"Awish pon ada jagakan Nel dengan Adyan...". Pagi ini Nelyna menceritakan semua apa yang terjadi. Semua ada di ruang tamu itu.
"apa-apa pun... Alhamdulillah Nel selamat". Bahu Nelyna diusap Puan Nuriani.
"eh kejap. Mana Adyan?". Sekeliling diperhati. Ralit sangat bercerita sehingga lupa akan Adyan. Anak kecil itu sejak dah pandai berjalan. Boleh hilang sekejap saja.
"tadi Nad ternampak dia jalan ke pintu". Beritahu Nadia.
Nelyna bergegas kearah pintu masuk. Mujur Pintu itu ditutup."Adyan...". Panggil Nelyna. Berkerut dahi Nelyna apabila pintu itu dibuka seseorang.
Matanya pula teralih kepada figura yang baru memasuki rumah itu. Nelyna terkedu.
Adyan selamat ada didukungan Adriel.Tiba-tiba mata Nelyna terasa panas.
"lepaskan Adyan". Suara Nelyna mendatar.
"dia anak abang?". Soal Adriel. Amaran Nelyna tadi dia abaikan. Kini wajah Adyan disebelahnya dia tenung. Memang seiras dengan wajahnya. Hatinya rasa sebak.Apabila pipi Adyan dicium Adriel. Anak kecil itu tergelak riang. Mungkin Adyan seakan mengenali bapa kandungnya.
"nanti kalau dia nangis, bagi dekat Maksu". Nelyna terus beredar dan menuju ke biliknya. Hatinya sudah tidak kuat. Rindu terhadap Adriel sangatlah tebal. Tapi dia belum menerima lelaki itu.
"assalamualaikum anak papa...". Mata Adriel berair. Bodohnya dirinya kerana tidak tahu hal ini. Nelyna membesarkan anak mereka seorang diri. Bersusah payah melahirkan zuriatnya.
"papa mintak maaf sebab buat mama macam tu...". Adyan merenung wajah papanya.
"eh Adriel rupanya. Jom la kita pergi ruang tamu". Ajak Puan Nuriani yang perasan akan kehadiran Adriel.Adriel mengikuti langkah Puan Nuriani sambil mengendong Adyan. Tangan kecil itu bermain-main di telinga Adriel.
"wah... Adyan dah jumpa papa dia laa". Nadia tersenyum kearah Adyan. Syukur Adyan mudah menerima orang yang pertama kali dia berjumpa.
"Riel... Kalau nak pujuk Nel pergilah". Kata Puan Nuriani.
Tingkat atas dipandang sepi."anak papa duduk sini sekejap ya..". Adriel meletakkan Adyan di bawah. Terus anak kecil itu berjalan sambil membawa mainannya.
*****Tok! Tok! Tok!.
"masuk ja maksu". Air matanya dilapkan dahulu. Terdengar pintu dibuka dari luar. Dan ditutup apabila Puan Nuriani sudah masuk.
"letaklah Adyan kat si-". Nelyna terdiam lagi apabila mengetahui yang memasuki biliknya itu bukanlah Puan Nuriani.
"kenapa masuk bilik saya?". Suara Nelyna berubah.
"sayang... Ab-"."kalau tak ada apa-apa awak boleh balik". Potong Nelyna. Adriel pula mengeluh.
"abang nak mintak maaf...". Nelyna masih lagi diam membisu
"abang dah tak buat kerja tu, abang dah berhenti...". Jujur Adriel. Setapak demi setapak dia mendekati Nelyna yang membelakanginya.
"syukur kalau awak dah berhenti, tapi saya harap awak boleh lepaskan saya". Mata Nelyna dipejam erat apabila mengungkapkan hal tersebut.
"no! 3 tahun sayang tinggalkan abang, semua orang kata sayang dah mati. Tapi bukan abang! Setiap hari abang tunggu sayang". Akhirnya air matanya mengalir.
"saya berdosa Adriel. Saya pergi tanpa keizinan suami. Saya dah berdosa besar". Kini dia menoleh memandang Adriel. Matanya juga basah.
"tapi sekarang sayang dah ada depan mata abang... Abang maafkan sayang". Tanpa diduga Adriel melutut dihadapannya.
Lelaki itu melutut untuk memohon kemaafan?
YOU ARE READING
Our Memories [C]
عاطفيةBook 2 Ada ka orang yang Kecik-kecik dah pandai jatuh cinta?. Yes, ada. Nelyna Naira, dia lah orang yang telah jatuh hati pada si Dia. Tapi, Nelyna Naira tidaklah sampai tegedik-gedik. Cuma melihat dari jauh. Disaat usianya menginjak 17 tahun. Den...