BANG!!
BANG!!
BANG!!
"tiga das tembakan dilepaskan kearah sasaran". Rutin mereka bertiga pada setiap malam. Berlatih walaupun masing-masing sudahpun mahir.
"aku dah cakap... Jangan berani tunjukkan muka dia depan aku".
BANG!!. Tembakan dilepas geram. Wajah Nelyna terpancar difikirkannya. Perempuan yang dia benci.
"sabarlah Riel, dia pon tak tahu kau study situ jugak, aku rasa dia pon taknak lah jumpa kau, dulu masa ambil result spm pon dia tak datang". Jelas Haiden. Memang Nelyna tak hadir untuk ambil keputusan tapi dia datang keesokan harinya.
"dah lah Riel, dah hancur papan tu kau kerjakan". Zarreen datang sambil membawa makanan yang dipesan.
"aku benci dia". Tutur Adriel dingin.
"jangan benci sangat Riel, nanti kau yang tergila-gila kan dia aku tak tahu". Pandangan tajam Adriel terarah kepada Haiden.
"kau nampak ni? Rasa-rasanya kalau tembus kepala kau apa jadi?. Adriel mengangkat pistol Glock Meyer 22.
"gurau...". Kecut perut Haiden. Kawan sendiri pon dia nak tembak ke?.
"aku akan pastikan hidup dia merana". Tangannya dikepal geram.
*****
"huh". Entah kali keberapa Nelyna mengeluh.
Sungguh hati dan fikirannya serabut. Kejadian siang tadi bermain difikirannya."takkan nak tukar Uni lagi? Aishh takkan disebabkan dia aku kena tukar pulak? Aku tak kacau dia pun? Yang dia nak benci aku sangat kenapa?". Gumam Nelyna sendirian.
Bunyi cengkerik memeriahkan suasana malam."tempat ni adalah tempat pertama kali kita jumpa DAN. Tempat ni jugak akan jadi kali terakhir kita jumpa! Mulai harini aku taknak tengok muka kau!. Disebabkan kau mama aku mati!"
Nelyna masih teringatkan kata-kata Adriel 4 tahun lepas.
"disebabkan aku mama dia mati?". Sungguh Nelyna tidak faham. Memang Nelyna pernah kenal dengan Tengku Adam dan Tengku Aisyah. Malah mereka rapat dengan Dato Haznan sebab rakan sebusiness.
"oi!". Hampir saja terlepas cawan yang dipegang Nelyna. Nadia sudah tergelak dengan Nelyna.
"kau ni... Pernah makan kaki tak?!". Bengang Nelyna. Seorang Nadia kalau tak mengacaunya tidak sah.
"pernah. Yang coklat tu kan?". Nadia berloya buruk. Nelyna menjeling adiknya.
"kau kenapa? Macam orang kena reject?". Ternganga Nelyna dengan soalan Nadia.
"muka cantik macam ni orang reject heh". Lagak Nelyna. Memang ada lelaki yang datang luahkan perasaan kepadanya. Tapi sejak kejadian dulu hatinya sudah tertutup rapat serapat- rapatnya. Senang cakap heartless."eee engkau kalau tak perasan..". Minuman Nelyna dirampas lalu diminum. Mahu saja Nelyna menampar Nadia tetapi disabarkan saja.
"nanti basuh sendiri bye!". Nelyna berlari pergi dari gazebo yang terletak di halaman rumah mereka.
Nadia sudah berdecit.*****
Fail yang bertimbun dibawa. Dengan kalut Nelyna menuju ke bilik sir Amirul. Katanya sir Amirul nak tengok semua kerja kerjanya. Apa yang tak puas hati taktahulah.
"BUKK!!"
Habis. Berterabur semua fail dan buku yang dibawa Nelyna. Nelyna menahan geram. Ada saja masalahnya.
"kau!". Nyaring suara itu menjerkah Nelyna. Nelyna terus memandang gerangan itu.
"Laila?!". Mahu saja Nelyna ingin mencampak dirinya kedalam laut. Kenapa dia perlu jumpa dengan orang yang dia tak suka?.
"kau buat apa kat sini?". Laila yang dulu masih sama. Tetap berkasar dengan Nelyna.
"beli ikan". Bodoh lagi lagi rupanya. Terang lagi bersuluh ni tempat belajar. Tanpa berlengah Nelyna mengutip fail-fail yang jatuh berselerak tadi. Terus Nelyna ingin beredar. Namun tangannya ditarik kasar.
