Dengan senang hati Nelyna melangkah masuk ke sebuah syarikat yang berdiri gah itu. Memandangkan harini dia tidak banyak kerja, jadi dia masak untuk Adriel. Sekarangpun sudah masuk waktu makan tengah hari. Boleh mereka makan bersama.
Sampai saja di tingkat 20 Nelyna menuju ke kaunter pertanyaan. Takkan nak terjah pula.
"hye, Tengku Adriel ada?". Soal Nelyna ceria. Gadis dihadapannya bangun untuk menyapa.
"eh Nelyna... Tengku ada". Jawap Gadis bernama putri itu.
Dia sudah kenal dengan Nelyna."boleh saya masuk jumpa dia?". Gadis itu mengangguk. Selesai mengucapkan terima kasih Nelyna menuju ke bilik yang tertera nama Adriel.
"eh! Kejap Nel!". Bagaikan tersedar, Putri memanggil tiba-tiba. Dia datang mendekat.
Nelyna sudah membuka pintu untuk masuk.Bak!
Beg kertas yang berisi makanan jatuh menyembah lantai.
Matanya panas melihat adegan dihadapannya. Hatinya terasa pedih."sayang!". Adriel menolak tangan Laila yang merayau dibadannya. Cepat-cepat dia berdiri menuju ke Nelyna.
Air mata Nelyna sudah lama mengalir. Tidak dia sangka Adriel dengan Laila begini."sayang i can explain...". Gara-gara tidak mahu Nelyna salah sangka lebih baik dia jelaskan hal sebenar.
"it's okay...". Nelyna mengutip bekas makanan yang tetjatuh tadi. Mujur tidak tumpah."jangan lupa makan, makan dengan perempuan tu pon boleh". Beg kertas itu diserahkan pada Adriel sempag matanya mengerling Laila dibelakang Adriel. Dan dia berlalu pergi. Senyuman sempat diukir namun hanya menutup kessdihannya.
"sayang!". Adriel ingin mengejar Nelyna namun sesuatu menghalangnya.
"Riel kita ada meeting penting lepas ni". Laila menahan Adriel dari mengejar. Puas juga hatinya apabila Nelyna melihat. Memang dia sengaja.
"lepas! Kau keluar!". Jerkah Adriel. Lantang suaranya kedengaran ditingkat itu.
Diam terus Laila dan keluar dari situ. Janji misinya selesai.BAM!
Pintu ditutup deras.
Wajahnya diraup. Kenapa Nelyna harus tiba waktu begini?. Semuanya salah faham. Laila yang cuba-cuba untuk membetulkan tali lehernya. Dia sudah menghalang dan disuruh menjauh.
Laila tetap berdegil untuk menolong. Dasar tak guna.
Matanya teralih pada beg kertas berisi makanan yang dibawa Nelyna. Mesti isterinya tengah menahan rasa sakit. Sepatutnya dia perlu kejar Nelyna.
Akhirnya Adriel nekad. Pasal meeting semua tidak penting. Yang penting baginya sekarang Nelyna.
*****
Kereta diberhentikan ditepi jalan. Dia tidak boleh meneruskan perjalanan dengan keadaan begini.Pipi Nelyna sudah basah dengan air mata. Hati dia sakit.
Tangisan Nelyna pecah didalam kereta itu. Penuh fikirannya dengan gambaran tadi.
Baginya Adriel sudah berubah hati. Semua kata-kata manis hanyalah dusta. Dia ditipu.Jangan-jangan semua yang Adriel buat selama ini hanya lakonan semata-mata. Air matanya dilap dengan kasar. Nafasnya diatur untuk tenangkan diri. Dia tidak mahu lemah.
Kereta dipandu semula untuk pulang ke rumah. Nampaknya bukan rumah Adriel. Dia malas dengan lelaki itu.
*****
"sayang!". Suara Adriel menyeru Nelyna. Laju tapak kakinya mencari Nelyna.
"sayang mana awak?". Semua pintu bilik, dapur, dan semua tingkat dicari. Gadis itu masih tiada.
YOU ARE READING
Our Memories [C]
RomanceBook 2 Ada ka orang yang Kecik-kecik dah pandai jatuh cinta?. Yes, ada. Nelyna Naira, dia lah orang yang telah jatuh hati pada si Dia. Tapi, Nelyna Naira tidaklah sampai tegedik-gedik. Cuma melihat dari jauh. Disaat usianya menginjak 17 tahun. Den...