BAB 29

2.1K 110 0
                                    

enjin kereta ditutup sebelum seseorang disebelah dipandang. Tersenyum Adriel melihat wajah polos Nelyna sedang tidur.

Harini mereka harus pulang ke rumah Tengku Adam. Walaupun tidak suka menghadap mama tiri dan adik tirinya. Demi menjaga hati Tengku Adam dia harus pulang.

"sweety....". Pipi Nelyna ditekan-tekan. Nelyna menepis kerana tidak mahu dikacau. Adriel tergelak.

"awak bangun la". Kalini mata Nelyna sudah dicelik.
"dah sampai? Sorry saya tertidur". Tangan menggosok mata ingin hilangkan ngnmantuk.

"jom turun". Tangan mereka berpaut semasa menuju je pintu rumah agam itu.

Salam diberi sebelum pintu itu dikuak dari dalam. Muncul wajah Mak Jah, pembantu rumah Tengku Adam.

"eh Riel, masuklah Tengku Adam dah tunggu kat ruang tamu". Ajak Mak Jah selepas menjawap salam.
Nelyna hanya tersenyum kepada Mak Jah dan beringan masuk bersama Adriel.

"ha Adriel, Nelyna". Sapa Tengku Adam apabila melihat pasangan itu.
"daddy dengan mama sihat?". Soal Nelyna dengan senyuman. Ingin beramah mesra. Adriel diam saja. Mulut Karlina senget tanda meluat dengan kehadiran Adriel dan Nelyna.

"sihat macam ni lah Nel, korang berdua macam mana?". Tanya Tengku Adam senang.
"alhamdulilah". Ucap Nelyna. Tangan dari tadi tidak dilepaskan Adriel.

"Riel dah masuk pejabat kan? Macam mana? Ada masalah?". Soalan dituju kepada Adriel pula. Tipu lah kau Tengku Adam tidak terasa dengan sikap dingin dan pendiam Adriel sejak dia kawin dengan Karlina.

"semua okay". Senyuman nipis saja diberi.

"oklah kalau macam tu, Riel dengan Nelyna naik la rehat dulu nanti turun makan ya". Arah Tengku Adam.

"Mak Jah nak Nel tolong apa-apa?". Mak Jah yang turut berada disitu ditanya Nelyna. Dia pun tiada apa-apa kerja. Lebih baik dia menolong Mak Jah.

"tak a-"

"orang dah suruh rehat sebok nak jadi orang gaji". Tanpa Mak Jah menjawap Karlina sudah memotong. Walaupun wajah Nelyna tidak dipandang dia tahu kata-kata itu dituju kepadanya.

"tak apa... Puan Nelyna rehat ya". Kata Mak Jah.

Terasa tangan Nelyna seperti digenggam geram oleh  Adriel. Nelyna memandang sekilas. Memang wajah itu tengah menahan amarah.

Adriel bangun menarik Nelyna pergi dari situ dan menuju kebilik lelaki itu.

BAM!

Pintu ditutup kasar. Terkejut juga Nelyna.

"kalau tak ada Daddy, dah lama abang bunuh dia". Nafas Adriel turun naik. Nampaknya Adriel memang menahan marahnya dari tadi.

"bunuh?". Nelyna berharap itu hanyalah gurauan. Bahu Adriel digosok ingin menenangkan suaminya.

"abang harap sayang tak terasa lah dengan kata-kata perempuan tu". Kegusaran Nelyna hilang digantikan dengan senyuman. Dia tak ambil hati pun.

"it's okay". Nelyna senyum lagi melihat Adriel.

"jangan la senyum sangat sayang". Telinga Adriel merah. Dia malu?.
"tak senyum nanti baru tahu". Muncung Nelyna naik. Merajuk.

"eh mana boleh, your sweet smile only for me". Kalini Nelyna yang malu. Kepalanya ditunduk menghalang daripada Adriel perasan.

"dah la saya nak pergi tolong Mak Jah". Nelyna ingin keluar, tak senang pula bila terperap dalam bilik.

"tak yah la...". Adriel seperti merengek. Sumpah macam budak-budak tak mahu jauh dari ibunya.

Our Memories [C]Where stories live. Discover now