"eh, kau datang sini mesti sebab Riel kan? Heh, kau dengar sini. Riel dah jadi boyfriend aku sekarang. Kalau kau cuba nak dekat-dekat dengan dia siap kau!". Tangan Nelyna direntap kasar. Dengan gedik dan pakaian yang ketat Laila meninggalkan Nelyna.
"sapa lah yang nak kat jantan kau tu". Pandangan benci terarah pada Laila yang sudah menjauh sebelum Nelyna berpaling untuk meneruskan langkahnya.
"BUKK!!"
"aduhhh memang harini hari langgar orang sedunia ke?!". Geram juga Nelyna dengan nasib dia harini.
Mujur fail tak jatuh. Kalini Nelyna melihat orang yang dilanggarnya. Dia terkedu. Wajah kacak yang beku ditambah pula aura seramnya. Yes, itu Adriel Syafieq.
"sorry..". Nelyna ingin cepat-cepat beredar. Tetapi ada satu tangan kekar yang menariknya menyebabkan Nelyna terundur kembali.
"ap-apa?!". Boleh tahan sakit Adriel tarik dia macam tu. Adriel masih diam memandang Nelyna tajam.
"owh! Aku tahu. Pasal girlfriend tak cukup kain kau tu kan? Maaflah. Dia yang tiba-tiba nak cari pasal, lagipun kau pon tau aku dengan dia macam mana en?". Bukan Nelyna lah kalau tak cakap kasar.
"cau lu". Nelyna melangkah pergi.
"adoii!!". Tidak semena-mena terasa rambutnya yang berlapik tudung ditarik. Main kasar nampak.
"oi kau kenapa?!". Nelyna cuba untuk melepaskan cengkaman Adriel.
"you break my rules". Tutur Adriel sambil menarik Nelyna ke kawasan jalan tar yang untuk berjalan kaki saja.Sampai saja disitu Adriel mencampak Nelyna.
Mujur Nelyna sempat menahan daripada tersembam ke jalan tar itu. Kalau tidak habis gigi dan mukanya. Namun tangannya sudah ada cecair merah yang mengalir."apa masalah kau ha?!". Pedih ditangannya cuba ditahan.
"aku dah cakap jangan tunjuk muka kau depan aku!". Jerkah Adriel. Orang sekeliling yang kebetulan lalu disitu menyaksikan babak tersebut."Nel!". Suara Airani datang menerpa. Terkejut Airani melihat Nelyna dengan Adriel.
"sorry Riel, Nel ada buat salah ke? Maaf sangat, dia tak sengaja, lagipun dia new student". Takut-takut Airani meminta maaf. Nelyna pelik dengan Airani. Kenapa dia takut sangat dengan Adriel. Wajah Nelyna Adriel jeling sebelum dia beredar.
"takpayah nak mintak maaf, dia yang cari pasal dengan aku". Jawap Nelyna selamba. Airani cuba membantu Nelyna berdiri.
"kan aku dah cakap jangan cari pasal dengan diorang". Kecut perut Airani melihat Nelyna sudahpun terlibat dengan Adriel.
"yang kau takut sangat dengan dia kenapa?". Fail yang jatuh diambil kembali. Sakit betul hatinya dengan Adriel. Dah tak nak tengok muka Nelyna tu blah jalah!.
"gila tak takut, dulu pernah ada sorang student ni dia cari pasal dengan Adriel, lunyai diorang kerjakan". Cerita Airani.
"memang dari dulu dia macam tu...". Berkerut dahi Airani dengan kenyataan Nelyna.
"dulu?"."aku kenal dia sejak kecik lagi". Jelas terpancar riak terkejut Airani.
"tapi... Kitorang tak pernah berkawan. Macam kau tengok tadi, macam tu lah kitorang tapi dulu lain, kitorang tak pernah bercakap langsung tapi sejak...". Ayat Nelyna tergantung. Lihat saja riak Nelyna sedih Airani mengangguk faham."takpa, kau takyah laa cerita kalau kau belum ready, now jom ikut aku letak ubat dekat luka kau tu". Hampir saja terlupa dengan tangan Nelyna yang cedera. Darah juga sudah mulai kering.
TBC..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
❤❤❤❤
YOU ARE READING
Our Memories [C]
RomanceBook 2 Ada ka orang yang Kecik-kecik dah pandai jatuh cinta?. Yes, ada. Nelyna Naira, dia lah orang yang telah jatuh hati pada si Dia. Tapi, Nelyna Naira tidaklah sampai tegedik-gedik. Cuma melihat dari jauh. Disaat usianya menginjak 17 tahun. Den...