BAB 44

2.4K 113 3
                                    

"kau betul ke ni Adriel". Soal Haiden risau. Kalini mereka ada tugas besar juga. Sangat merbahaya.

"kita tak boleh biarkan dia bebas, disebabkan dia banyak masalah yang berlaku". Beritahu Adriel. Matanya tidak lepas daripada memandang senjata diatas meja. Agak lama juga dia tidak menyentuh senjata.

"sekali dengan bapak dia ke nak sumbat?". Adriel mengangguk dengan soalan Zarreen.

"aku dah cukup bukti, polis pon dah benarkan". Kejadian yang lama memang tidak patut untuk diungkit. Tapi Tan Sri Faizul begitu tamak. Yang dulu dia merancang untuk memutuskan hubungan keluarganya dan Nelyna. Tidak cukup dari itu, kemalangan keluarga Nelyna juga dirancang olehnya.

Memang dia benar-benar tamak dengan kekayaan. Mujur syarikat Dato Haznan pandai mengawal.

"tapi aku rasa kalini nyawa kita lebih berbahaya". Haiden bersuara lagi.

"kalau kita percaya kepada keadilan, dan mintak perlindungan dariNya. InsyaAllah semua urusan akan berjalan dengan lancar...". Terdiam terus Haiden. Hilang sedikit rasa gusar dihatinya.

"oklah kalau macam tu... Erk. Nel tahu?". Kalini timbul pula rasa bersalah. Kalau Nelyna tahu pasti dia akan membantah dengan keras.

"nantilah aku cakap dengan dia". Kalau bincang baik-baik pasti gadis kesayangannya itu akan terima.

"jom balik". Telefon dicapai sebelum melanglah keluar dari bilik itu.
"Riel aku nak pergi rumah kau, nak main dengan Adyan lah". Adriel mengizinkan saja. Telatah anaknya itu memang mencuit hati semua orang.

"aku nak balik lah, aku pon nak main dengan bini aku". Kata-kata Zarreen mendapat tumbukan perlahan dibahagian bahunya.

"boleh terberanak bini kau". Seloroh Haiden.
Zarreen sudah ketawa.
"kau fikir apa setan?!". Zarreen menggosok bahunya. Haiden yang fikir lain dia pula yang kena.

"korang punya bergurau buat aku meremang". Suara Adriel yang berjalan tidak jauh itu kedengaran.

"eleh kau, meremang konon, silap-silap Adyan boleh dapat adik". Adriel tersenyum senget. Menarik.

"erk aku pulak yang meremang". Haiden ketawa janggal.
"maleh aku korang ni". Pintu keretanya dibukan untuk pulang. Baik dia balik jumpa bini dia yang comel itu.

  
*****

"arghhh!!! Bodoh!". Rambutnya diserabutkan. Sungguh dia buntu. Setengah hatinya sedikit terkesan dengan kata-kata Nelyna tadi.

"tapi aku dah lama nak kan Adriel....". Laila merengek. Air matanya mengalir. Entah kenapa dia susah hati apbila melihat Nelyna lahirkan anak Adriel.

Muka pula seiras dengan Adriel.

"tak boleh! Aku kena perjuangkan hak aku!". Laila keluar semula dari biliknya. Dapur dituju.

Pisau yang elok terletak didalam almari diambil kasar.

"Lai, bila kau bal-". Kata-kata Elya tethenti apabila matanya tertacap pada tangan Laila. Pisau.

"kau nak buat apa ni Lai?". Soal Elya tak sedap hati. Dari raut wajah Laila sekarang memang bukan dia. Sah! Dia ambil benda tu!.

"aku kena bunuh perempuan tu!". Dia menapak untuk kearah pintu.
"Nel kau ambik dadah lagi?!". Elya cemas. Pasti Laila ambil ubat itu dengan kuantiti yang banyak.

"tak payah sebuk lah!". Jerkah Laila. Dia mula membuka pintu.
"Lai kau tak boleh drive dengan keadaan macam ni!". Halang Elya. Pisau yang tajam itu masih ditangan Laila.

"tepi!". Dengan sebal Laila menolak Elya.

Zapp!!

Masing-masing terdiam. Wajah Elya berkerut. Terasa dadanya pedih.

Our Memories [C]Where stories live. Discover now