Prang!
"Ya Allah Nel!, hati-hati". Pinggan kaca yang dipegang Nelyna jatuh menyembah lantai.
Dadanya dipegang. Debaran yang agak kuat.
Sungguh! Dia tidak tenang."Nel okay?. Biar MakMah bersihkan". Nelyna ditarik menjauhi kaca yang bertaburan itu.
"takpa Biar Nel bersihkan sendiri, tangan Nel lincin la tadi, tu yang jatuh tu". Terang Nelyna ingin menyedapkan hati."Nel duduk tepi!". Sergah Airani. Degil betul Nelyna seorang ni. Akhirnya Nelyna akur. Dia berjalan menuju ruang tamu.
Air diminum sedikit ingin menghilangkan rasa gusar dihati.
"Nel kau okay tak? Ada luka?". Nelyna mengeleng. Tiada sebarang luka yang dia kena. Cuma hatinya.
"Aira, aku tak sedap hati la? Diorang macam mana ha? Dah lewat malam ni". Jalm di dinding dipandang sekilas. Sudah menginjam jam 12.
"insyaAllah diorang okay...". Bahu sahabatnya dia gosok.
Tok! Tok! Tok!
Pintu rumah itu diketuk kuat. Mujurlah tidak roboh. Siapa pula yang datang lewat-lewat begini.
"tak pa biar aku bukak pintu". Airani bangun berjalan menuju ke pintu rumah itu.
"by?". Buka saja pintu wajah suaminya menghiasi benak matanya."sayang! Nel mana?!". Zarreen kelihatan cemas. Beberapa saat saja Nelyna sudah datang.
"Reen kenapa ni?". Soal Nelyna berdebar"Nel! Ri-". Nafas Zarreen tidak teratur.
"kenapa ni Reen?! Cakap laa!". Jantung Nelyna tiba-tiba berdegup laju."Riel kat hospital! Cepat!". Dengar saja ayat yang keluar dari mulut Zarreen dengan pantas Nelyna memegang kepalanya. Panic attack nya kembali menyerang.
"Ya Allah Nel! Sabar, tarik nafas.... Lepas". Airani cuba menenangkan Nelyna. Tubir matanya sudah mengalirkan air mata.
"Jo-jom kit-kita pergi ho-hospital". Jelas Nelyna. Dadanya terasa sesak, sakit dah sebagainya.
"tenang dulu Nel! Kau jangan panik!". Nelyna mengangguk. Dia meluru keluar menuju ke kereta. Airani juga ikut serta masuk kedalam kereta.
Zarreen terus memecut terus ke Hospital.
*****
"Nel kau okay tak ni?". Nelyna mengangguk. Nasiblah panic attacknya tidak teruk."Aira... riel...". Air matanya keluar kembali. Sekujur tubuh bagaikan mayat hidup terlunjur dikatil Hospital.
Pucat lesi wajah Adriel. Lebam di muka usah dikata. Ada juga darah kering dikulitnya.
"dia akan okay... Kau doa banyak-banyak, Zikir dalam hati". Airani memberi kata-kata semangat. Terkejut juga dia bila mendengar berita tentang Adriel.
"sepatutnya aku kena halang dia dari pergi selesaikan misi tu". Kalau ikutkan dia mahu saja ikat Adriel daripada pergi kelmarin.
"benda dah jadi kan... Fakrul pon dah tak ada...". Dari cerita Zarreen tadi, Adriel terkena tembakan pada tulang rusuk kanannya. Dan tembakan serentak terkena kepada Fakrul. Malangnya Fakrul meninggal ditempat kejadian.
"Aira, kau baliklah rehat. Maaflah susahkan kau". Dari tadi Airani menemaninya. Kasihan Airani, dengan sarat mengandung lagi.
"kau ok kat sini?". Nelyna mengangguk. Dia ingin menemani suaminya.
"tolong tengokkan anak aku ya?". Airani senyum seraya mengangguk.Nelyna menghantar kepulangan Airani dengan anak matanya saja. Dia sudah tidak mampu untuk berdiri. Terlalu letih dan penat menangis. Matanya juga telah sembab.
YOU ARE READING
Our Memories [C]
عاطفيةBook 2 Ada ka orang yang Kecik-kecik dah pandai jatuh cinta?. Yes, ada. Nelyna Naira, dia lah orang yang telah jatuh hati pada si Dia. Tapi, Nelyna Naira tidaklah sampai tegedik-gedik. Cuma melihat dari jauh. Disaat usianya menginjak 17 tahun. Den...