Entah kali keberapa Nelyna ulang alik ke bilik air. Penat keluarkan sisa makanan. Dari tadi kelibat Adriel sikit pon tidak nampak.
Keluhan berat dilepaskan. Dah beberapa hari sikap Adriel berubah. Dia pon malas fikir. Setiap kali tanya pasti Nelyna pula dimarahi kembali.
Tengok saja hari ini. Dari awal pagi tadi sudah hilangkan diri. Berseronok dengan perempuan tu la tu.
"aduh...". Perutnya dipegang kurang selesa.
Tok! Tok! Tok!
Mata memandang kearah ketukan pintu.
"masuk lah". Malas Nelyna ingin berjalan membuka pintu. Kalau boleh harini dia ingin baring dan rehat saja.
"Nel kau okay? Maksu cakap kau tak sihat?". Wajah Airani muncul disebalik pintu. Dari sikap Adriel yang berubah, Airani pula yang terlebih ambil berat.
"aku okay cuma... Adalah salah makan sikit". Nelyna cuba memberi alasan, dia belum bersedia untuk memberitahu perkara sebenar.
"ish... Salah makan? Maksu bagitahu, sejak dua menjak ni kau kurang makan... Kau kenapa?". Wajah Airani jelas kerisauan.
"kau jangan risau la, aku okay...". Nelyna Cuba meyakinkan Airani.
"kalau kau okay, malam ni boleh keluar dengan aku tak?". Berkerut Nelyna dengan soalan Airani. Apahal nak keluar malam-malam pula ni."hm boleh... Pergi mana?". Untuk meyakinkan Airani lagi. Dia harus pura-pura kuat.
"mana boleh bagitahu, malam nanti aku dengan Reen datang jemput kau tau! Aku balik dulu eh? Lepastu, pakai baju yang aku bagi dekat Nadia! Bye!". Terkedek-kedek Airani berjalan keluar. Almaklumlah ibu mengandung.
"oh! Tadi Haiden datang ambil Adyan bawak pergi jalan-jalan dengan girlfriend dia!". Beritahu Airani. Nelyna tersenyum tentang girlfriend Haiden yang dimaksudkan Airani.
Alhamdulilah... Terbuka juga hati Haiden untuk menerima seseorang yang istimewa dalam hatinya. Lagi 4 bulan dah berlangsung perkahwinannya dengan Seri.
*****Dress labuh berwarna biru gelap menjamu ruang mata Nelyna. Naik pelik dahi Nelyna melihatnnya.
Nak keluar saja kan? Ni pakai macam nak pergi majlis rasmi kenapa?.
"Kau salah bagi baju ni Nad". Nelyna menolak kembali baju yang diberi Nadia.
"mana ada salah, cepat la pergi siap, Kak Aira dah nak sampai". Tanpa berlengah Nelyna naik menukar baju.
HAMPIR Setengah jam juga Nelyna ambil masa untuk siap. Kini dia meneliti dirinya dihadapan cermin besar biliknya.
"cantik...". Tak malu kan puji diri sendiri?. Tapi ini kenyataan yang dia lihat sekarang. Baju ni kena dengan tubuhnya.
Siap dengan shawl putih dililit dikepalanya. Tidak lupa juga makeup yang nipis saja. Cukup untuk menutup wajah pucatnya.
"Kak Nel dah siap?!". Suara Nadia bertanya dari luar. Cepat-cepat tangan mencapai beg tangan dan keluar.
"o.m.g...". Buka saja pintu mata Nafia sudah terbeliak.
"betul ke ni baju aku?". Soal Nelyna tidak percaya."iyaa! Abanag Ri-". Nadia menutup mulutnya. Mujur tidak terlepas cakap.
"ha?".
"ab-abang Reen dengan Kak Aira dah tunggu kat bawah. Cepat!".
Kepala digeleng dengan perangai semua orang hari ni. Pelik.Sampai saja dibawah Airani dan Zarreen sudah menunggu dibawah. Cantik sepadan saja pakaiaan mereka.
"kita ada majlis apa ni?". Tanpa menunggu Nelyna meneyoal lagi. Kalau ada majlis rasmi yang ramai-ramai tu dia memang tidak mahu pergi. Tak larat.
YOU ARE READING
Our Memories [C]
RomanceBook 2 Ada ka orang yang Kecik-kecik dah pandai jatuh cinta?. Yes, ada. Nelyna Naira, dia lah orang yang telah jatuh hati pada si Dia. Tapi, Nelyna Naira tidaklah sampai tegedik-gedik. Cuma melihat dari jauh. Disaat usianya menginjak 17 tahun. Den...