Langkah longlai memasuki perkarangan universitinya. Otak mengingatkan kereta dia yang agak teruk jugak remuknya semalam. Ini semua gara-gara Adriel.
"oi!". Airani dari belakang. Namun tiada riaksi dari Nelyna.
"Nelynaaaaaa Nairaaaaa". Kuat suara Airani memanggil ditelinga Nelyna."ye ye". Hilang terus fikiran Nelyna yang bercelaru tadi.
"mengelamun pulak... Kau kenapa? Ada masalah?". Soal Airani."mana ada". Nafi Nelyna. Airani menggeleng.
"jom masuk kelas". Ajak Airani lalu berjalan terlebih dahulu."em kau masuk dulu, aku nak pergi toilet". Airani mengangguk dan berlalu pergi.
Tanpa berlengah Nelyna terus menuju ke tandas wanita.
Lima minit berada didalam tandas Nelyna mencuci tangan sebelum keluar.
"eh?". Tombol pintu cuba dipulas. Seolah-olah ada benda tersekat pada kunci tombol pintu. Hati yang mula berdebar ditenangkan.
"asal pulak ni...". Nelyna cuba untuk memulas lagi. Tetapi hampa kerana tidak berkesan.
"hello?! Ada orang kat luar tak?!". Nelyna menjerit sedikit mana tahu ada orang yang mendengar.
"tolong... Saya tersekat kat dalam". Tangannya menampar-nampar pintu. Peluh mula membasahi dahi. Dia benci keadaan begini. Jantungnya bedenyut pantas.
"tolong....". Tombol pintu dipulas berkali-kali. Nafasnya semakin tersekat.
"tol-tolong say-saya". Sungguh Nelyna mahu rebah tetapi ditahan."sia-siapa- siapa isk... kat lu-luar isk.. tol-tolong...". Air mata Nelyna mengalir.
Lama kelamaan Mata Nelyna pudar sebelum...Bukk
"Nel!"
*****
"kau tak takut?". Berkerut dahinya mendengar soalan Haiden.
"takut apanya entah-entah ada orang dah tolong bukak dah pon". Jarinya bermain-main dengan pen.
Haiden hanya mengangguk."sorry lambat ramai gila orang tadi berkerumun". Zarreen datang dan terus meletakkan beg galasnya di kerusi sebelah.
"ramai kenapa?". Soal Haiden. Agak jarang kolej mereka nak berkumpul kalau tiada sebab. Semua dengan hal masing-masing.
"Nel, dia pengsan dalam toilet". Haiden terkedu, matanya beralih pada Adriel yang beriak tenang.
"sekarang macam mana?". Hatinya risau. Disebabkan Adriel, Nelyna jadi macam tu. Adriel yang mengunci Nelyna dari luar. Hanya Haiden saja yang tahu.
"Fikry tolong dia". Dengar saja nama yang keluar dari mulut Zarreen, Adriel keluar dari bilik khas mereka dengan pantas.
"eh asal tu?". Pelik Zarreen dengan Adriel.
"cau lu". Haiden juga mengikuti langkah Adriel. Mata Zarreen berkedip memandang dua sahabatnya. Dia masih terpinga-pinga.
"huh baik main game". Telefonnya dicapai.
*****
"tepi!". Suara tegas itu menyentakkan suasana yang agak berisik.
Kaki Adriel melangkah menuju kearah Nelyna yang dipangku Fikry dan tidak menyedarkan diri."lepas". Arahan itu terarah kepada Fikry.
"aku kena bawak dia pergi Hospital". Tangan Fikry mula memegang pinggang Nelyna untuk mengangkat."aku cakap lepas!". Wajah Adriel mula kemerahan menandakan dia menahan marah. Urat-urat ditengkuknya juga kelihatan.
Adriel menolak Fikry sebelum dia mengambil alih untuk mengangkat Nelyna. Ramai mata menumpu kearahnya.
Adriel membawa Nelyna pergi dari situ. Wajah Nelyna jelas terpancar pucat seperti mayat hidup.
YOU ARE READING
Our Memories [C]
RomanceBook 2 Ada ka orang yang Kecik-kecik dah pandai jatuh cinta?. Yes, ada. Nelyna Naira, dia lah orang yang telah jatuh hati pada si Dia. Tapi, Nelyna Naira tidaklah sampai tegedik-gedik. Cuma melihat dari jauh. Disaat usianya menginjak 17 tahun. Den...