BAB 15

2.5K 141 1
                                    

"what! Dia ajak kau kawin?!". Nelyna menggosok telinganya. Nadia ni kalau jerit haih.

"iyee...". Masih terngiang-ngiang lagi kata Adriel yang mengajaknya untuk berkawin. Ajak kawin macam ajak pergi pasar.

"habis tu kau kata apa?". Nelyna mengeluh dengan soalan Nadia. Sejujurnya dia juga buntu. Dia memang sukakan Adriel tapi dalam masa yang sama dia juga bencikan Adriel. Macam mana tu?.

"kau fikirkan dulu apa yang aku kata tadi, aku bagi masa".

Suara Adriel menerjah difikiran Nelyna.

"aku pon tak tahu dia cakap dia bagi aku masa". Nadia mengangguk faham.
"lagipunkan, aku rasa kau terima jelah. Kau tak ingat ke peguam papa suruh buat apa? Kau kena kawin kalau nak dapatkan syarikat papa. Kalau tak Syarikat tu akan jatuh pada tangan orang lain. Penat-penat papa usaha untuk naikkan Syarikat tu...". Jelas Nadia panjang berjela. Tetapi disudut hati Nadia memang dia nak Kakaknya itu kawin dengan Adriel.

"Nad... Adriel tu jahat dengan aku. Kau tak rasa apa yang aku rasa". Kalau mahu diungkitkan apa yang Adriel buat padanya haih. Walaupun tidak banyak tapi hati Nelyna cepat sangat terasa.

"hm it's up to you, because all of this involving your future". Nadia memandang Nelyna sayu. Entah kali ke berapa Nelyna mengeluh.

Lelaki itu, dia pernah tekad untuk membuang nama yang terpahat didalam hati, dia pernah dan cuba untuk membenci.
Tapi sekarang ni dia yang ajak kawin?. Mustahil.

*****

"daddy setuju!". Dengan senang hati dia menerima untuk Adriel menikahi Nelyna.
Ini yang Tengku Adam mahukan dari dulu. Satukan anaknya dengan anak sahabatnya.

"glad to hear that, Riel balik dulu". Itu saja tujuan dia datang ke sini. Karlina di sebelah diam dari tadi. Lol. Lagipon kisah apa dia? Tak ada kena mengena pon.

"abang. Lina tak berapa berkenan la Adriel kawin dengan perempuan lain kecuali Laila". Hilang sahaja kelibat Adriel, Karlina mula bersuara.

"why? Abang suka". Karlina mendengus.

Walaubagaimana cara sekalipun dia harus satukan Adriel dengan Laila.

*****

"oi perempuan!". Hentakan buku mengejutkan Nelyna yang sedang menikmati makanan tengaharinya di cafe.

"Laila... Kenapa ni?". Macam biasa, masalah dia dengan Laila memang tak pernah selesai.
"kau tanya kenapa?... Oh god i can't belive it". Suara gedik Laila memenuhi ruang makan itu.

"aku dah cakap kan sebelum ni?! Jangan dekat dengan Adriel. Tapi apa kau buat?! Lagi menggatal ada lah!!". Suara Laila naik meninggi. Bagi Laila tiada siapa boleh ambil atau dekat dengan Adriel, lagi-lagi perempuan.

"lahh aku tak pernah pon dekat dengan Boyfriend kau tu". Betul apa, selama ni dia ke yang cari Adriel? Tak kan?. Adriel yang tiba-tiba tarik dia. Salah siapa?

"whatever! Apa yang aku tahu! Aku taknak tengok kau dengan Adriel lagi". Seusai Laila berkata begitu terus dia beredar dari situ.

Nelyna pula menyambung makan. Kenapa perangai Laila tu macam budak-budak sangat?. Dia ingat kita kebulur sangat Adriel tu agaknya. Budak-budak pon fikir logik. Haih

"macam mana dah fikir?". Terhenti lagi Nelyna ingin menyuap nasi kedalam mulutnya. Kenapa ha? Tengah dia nak makan mesti kena ada orang ganggu. Dan orang dihadapannya ini...

Tengok! Siapa yang datang kat siapa sekarang ni?. Bukannya Nelyna nak perasan bagus, tapi dengan perangai Laila lagi. Baru tadi dia dapat amaran keras dari Laila. Tak laa keras sangat. Saja over.

