"betul ke?". Wajah Adriel sedikit teruja.
Benarlah. Lelaki itu sudah beralih kasih...
Nelyna mengangguk walaupun hatinya berkata tidak.
Terasa pipinya seperti basah. Dia menangis. Kenapa Adriel sudah berubah hati?.Salahnya juga sebab tinggalkan Adriel.
Tangan kekar Adriel melingkari pinggang Nelyna. Dagu gadis itu diangkat untuk memandang wajah Adriel yang sudah dekat.
"sayang... Kenapa perlu cakap benda yang menyakitkan hati sayang?". Wajah Nelyna ditilik. Gadis kesayangannya menangis kerananya lagi.
"mana ada menyakitkan hati...". Nelyna tersenyum sedikit. Sebak dihatinya disimpan dahulu.
"kuatkan jadi seorang wanita?. Apa yang diorang lalui sangat perit dan sakit tapi dipenghujungya akan ada kebahagian. Termasuk sayang". Nelyna betkerut.
"tapi, demi untuk sedapkan hati orang lain, dia sanggup sakitkan hati diri sendiri". Sambung Adriel lagi.
"mungkin abang bukan untuk Nelyna sorang...". Sayu wajah Nelyna. Boleh juga, kebahagiannya perlu dikongsi dengan cara begini.
"no, abang memang untuk sayang sorang, only for you sweety". Bibir Adriel dilabuhkan pada dahi Nelyna.
"Pasal bertunang tu, abang dah putuskan masa pertama kali abang nampak sayang selepas 3 tahun tu". Nelyna memandang tidak percaya.
"buat apa nak teruskan kalau tak rela? Semua ni ketentuan Allah". Nelyna tersenyum.
"terima kasih...". Ucap Nelyna."for?".
"sebab tak berubah hati dan tak berpaling. Walaupun Nel banyak kekurangan". Wajah Nelyna disentuh Adriel.
"no, you're not. Sayang dah sempurna untuk abang, sanggup lahirkan zuriat abang". Mata mereka saling bertaut. Perasaan cinta dan sayang yang tak pernah pudar. Malah semakin bertambah.
"ok dah. Stop bincang pasal ni, jom masuk tidur". Nelyna tergelak. Boleh pula mereka berdrama ditengah malam begini.
*****
Gambar gadis tersenyum manis dipandang dengan wajah yang sedih."sanggup awak tinggalkan saya...". Jarinya mengusap gambar itu.
Air matanya mengalir. Dia betul-betul inginkan gadis itu. Tapi apabila mendapat tahu bahawa gadis itu sudah meninggal, dia semakin tertekan."hah! Kalau macam tu... Apa kata saya pon mati sekali? Boleh kita jumpa nanti kan?". Fikry bercakap sendirian. Seolah-olah Nelyna ada dihadapannnya.
Sekeliling diperhati. Otaknya ligat memikirkan sesuatu yang boleh mencederakan dirinya.
Namun bilik itu hanya kosong. Mungkin perawat disini sudah tahu tindakan yang akan dilakukan oleh pesakit.
Almari juga dibuka Fikry untuk mencari sesuatu yang tajam.
"arghhh!!! Bodoh!". Suara Fikry bergema dibilik itu. Barangan yang ada mula dilempar Fikry. Kepalanya terasa sakit.
"encik!!". Jururawat datang menerpa. Bunyi bising itu kedengaran dari luar. Pesakitnya sudah hilang kawalan.
Namun bagi Fikry, wajah jururawat itu seiras Nelyna."Nel...". Fikry menapak kearah jururawat perempuan itu.
"Kak Ton! Bawak ubat penenang!". Sempat jururawat itu memanggil pembantu untuk menolongnya."encik bertenang okay...". Fikry memegang bahu gadis itu. Perempuan dihadapannya memang Nelyna di matanya.
"Awak pergi mana? Saya tunggu awak lama... Semua cakap awak dah mati. Diorang bodoh kan?". Wajah Fikry seperti seorang psycho.
YOU ARE READING
Our Memories [C]
RomanceBook 2 Ada ka orang yang Kecik-kecik dah pandai jatuh cinta?. Yes, ada. Nelyna Naira, dia lah orang yang telah jatuh hati pada si Dia. Tapi, Nelyna Naira tidaklah sampai tegedik-gedik. Cuma melihat dari jauh. Disaat usianya menginjak 17 tahun. Den...