BAB 49

2.3K 99 2
                                    

Seminggu Kemudian...

"jalan pelan-pelan abang". Nelyna memimpin Adriel masuk kedalam rumah. Dibantu dengan Zarreen yang membawa beg pakaian mereka.

"duduk sini dulu, Nel bawak naik beg sekejap". Beg tadi bertukar tangan. Nelyna naik meninggalkan ruangtamu itu.

"duduk lah Reen". Zareen duduk santai di sofa hadapan Adriel.
"kau kenapa ni? Monyok ja?". Tegur Adriel. Dari Hospital tadi diam saja lelaki ini, muka pula nampak sedih. Kalau tidak dialah yang paling banyak cakap.

"Aira... Merajuk dengan aku, sebab aku tak belikan dia tudung keluaran terbaru tu". Adriel tergelak dengan kenyataan Zarreen.

"tu dalam kategori mengidam ke?". Soal Adriel.

"yela! Selalunya kalau keluar tudung baru dia tak kesah pon, sejak-sejak mengandung terus nak jadi orang pertama yang beli". Luah Zarreen. Dia dah beli cuma permintaan Airani mahu jadi orang yang pertama. Tapi dia dah jadi orang yang ke sepuluh.

"biasa lah tu Reen, kau kira untungla dapat merasa layan orang mengidam. Aku?". Adriel tersenyum tawar apabila teringatkan hal yang terjadi dahulu.

"alah nanti anak kedua kau rasa la puas-puas". Cebik Zarreen.
"okay". Adriel sambung gelak lagi.

"abang jom naik rehat dulu". Suara Nelyna datang menegur.

"rehat lagi? Sayang, kat Hospital abang dah puas rehat". Rengek Adriel. Memang betul kat Hospital asyik disuruh rehat saja. Lenguh badan kerana selalu baring.

"ikut kau lah Riel. Taknak rehat pergi buat anak kedua, nak merasa layan orang mengidam sangat kan? Aku balik dulu! Bye!". Zarreen keluar dari rumah itu dengan ketawanya.

Nelyna pula sudah terlopong dan memandang Adriel.

"amboi... Sakit-sakit pon gatal eh?". Tajam Nelyna memandang Adriel.
"hehe boleh ke sayang?". Ternganga terus Nelyna. Lain macam betul aura Adriel sekarang.

"naik atas rehat!". Tangan dicekak pada pinggang. Nak tunjuk garang. Kalau Adyan yang tengok mesti sudah melalak nangis.

"seksinya sayang buat macam tu". Komen Adriel. Tangan Nelyna ringan saja ingin mencubit Adriel tapi ditahan. Nanti apa pula yang difikir lelaki itu.

"erh! Malas lah". Akhirnya Nelyna beredar menuju kedapur.
Suara Adriel ketawa masih kedengaran.
 
 
*****

"Ya Allah... encik... Kenapa datang cari saya lagi?". Puas Seri mengelak dari Haiden. Setiap hati pasti wajah kacak itu akan ada dihadapan Hospital mental ini.

"saja, nak tengok bakal isteri aku". Haiden menjongketkan keningnya.
"Encik. Sekali saya nak ingatkan, kita ni jauh beza, Encik tu orang berada. Saya ni mana sesuai untuk Encik". Penat Seri menerangkan taraf mereka berdua. Naik segan Seri apabila selalu disakat oleh petugas disini.

"ada saya kesah? Minggu depan aku hantar rombongan meminang kerumah kau". Ternganga Seri dengan kenyataan Haiden. Sah! Mamat ni sudah gila.

"Encik jangan buat gila la!". Bengang Seri.
"mana ada gila, benda baik kan?". Selamba Haiden.

"dah. Aku masuk pejabat dulu, oh! One more thing!. Jangan panggil aku Encik please... Tak sweet langsung". Terang Haiden.

"alah dia panggil aku kau tak apa pulak". Gumam Seri perlahan. Langkah Haiden yang ingin beredar itu terhenti bibirnya naik mengukir senyum.

"kalau macam tu aku panggil kau sayang eh?". Terkedu Seri kerana Haiden mendengar.
"ish! Encik balik lah!".

"jangan lupa bagitahu parents kau, minggu depan aku hantar rombongan". Beritahu Haiden sekali lagi.

"encik tak tahu rumah saya!". Hah! Dia mana pernah beritahu Lelaki ini tentang alamat rumahnya.

"ni Haiden lah!". Sempat mata dikenyitkan kepada Seri.
"gila!". Seri beredar dari situ.

"gilakan kau!". Balas Haiden bersama gelak tawa.
 