"oi! Termenung muka aku pulak, tahu laa aku handsome. Tak payah la tunjuk sangat". Nelyna membuat muka toya. Adriel ni ada penyakit rupanya. Penyakit perasan. Sedih betul hidup.
Eh tapi dia memang handsome. Dah la maleh cakap.

"sejak bila nya aku tenung kau". Malas Nelyna berkata. Sekarang ni dia lapar dan nak makan.
"aku tanya ni, dah fikir belum". Pasal hal kemarin. Nelyna pun pelik dengan Adriel, tiada angin tiada ribut. Tiba-tiba ajak kawin. Dia ambil ubat apa ni?.

"aku dah fikir...". Adriel menanti jawapan dari Nelyna.
"no... Aku tak nak kawin dengan kau". Mati terus semangat Adriel. Kenapa? Kenapa Nelyna tak nak kawin dengannya.

"tak boleh! Kau kena kawin dengan aku!". Tersedar akan suara Adriel yang kuat. Nelyna sudah gelabah. Mujur orang yang makan di cafe itu berunsur pergi.

"lah kau kenapa?". Kenapa yang Adriel beria-ria nak sangat ajak dia kawin ni?.
"ke kau dah ada boyfriend?". Teka Adriel dan ia mendapat anggukan dari Nelyna.

"yes". Nelyna berdiri untuk meninggalkan cafe tersebut. Hilang selera makannya walaupun pinggan sudah lincin.

"Nel! Nelyna!". Panggilan Adriel tidak dihiraukan.

Tangannya dikepal erat. Nelyna sudah ada teman lelaki?. Hatinya tiba-tiba berasa panas.

*****

"hye!". Panggilan itu dibiarkan sepi.

"waalaikumsalam". Daripada diam baik dia memerli.
"erk. Aira kau nak tak keluar makan dengan aku?". Ajak Zarreen.
Pandangan Airani membyatkan Zareen yakin yang Airani akan mengikutinya.

"taknak". Betul cakap Haiden. Airani tidak mudah percaya dengan omongan lelaki. Muka Airani yang garang membuatkan Zarreen semakin suka.

"alaa jom la, saya berlanja". Airani mengeluh. Kenapa dengan Zarreen ni?. Selama ni tak pernah nak ajak pergi mana-mana. Tiba-tiba harini ajak makan.

"no means no". Airani mula mengemas buku-buku untuk pulang. Dengan stress dengan final exam ditambah pula kelakuan Zarreen yang pelik ni.

"tolong la kalini ja". Suara Zarreen seakan-akan merayu. Airani menjeling.

"you have 10 girlfriends and i think more than that! Ajak la girlfriends kau tu". Bukannya Airani tak tahu perangai Zarreen. Sebab tu dia tak suka dekat dengan Zarreen.

"diorang yang nak jadi girlfriend aku bukan aku yang mintak". Malas melayan Zarreenv Airani beredar dari kelasnya.

Keluhan dilepaskan. Dia cuma nak kawan dengan Airani, lebih dari tu pon tak apa. Dia suka cara Airani. Cantik, lemah lembut tapi kasar dengannya.

*****

BANG!

BANG!

BANG!

"Marah apa pulak kalini?. Haiden memasuki ruangan menembak mereka. Dari tadi Adriel seperti melepaskan geram.

Adriel menambah peluru lagi kedalam Glock Mayer 22 miliknya. Soalan Haiden dibiarkan dahulu.

BANG!

BANG!

"Nelyna Naira". Keluar satu nama pada bibir Adriel. Haiden yang faham itu memberi tumpuan.

"kau betul-betul nak kan dia?". Adriel diam, dia sendiri juga pusing memikirkan. Memang Haiden memberi cadangan kepadanya untuk kawin dengan Nelyna tapi tidak tahu pula Adriel betul-betul mahu.

"aku cuma nak dia kawin dengan aku ja".

"bukan sebab kau suka dia?". Soalan Haiden digeleng pantas oleh Adriel. Nak sebut pasal cinta bagai?heh Lambat lagi.

"jadi kau kawin dengan dia cuma nakkan kemaafan dan kau kesian kat dia?. Adriel diam lagi. Semua kenyataan Haiden betul.

"kesian aku tengok dia, tak ada mak bapak". Tiba-tiba senyuman Adriel bertukar sinis.

TBC...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

❤❤❤❤

Our Memories [C]Where stories live. Discover now