BAB 42

2.5K 110 1
                                    

BAM!

Bunyi pintu dibuka kuat. Terus Fakrul mengangkat wajahnya. Tangannya dilepaskan dari meraba dua gadis yang ada disampingnya.

Adriel melangkah dengan penuh amarah. Gadis-gadis tadi berlalu pergi atas arahan Fakrul.

"woo chill... Kenapa ni? Marah betul?". Sebaik sahaja meja dihentam kuat Fakrul terus menyoal.

"jadi selama ni kau tahu bini aku masih hidup?!!". Urat-urat ditengkuk Adriel sudah mula jelas kelihatan.

Tiba-tiba Fakrul ketawa. Gila agaknya.

"boleh dikatakan macam tu, sepatutnya kau berterima kasih pada aku, kalau aku lambat selamatkan bini kau, mungkin... Kau dapat tengok jasad dia ja ". Fakrul memeluk tubuh. Berlagak.

"bodoh! Separuh mati aku tunggu bini aku! 3 tahun! Kau tak bagi tahu aku?!!". Adriel mencengkam kolar baju kemeja Fakrul.

"memang aku yang nak tengok kau jadi macam tu, gila. Tapi aku dengar bini kau dah balik? Siap ada anak... Anak dengan sapa tu?". Fakrul tergelak sinis.

Buk!

"sial! Tu anak aku!". Satu tumbukan dilepaskan pada rahang kiri Fakrul. Namun lelaki itu seperti tidak merasa apa-apa.

"licik juga budak-budak aku, diorang ambil telefon kau pun tak perasan. Kau yang bodoh!". Dada bidang Adriel ditolak kasar.

"jadi kau yang plan semua ni?!". Tangannya naik mencengkam kolar baju Fakrul lagi.
"kau rasa?". Adriel terasa mahu bunuh saja Fakrul tapi ditahan. Patutlah Fakrul sudah lama tidak mengganggunya.

"Adik aku jadi gila disebabkan bini kau, dia gilakan isteri kau, tapi aku pun tak bagitahu dia yang Nelyna tu masih hidup. Sebab aku memang nak dia tinggal kat hospital gila tu sampai dia mampus!". Dasar Fakrul seorang yang tamak. Tamakkan harta. Sanggup aniaya darah daging sendiri.

"start from now on, aku dah tak kacau kau dah sebab aku puas tengok kau menderita, menangis air mata darah sebab rindukan bini. So you can go now". Sinis Fakrul. Kemejanya dikemaskan sebelum duduk dikerusinya semula.

"orang yang jahat tak selalunya bebas!". Sempat Adriel berkata sebelum beredar dari ruangan itu.
 
 
*****
 
"stop la menangis tu Aira...". Bahu gadis disebelah Nelyna diusap. Niat Airani nak teman Zarreen untuk bertemu Adriel. Namun lain yang ditemunya.

Akibat tidak percaya, Airani meminta Zarreen untuk menampar dia pula. Digeleng laju pula Zarreen. Tak kan nak menampar isterinya pula. Ok lupakan dahulu tentang pasangan itu.

Zarreen mengambil keputusan untuk mencubit sedikit sahaja. Nelyna yang menjadi pemerhati hanya ingin tergelak.

"Nel... Ak-aku rin-rindu kau...". Tersedu sedan Airani menuturkan ayatnya. Air mata dari tadi tidak berhenti menangis.

"ya... Aku pun rindu kau". Bahu Airani dipeluk erat.
"aku ingat kau dah tinggalkan kitorang semua...". Wajah Nelyna ditiliknya. Benarkah sahabatnya yang ada dihadapannya ini.

"tak... Aku selamat masatu". Sempat juga Nelyna menceritakan hal yang terjadi. Tetapi yang ringkas saja.

"dah stop sedih-sedih pasal aku, korang ni. Dalam diam eh...". Zarreen dijeling sekilas. Dulu punya lah Airani anti betul dengan Zarreen. Tau-tau sekarang dah kawin.

Airani siap tengah mengandung lagi. Apabila teringatkan kisah mereka, ada kelakarnya juga.

"dulu memang la orang tu tak suka kita, benci lah, malas layan lah, last-last sangkut juga, tu dalam perut tu, siap bawa anak aku lagi". Airani menunduk.

Our Memories [C]Where stories live. Discover now