Tok! Tok! Tok!
"Riel! Nel! Jom turun makan". Serentak dengan ketukan itu aku menjauh dari Adriel. Syukur kerana aku tidak melayan.
"jom turun, gatal". Wajah Adriel yang sedang menahan geram itu dijeling manja. Nelyna menyimpan tawa. Terdengar keluhan Adriel
SAMPAI Diruangan makan nampaknya semua orang sudah ada. Kecuali Syakila. Entah kemana perempuan itu pergi dia tidak tahu."duduklah Nel". Pelawa Tengku Adam. Nelyna hanya tersenyum dan menurut. Adriel disebelah kirinya.
"Mak Jah, saya rasa ada orang datang lah kat luar. Tolong bukakkan pintu". Arah Karlina apabila mendengar loceng rumah itu berbunyi.
"tangan sayangkan luka, abang suapkan nak?". Soal Adriel. Dahi Nelyna berkerut. Makan tangan kanan, jari dia luka kanan kiri. Mampu lagi nak makan. Adriel ni pun satu tanya yang tu pon buat Nelyna malu.
Tengku Adam tersenyum melihat pasangan itu. Tapi tidak bagi Karlina. Sinis saja dia memandang.
"luka tangan kiri lah". Nelyna mengingatkan Adriel.
"tak apa?". Kepala diangguk."eh Laila...". Terhenti suapan Nelyna apabila terdengar nama itu. Jadi, orang yang datang tadi Laila?. Macam mana dia tahu rumah Tengku Adam?.
"aunty...". Sapa Nelyna sopan. Geli pulak Nelyna tengok gaya Laila yang ni. Depan Tengku Adam dengan karlina bukan main. Pijak semut pon tak mati.
Tangan Nelyna yang berada dibawah digenggam Adriel. Seakan-akan faham dengan perasaan Nelyna.
"langkah kanan Laila harini. Kitorang tengah makan ni, jom duduk makan sekali". Ajak Karlina mesra. Karlina ni pon berbeza apabila berjumpa dengan Laila. Kalau dengan Nelyna, pandang pon tak mahu.
"lahh maaf lah Laila ganggu". Kata Laila tapi punggungnya dilabukan juga. Sesekali matanya tidak lepas memandang Adriel. Ada juga kearah Nelyna tetapi dijeling.
"korang pon ada kat sini rupanya...". Nelyna memandang saja. Tak angguk tak senyum.
"aku memang selalu datang sini". Cerita Laila. Nelyna tahu Laila sengaja."sayang nak lauk tu?". Soal Adriel. Tanpa menunggu jawapan Nelyna, Adriel mengambilkan untuknya. Diletakkan diatas pinggan Nelyna.
"terima kasih..". Ucap Nelyna dengan senyuman. Dan Adriel membalas.
Nelyna perasan akan Mata Laila seperti menahan sesuatu. Cemburu la tu.
Setelah semua selesai makan, Nelyna membantu Mak Jah mengankat pinggan yang telah digunakan.
Nak menolong Mak Jah basuh pinggan pula tak boleh. Adriel terpacak ada kat situ. Tengok pon gerun.
Semua yang Nelyna nak tolong Adriel tak bagi. Kasihan Mak Jah kena buat sorang-sorang. Akhirnya Nelyna tolong yang ringan sahaja.
Semasa Nelyna dan Adriel lalu di ruang tamu. Ada Karlina dan Laila
"Riel! Duduk la sini sekali, i nak borak dengan you". Tegur Laila. Nelyna disisi Adriel seperti tunggul."it's okay, i dengan isteri i nak duduk kat luar kejap". Seusai berkata begitu tangan Nelyna ditarik mengikutinya.
Sempat Nelyna menangkap raut wajah Laila. Memang sedang geram. Mesti Si Karlina itu yang bagitahu Laila bahawa Adriel ada kat sini
TANGAN Tengku Adam disalam untuk pulang."rajin-rajin laa datang sini, daddy seronok kalau ada kamu berdua". Kata Tengku Adam.
"Nel ok je". Senyuman diberi. Nelyna perasan akan sikap dingin Adriel dengan Tengku Adam. Kasihan Tengku Adam.
YOU ARE READING
Our Memories [C]
RomanceBook 2 Ada ka orang yang Kecik-kecik dah pandai jatuh cinta?. Yes, ada. Nelyna Naira, dia lah orang yang telah jatuh hati pada si Dia. Tapi, Nelyna Naira tidaklah sampai tegedik-gedik. Cuma melihat dari jauh. Disaat usianya menginjak 17 tahun. Den...