"meriah..". Hati yang berkecai dubiarkan dahulu. Dia mahukan gadis itu. Gadis itu seharusnya menjadi miliknya. Kenapa dia?.
"i'll give you time to happy for now". Sinis sahaja perkataan itu keluar dari mulutnya.
Fikry hanya mampu memerhati dari jauh.Enjin kereta dihidupkan sebelum beredar dari kawasan perumahan itu.
*****
Lenguh bibir Nelyna hendak senyum untuk hari ini. Senyum dalam paksaan?. Bagi dia perkara biasa.
"Nel! Aku janji ni last!". Nelyna yang faham itu senyum lagi di camera telefon milik Maisarah.
Airani juga sama."Aku pergi ambil air kejap". Airani bangun menuju ke susuna air yang mempunyai perbagai jenis perisa.
"hai!". Kalini dia mengeluh. Bingit betul suara itu dari tadi. Siapa lagi kalau bukan Zarreen.
"nak apa?"."kalau saya cakap nak awak?". Tajam Airani memandang. Rasa seperti nak telefon hospital gila.
"saya tak nak". Airani ingin beredar. Langkah Airani diikuti Zarreen.
Kerana Ingin mengelakkan diri daripada disoal Nelyna dan Maisarah dia ambil meja lain.
"ish... Jangan ikut saya...". Lembut saja suara Airani. Zarreen hanya sengeh."you know what. Rose are red, Violets are blue. I don't sleep at night cause I'm thinking of you". Mata Airani dijuling keatas. Heh ayat buaya. Geli pulak telinga ni dengar. Buat pickupline pon ambik lirik lagu.
Ye laatu takleh tidur malam. Nampak sangat menipunya.
Dagu Zarreen ditongkat menggunakan tangannya untuk meneliti wajah Airani sambil tersenyum."Rose are red, violets are blue...". Zarreen makin teruja apabila Airani membalas. Pertama kali Airani melayannya. Mesti Airani pun suka dia.
"i rasa semak with you". Mati terus senyuman Zarreen. Hilang angan-angan yang Airani membalas kerana suka dia.
Lagi bertambah kecewa apabila Airani pergi dari meja itu."try again bro". Haiden menepuk bahu Zarreen. Ketawa dibibirnya tidak hilang.
Airani lah perempuan pertama yang tidak cair langsung dengan kata-kata Zarreen."syok gelakkan aku". Cebik Zarreen.
"lek aaa, Reen kau ada banyak lagi girlfriend kat luar tu. Airani yang hati batu jugak kau nak". Betul kata Haiden, selalunya kalau perempuan itu menolak Zarreen. Dia dah tak kisah dah."tak... Dia lain". Mata Zarreen tidak lepas dari memandang Airani.
"ikut kau lah". Haiden juga pasrah dengan Zarreen.
"korang. Erm aku nak pergi kat Adriel kejap". Ini sebabnya Nelyna malas nak memberitahu Maisarah dan Airani. Pasti mereka akan mengusik.
"pergi jelah". Maisarah tergelak.
Lama juga Nelyna perhati yang Adriel dari tadi duduk bersendirian. Nelyna melabuhkan punggungnya di sebelah Adriel
"awak okay?". Saja tanya. Nelyna kan dah jadi isteri Adriel. Derhaka pula abaikan suami nanti. Tibeh
"hm". Hanya itu saja yang dibalas Adriel.
"kalau awak anggap saya ni isteri awak... Cerita la". Nelyna hanya ingin mendengar masalah Adriel. Tadi elok saja beramah mesra dengan tetamu.
Adriel mengalihkan pandangannya kearah Nelyna. Ditenung lama. Adakah dia tidak menganggap Nelyna sebagai isteri?.
"i miss my mama". Keluhan berat dilepaskan. Hati mereka sama. Rindukan orang yang mereka paling sayang.
"we're same". Senyumam cuba diukir.
Sebut pasal mama, mama tiri Adriel tadi bukan main. Dari datang sampailah nak balik kipas kat tangan tak lepas. Panas pon agak-agak laa. Berlagak betul.
"aku mintak maaf kalau sebelum ni aku selalu tuduh kau". Hal itu Nelyna sudah lupakan. Lagipun bukan salah Adriel.
"saya dah maafkan". Nelyna tersenyum lagi. Kalini lebih manis.
*****Sekejap sahaja masa berlalu. Hari sudahpun senja. Semua orang sudah berunsur pulang. Tinggal pekerja katering saja untuk mengemas peralatan.
"Nel dan Adriel dah boleh naik rehat". Nelyna memandang Puan Nuriani. Naik rehat dengan Adriel?.