 
*****

"abang nak pergi mana?". Soal Nelyna apabila ternampak Adriel berjalan ingin keluar.
"office, sekejap je". Pintu dibuka.

Nelyna mengekori langkah Adriel. Lelaki itu baru saja pulang dari Hospital. Ni nak keluar pula?

"tapi abang tak sihat lagi". Risau Nelyna. Tapi Adriel macam tak kisah pula.

Tanpa pedulikan Nelyna, Adriel sudah menuju kearah kereta.

"abang dengar tak Nel cakap ni?". Tipulah kalau tak terasa dengan Adriel. Boleh buat tak tahu saja apa yang Nelyna cakap. Tapi kenapa mood Adriel berubah pula ni?.

"abang ada masalah ke? Cakap la dengan Nel". Kaki melangkah kearah kereta. Adriel masih tercegat disitu memandang Nelyna tajam.

"aku cakap pergi sekejap saja kan?!". Tiba-tiba saja Suara Adriel naik meninggi. Terkedu Nelyna. Kenapa dengan Adriel ni?.

Pintu kereta dihempas kuat sebelum beredar meninggalkan perkarangan rumah itu.

Dalam diam air mata Nelyna mengalir. Kenapa Adriel tinggikan suara?. Tadi elok saja.
Nelyna pula nak cepat terasa sangat kenapa? Tidak okay saja. 

  
  
MATA tidak berkelip memandang cawan. Fikiran melayang tentang tadi. Tiba-tiba hati terasa pedih. Hairan dengan perubahan drastik Adriel.

"kak Nel kenapa ni?". Tersentak Nelyna dengan teguran Nadia.
"tak ada apa pon, kenapa tak tidur lagi ni?". Soal Nelyna kembali. Riak kesedihan dia cuba untuk sembunyikan.

"dah tidur, tiba-tiba dahaga". Nelyna mengangguk saja. Tingkah laku Nadia yang sedang menuang air dia abaikan.

Jam sudah meninginjak 12 malam, Adriel masih belum pulang. Jangan cakap dia buat kerja lama kembali?. Allah...

"abang Riel tak balik lagi?". Nelyna menggeleng dengan senyum tawar.
"kak Nel bergaduh dengan dia?". Sekali lagi Nelyna menggeleng.

"habis tu kau nak sedih kenapa?". Pelik Nadia.

"aish... Nad pergi la tidur, akak sakit kepala la". Malas menjawap Soalan nadia yang bertubi-tubi itu Nelyna meninggalkan ruangan dapur. Kepala tiba-tiba saja sakit yang menyengat.

"pelik-pelik la orang dah kawin ni". Rungut Nadia.
  
Baru kaki ingin memijak tangga bunyi mesej dari telefonnya menarik perhatian Nelyna.

Berkerut dahi apabila nombor yang tidak dikenali menghantar gambar.
Cepat jari mengetik.

Saat matanya terlihat pada gambar, dada Nelyna berdegup kencang. Hati yang tadi terasa kini seperti dihiris. Sakit.

"Nel kenapa tu?". Nadia yang perasan menegur.
Tanpa menghiraukan Nadia. Dia meneruskan langkahnya menuju kebilik.

Pelbagai perasaan yang bercampur tika ini.
Marah, sedih, terasa, geram. Dan lain-lain.

Pintu ditutup perlahan kerana tidak mahu mengganggu Adyan yang sedang tidur.

"kenapa abang buat Nel macam ni?...". Pipinya sudah basah dengan air mata.
"sanggup cari perempuan lain semata-mata Nel tak bagi hak seorang isteri tadi?". Fikir Nelyna.

Tapi bukannya sengaja Nelyna tidak mahu melayan Adriel. Tentunya ada sebab.

Telefon dilempar jauh-jauh. Tak sanggup lagi ingin membuka dengan terpaparnya gambar Adriel dengan perempuan lain.

*****

"kau ni memang berani la Riel". Haiden menggelengkan kepalanya.
"alaa sekejap je".

"kau tak fikir perasaan Nel? Tah-tah sekarang dia tengah nangis". Teka Haiden. Adriel diam sebentar. Benar juga apa yang dikatakan Haiden. Nelyna mesti tengah terasa hati sekarang.

"aku terpaksa Iden, demi nak buat tu...". Jelas Adriel lagi. Dia bukan sengaja nak sakitkan hati Nelyna.

"semoga rancangan kau berjaya! Dah lewat ni, jom balik".
  
  
  
  
  
  
  
   
  
  
  
  
  
  
  
TBC...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
❤❤❤❤❤

Our Memories [C]Where stories live. Discover now