BAB 19

2.1K 128 1
                                    

Terbeliak mata Nelyna memandang juadah pagi dihadapannya. Biar betul... Apa guna keluar peluh tadi?. Nothing!

"like seriously?". Pesan makanan dah macam untuk 4 orang. Roti canai dua pinggan ada tiga lapis. Meraung lah Nelyna lepas ni.

"awak oder untuk sapa lagi?". Tanya Nelyna. Mana tahu Adriel mengajak sapa-sapa.
"no, just for us. Lagipun aku dah lama tak makan macam ni". Untuk kita?. Untuk dia sudah la! Tak payah nak libatkan Nelyna!.

Akhirnya Nelyna memakan juga. Kalau tak makan membazir pulak. Kalau dah membazir amalan. Dah la maleh cakap.

"cantik cincin, beli mana?". Sah! Nelyna kena bawak selipar lain kali. Dia boleh tanya beli mana?. Sapa yang ajak kawin selama ni?.

"kedai dua ringgit". Nak main-main sangatkan?. Sure.
"kedai dua ringgit pon cantik". Selamba sahaja Adriel membalas.

"hm". Malas Nelyna mahu melayan. Baik dia makan sekarang boleh balik cepat.

*****

"wuu sapa hantar tu?". Sura Darwish seakan-akan mengusik.
"adalah". Kalau Nelyna bagitahu Adriel yang hantar tadi, erm habis dia kena bahan.

"eleh tu pon nak berahsia... Tu Adriel kan?". Tengok. Kalau tak bagitahu pon tak apa, dia dah tahu.
"dah tahu nak tanya lagi buat apa". Sofa berdekatan dia duduk sebentar menghilangkan penat.

"kau kenapa jumpa dia?". Nelyna memandang Darwish.
"kenapa?". Adakah salah dia berjumpa dengan Adriel?. Tadipun sebab kebetulan.

"yelaa kau kan nak kawin dah dengan dia minggu depan". Darah Nelyna seakan-akan terhenti.
"minggu depan?!". Suara Nelyna naik meninggi. Setahunya dia belum bagi tarikh lagi.

"kau nak terkejut sangat kenapa?". Darwish memegang dadanya terkejut.
"Mak Su ke yang cakap?". Soalan Nelyna, Darwish geleng.

"tunang kesayangan kau la". Darwish tak habis-habis mengusik. Nelyna cuba menyimpan senyum. Kesayangan?.
Namun cepat-cepat dibuang perasaan itu.

"buat hal betul la mamat ni". Nelyna merengus dan berlalu pergi dari situ. Terbantut niatnya nak berehat.

*****

Suasana yang agak bising di dalam dewan kuliah itu sedikit pun tidak mengganggu Airani dan Nelyna.

"habis laa kau Nel". Fikiran Nelyna masih runsing dari pagi tadi. Bila tak tahan sangat Nelyna menceritakan kepada Airani.

"ergh. Aku pening gila fikir". Kepalanya yang sudah berdenyut diurut perlahan. Kenapa terlalu cepat?.

"it's okay la Nel... Adriel tu nampak je macam tu, aku yakin sebenarnya dia baik". Airani meyakinkan Nelyna. Nelyna masih diam.

"aku takut....". Mata Nelyna sudah berair. Airani cepat-cepat memeluk bahu Nelyna. Entah kenapa Nelyna berat sangat nak kawin dengan Adriel. Kawin untuk selamanya atau seketika dia pun tidak tahu.

"takpa... Kalau kau ada masalah datang terus jumpa aku". Nelyna mengangguk lemah.

MATA helangnya tertumpu kearah orang yang membelakanginya. Hatinya turut terasa apabila melihat air mata gadis itu mengalir. Sebab diakah?.

"Riel kau memang betul-betul sirius?". Ni lagi sorang. Dari tadi lagi tak percaya yang Adriel ingin berkahwin dengan Nelyna minggu hadapan.

"entah". Jujur. Adriel sendiri pon tak tahu kenapa dia buat macam ni.
"dia belum tahu pasal 'tu' kan?". Adriel berfikir sejenak. Bagaimana lah rasanya apabila Nelyna mengetahu apa yang dilakukan Adriel.

"suatu hari nanti aku akan bagitahu tapi bukan sekarang". Lebih baik dia diam dahulu. Kalau beritahu mungkin Nelyna akan batalkan semuanya.

"good luck". Bahunya ditepuk Haiden ingin memberi semangat. Ramai yang belum tahu apa pekerjaan sampingan mereka bertiga.

Our Memories [C]Where stories live. Discover now