Masing-masing mengunci mulut. Tiada apa yang perlu dibahas ketika ini.
Teringat saja tentang semalam bibir Nelyna tiba-tiba ingin senyum.Adriel yang perasan itu melihat sekilas.
"kau dah kenapa? Gila?". Walaupun percakapan Adriel masih kasar. Nelyna masih terima.
"tak... Semalamkan saya ada mimpi best tau". Wajah Adriel seperti tergamam. Berharap agar Nelyna tidak dengar apa yang dia kata semalam. Dia belum bersedia."mimpi apa?". Soal Adriel.
"saya mimpi, awak cakap yang awak lindungi saya, awak akan jaga saya yang lain tu apa entah tak ingat". Cerita Nelyna. Dia sengaja sebenarnya ingin kenakan Adriel. Dia tahu itu ada lah realiti semalam.
Adriel menelan air liur kesat.
"tapi sayangnya tu mimpi". Nelyna beriak sedih.
"dah turun". Baru Nelyna tersedar yang mereka sudah sampai di university. Tapi kalini Adriel berhenti di depan-depan pintu masuk university itu.
"okay... Bye! Jangan lupa masuk kelas. Kalau tak saya cekik awak". Sempat tangan Adriel dicapai untuk salam seperti selalu. Terlepas tawa kecil Adriel. Kecil pon tak apalah janji dia gelak.
"if you know that's not your dream....". Perlahan Adriel berkata selepas hilangnya kelibat Nelyna.
*****
"wahh datang dengan suami lah". Sengeh Airani. Sebelum ni memang Nelyna datang dengan Adriel, cuma itulah selalu suruh turun kan depan jalan sana.
"diam lah kau". Wajahnya cuba beriak biasa.
Nelyna memandang Airani apabila secara tiba-tiba perempuan itu diam. Melihat Airani seolah-olah memandang kearah pintu masuk Dia juga menoleh.
Dahinya berkerut. Bukan Airani seorang saja yang tidak percaya, malah satu kelas tercegang dengan kehadiran sekumpulan itu.
"apahal semua tengok diorang macam nak halau je?". Soal Nelyna masih tidak faham.
"Nel, kau ada bagi hadiah apa-apa ke kat Adriel semalam?". Nelyna cuba memahami apa yang dikatakan Airani.
"mana ada, kenapa?". Pelik pula dengan Airani.
"cuba kau fikir balik, korang... Erk haih susah laa nak cakap, kau goda dia ke". Tak semena-mena bahu Airani ditimpa sesuatu.
Pap!
"kau punya otak... Sama macam Nadia". Kata Nelyna apabila tangannya selamat menampar bahu Airani. Mujur suara Airani perlahan. Kalau kuat tadi habis dia.
"alaa sorry la". Airani tergelak. Dalam beberapa saat dia kembali ke mood sirius semula.
"dalam seminggu, ada 3 hari kelas pagi...". Airani mula cerita. Nelyna hanya memasang telinganya.
"dalam 3 hari tu, kau pernah nampak ke mamat-mamat tu masuk kelas pagi?". Baru Nelyna perasan. Sebelum ini tiga jejaka itu selalu masuk kelas petang. Waktu pagi bukan setakan orang, bayang pun tak nampak.
Nelyna membiarkan soalan Airani itu tanpa jawapan.
Takkan disebabkan ugutan Nelyna tadi?. Nak cekik Adriel? Mustahil. Silap-silap dia yang kena cekik dulu dengan Adriel.
"biar lah diorang". Malas Nelyna ingin mengambil tahu. Yang penting Adriel masuk belajar. Minggu hadapan dah final exam untuk mereka semua menamatkan gelaran sebagai pelajar.
"wah, sesuatu yang menarik, mimpi apa kamu masuk kelas pagi saya ni?". Suara Puan Aminah menyapa mereka semasa ingin masuk.
Beginilah guru, tak masuk marah, masuk pulak banyak bertanya. Adriel membuat muka bosan.
YOU ARE READING
Our Memories [C]
Storie d'amoreBook 2 Ada ka orang yang Kecik-kecik dah pandai jatuh cinta?. Yes, ada. Nelyna Naira, dia lah orang yang telah jatuh hati pada si Dia. Tapi, Nelyna Naira tidaklah sampai tegedik-gedik. Cuma melihat dari jauh. Disaat usianya menginjak 17 tahun. Den...