"Uncle?". Tengku Adam memandang anak sahabatnya.
"Nelyna... Kamu okay?". Wajah merah Nelyna dipandang sayu. Kasihan Nelyna diduga sebegini."okay.. Terima kasih uncle datang". Nelyna cuba tersenyum. Hati dia tidak kuat untuk senyum waktu ini.
Pandangan Nelyna teralih pada Adriel yang segak berbaju melayu.Entah mengapa perasaan benci terhadap Adriel semakin membuak-buak.
"Uncle jemputlah makan". Pelawa Nelyna. Tengku Adam menuju ke ruangan khemah dihadap.
Kecuali Adriel yang masih memandang Nelyna."puas la kau sekarang kan?". Mata Nelyna berair lagi.
"kau mesti seronok kan! Sekarang Mak bapak aku dah tak ada!". Suara Nelyna menarik perhatian tetamu. Nadia datang ke arah Nelyna yang seperti mengamuk."kenapa diam?! Terlampau seronok tengok aku macam ni?!". Sinis Nelyna berkata. Dia betul-betul sakit hati dengan Adriel. Selama ni Adriel menuduhnya membunuh mama dia.
"akak. Sudah". Nadia menarik Nelyna.
Adriel yang diam dari tadi mula beredar keluar dari rumah Nelyna.
"kau memang nak aku jadi macam ni kan?! Sekarang aku dah hilang mama dengan papa aku! Dua sekali gus! Puas hati kau?!". Nelyna menjerit kepada Adriel yang sudah menjauh.
Akhirnya Nelyna jatuh pengsan ke lantai. Letih dengan semua benda.*****
Adriel yang termenung tidak perasan akan Tengku Adam yang menghampirinya.
"kenapa ni Riel? Riel buat apa dekat Nelyna?". Selesai saja melabuhkan punggung Tengku Adam bertanya."Daddy? Buat apa kat sini?". Adriel terkejut dengan kehadiran Tengku Adam di rumahnya.
"takkan nak datang rumah anak sendiri tak boleh?". Adriel menggeleng tanda dia tidak bermaksud untuk berkata begitu.
"disebabkan keluarga dia mama mati kan?". Tersentak Tengku Adam dengan kenyataan anaknya.
"Riel benci dia, Riel nak dia rasa apa yang Riel rasa". Cerita Adriel. Kedengaran Tengku Adam mengeluh."Riel dah salah faham". Wajah Tengku Adam dipandang. Salah faham?.
"Daddy dah siasat pasal masalah syarikat Daddy dulu, dan bukan disebabkan Dato Haznan. Tapi... Tan Sri Faizul, dia yang plan, dan dia sendiri tunding jari pada Dato Haznan". Lama Adriel cuba menghadam kata-kata Tengku Adam."tapi Daddy dah maafkan Tan Sri Faizul".
"No, Daddy tak boleh macam ni. Daddy. Disebabkan dia ma-".
"sudah Riel, tak elok ungkit kematian yang kita tak redha. Riel tak boleh macam ni. Kesian mama, Riel kena terima dan ikhlaskan kepergian mama, lagipun ni semua dah lama". Potong Tengku Adam.
"huh". Adriel mengeluh. Salahkah apa yang dia buat?. Dia cuma ingin membalas dendam kepada orang yang merosakkan keluarganya.
"Riel minta lah maaf pada Nelyna". Adriel berkerut. Mintak maaf? Erk.
"why?". Adriel masih keliru."Haiden bagitahu Daddy, Riel yang buat Nelyna masuk hospital kan?". Haih. Haiden tak pernah reti simpan rahsia.
"tengoklah macam mana, Daddy dah boleh balik". Adriel sudah berura-ura ingin bangun dan menuju ke biliknya.
"Riel. Cuba lah berbaik dengan Nelyna, nanti Riel ak-"
Kring! Kring!
Bunyi telefon menghalang Tengku Adam untuk meneruskan kata-katanya. Tangan diberi isyarat kepada Adriel tanda dia perlu beredar.
Hilang saja kelibat Tengku Adam, Adriel pergi menuju kebiliknya.
*****
Tok! Tok! Tok!
YOU ARE READING
Our Memories [C]
RomanceBook 2 Ada ka orang yang Kecik-kecik dah pandai jatuh cinta?. Yes, ada. Nelyna Naira, dia lah orang yang telah jatuh hati pada si Dia. Tapi, Nelyna Naira tidaklah sampai tegedik-gedik. Cuma melihat dari jauh. Disaat usianya menginjak 17 tahun. Den...