi tahu yang Darwish itu teman lelakinya. Walaupun menipu... Takkan Adriel tak percaya.

"no... Dia tu cousin kau, kau ingat aku ni bodoh ke?". Adriel tidak mudah untuk percaya dengan Nelyna. Tu taktik dia saja untuk mengelak.

"buk-".

"Darwish Nazrul, umur 22, tinggal kat France balik sini sebab cuti semester, sepupu rapat kau dengan Nadia". Terkebil-kebil Nelyna memandang Adriel. Mana dia tahu semua ni?.

"boleh ja kalau sepupu kawin". Sengaja Nelyna ingin meyakinkan Adriel. Lagipun betul apa? Sepupu boleh kawin.

"tak payah, kau kena kawin dengan aku". Tiada titik atau koma. Jelas saja Adriel menutur ayat tersebut dan membuatkan Nelyna tak tentu arah.

"tak, aku cuma pelik dengan kau. Sebab tu aku teragak-agak Adriel". Matahari petang yang tidak berapa panas itu menaikkan lagi suasana yang indah.

"pelik apa nya?". Soal Adriel.

"kau. Ingat tak Adriel dulu kau benci aku, kau tuduh aku pembunuh Adriel... PEMBUNUH. walaupun aku tak tahu apa-apa, kau suka buli aku sejak aku masuk kolej ni". Jelas Nelyna. Dia ingat Nelyna tak ada perasaan ke?.

"tapi tu dulu kan? Aku... Aku nak minta maaf". Akhirnya keluar juga perkaraan maaf dari mulutnya sungguh berat perkataan itu, keluar saja hatinya tiba-tiba rasa lapang.

"aku cuma nak tahu ja kenapa kau ajak aku kawin, thats it". Nelyna menanti jawapan dari Adriel.

"sebab aku sayang kau!".

TBC...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Uwu...❤❤❤

Our Memories [C]Where stories live. Discover now