"erk tak pa Nel tolong maksu kemas okay". Untuk elakkan diri daripada berdua-duaan dengan Adriel baik dia bagi alasan walaupun badannya letih sangat.
"tak payah, bawak Adriel naik atas". Kalau dah keluar suara tegas Puan Nuriani, dia tidak boleh melawan lagi.
"ok-okay". Adriel yang dari tadi diam memerhati dipandang Nelyna.
"ikut saya". Nelyna membuka langkah dahulu menuju kebiliknya. Sumpah Nelyna takut sekarang ini."ish tak boleh!". Terhenti tangan Adriel ingin membuka puntu bilik Nelyna. Ini kali pertama lelaki asing masuk kebiliknya.
"do i care?, I'm. Your. husband". Satu-satu perkataan disebut lelaki itu. Adriel masuk juga kedalam bilik Nelyna.Nelyna diluar mengeluh. Suka hati betul.
Perlahan Nelyna juga masuk. Pintu ditutup rapat."pergi mandi dulu, bathroom kat sana". Tunjuk Nelyna.
Hilang saja kelibat Adriel disebalik pintu bilik air, Nelyna merungkai tudungnya. Ikatan sanggul rambutnya juga dilepaskan. Ringan akhirnya kepala."Nel, mana kau le....tak...". Hampir terjatuh rahang Nelyna apabila Adriel berada dibelakangnya. Tudung tadi diambil kembali menutup rambutnya. Kekok.
"nak apa?". Tanpa berlengah Nelyna menyoal.
"towel". Pandangan tidak lepas dari Nelyna. Rambut perang asli dan panjang hampir pinggang beralun apabila Nelyna bergerak. Cantik..."nah!". Tuala yang diambil tadi dilemparkan sahaja kearah Adriel. Nampak macam kurang ajar tapi dia betul-betul tak selesa. Pertama kali ada lelaki yang melihat rambutnya selain papa Nelyna.
"you have a beautiful hairs". Sempat mata dikenyit kepada Nelyna sebelum memboloskan diri kedalam bilik air.
Wajah Nelyna diusap. Ya Allah malu!
SELESAI sahaja Adriel bersihkan diri tadi Nelyna pula menyusul. Keluar saja Nelyna kelihatan Adriel sudah mengambil tempat dikatil Nelyna. Siap dah tidur pulak tu.
Entah dah solat ke belum.Dia menuju kearah meja soleknya dahulu.
Tubuh Adriel diperhati dalam pantulan cermin. Keluhan berat dilepaskan.
Berdebar rasanya bersebelahan dengan Adriel. Perlahan-lahan Nelyna duduk di sisi katil."tidur saja kan?". Bisik hati Nelyna. Bantal diambil sebelum menjadi penghalang ditengah-tengah antara mereka.
"you can't sleep here". Tersentak Nelyna dengan suara Adriel. Dia belum tidur?.
Ni kan katil dia? Suka hati la."kenapa?". Pelik Nelyna bukannya dia nak menggatal pon. Cuma nak tidur.... Tidur.
"i said you can't". Mata Adriel yang tadi terpejam kini dibuka. Dia bangun memandang Nelyna.
"habis tu saya nak tidur mana?". Soal Nelyna.
Mata Nelyna mengikut arah tangan Adriel yang menunjuk sesuatu.
Sofa?."no! Ni katil saya! Awak la tidur sana". Bentak Nelyna. Geram juga sebenarnya.
Tiba-tiba Adriel mendekat. Jantung Nelyna sudah mulai gugup. Dia nak buat apa ni?."eh! Ja-jangan dek-dekat". Suara Nelyna sudah mulai gagap.
"see". Adriel menjauh kembali. Sebab ini kah?"ok fine!". Nelyna mengambil satu bantal dan beredar menuju ke sofa. Tak adil kan? Sepatutnya Adriel lah yang di sofa. Heh Adriel, kisah apa dia.
"goodnight sweety". Sempat dia mengejek Nelyna.
"diam!". Goodnight konon. Dah la buat bilik ni macam bilik dia. Nelyna meregus tidak puas hati.Nelyna hanya baring disofa dia lebih rela di sini daripada dekat dengan Adriel macam tadi.
"sorry...". Hati Adriel terbit rasa kasihan. Tapi dia terpaksa...
TBC...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
❤❤❤❤
YOU ARE READING
Our Memories [C]
Roman d'amourBook 2 Ada ka orang yang Kecik-kecik dah pandai jatuh cinta?. Yes, ada. Nelyna Naira, dia lah orang yang telah jatuh hati pada si Dia. Tapi, Nelyna Naira tidaklah sampai tegedik-gedik. Cuma melihat dari jauh. Disaat usianya menginjak 17 tahun. Den...