BAB 45

2.5K 98 0
                                    

Nelyna mengucap panjang. Sebelum Laila datang dia sudah mencedera rakan serumahnya Elya.

"tak sangka Laila akan buat macam tu, petang kelmarin saya dah nasihatkan dia". Adriel memandang isterinya.

"sayang jumpa dia?". Soal Adriel risau. Kalau semalam Laila berani berbuat begitu tidak mustahil Laila ada niat untuk mencederakan Nelyna kelmarin.

Nelyna mengangguk saja.

"lain kali, terus call abang please. Bahaya lah". Pesan Adriel.
"iyee...". Nelyna tergelak.

"polis kata apa?". Soal Nelyna ingin tahu.

"sekarang masih kat penjara, minggu depan baru naik mahkamah. Tapi kawan abang ada bagitahu. Tak lain tak bukan hukuman gantung". Terbeliak terus Nelyna. Sungguh tidak sangka.

"abang. Dia ada peluang untuk berubah...". Beritahu Nelyna. Tapi mereka tidak boleh buat apa-apa apabila semuanya diserahkan kepada pihak polis.

"mungkin ni takdir dalam hidup dia, sayang dah jalankan tugas untuk nasihatkan dia, terserah kepada dia nak terima atau tidak". Nelyna melepaskan nafas berat.

Dia kenal Laila dari kecil. Sungguh tak sangka akan jadi begini.

Elya pula selamat dikebumikan pagi tadi. Semalam, tiba saja di hospital nadi dan jantung Elya sudah berhenti. Bermacam-macam cara Doktor cuba untuk pulihkan. Tetapi ajalnya sudah tiba.

"sayang". Panggil Adriel tiba-tiba. Tangan mulus Nelyna dicapai sebelum diusap.

"abang ada benda nak cakap sikit". Mata Nelyna memandang Adyan yang tertidur itu sebelum mengangguk.

"minggu depan, abang ada misi dengan polis". Nelyna memberi perhatian kepada Adriel.
"misi?". Hati Nelyna tak sedap.

"Fakrul... Pihak polis pon dah lama cari dia, jadi ingin mudahkan kerja, abang nak tolong". Nelyna menarik tangannya. Adriel mengeluh. Dia sudah tahu Nelyna tidak terima.

"abang tak sayang Nel? Kalau jadi apa-apa nanti macam mana?". Mata Nelyna berair. Sekarang saja dia sudah berasa tidak sedap hati.

"mestilah abang sayang... ". Jarak mereka didekatkan sedikit. Bahu isterinya ditarik rapat.

"insyaAllah... Tak akan jadi apa-apa. Sayang doakan abang". Nelyna mengangkat wajahnya melihat wajah Adriel.

"saya takut kehilangan abang". Tangannya dirangkul pada pinggang Adriel.
"abang pon takut kehilangan sayang, dulu pon abang dah rasa". Air mata isterinya yang sudah mengalir dilap menggunakan ibu jarinya.

"Haiden dengan Zarreen pon terlibat?". Adriel mengangguk.
Nelyna mengeluh.

"Nel selalu doakan abang". Bibirnya mengukir senyuman kelat.
"terima kasih". Ciuman dilabuhkan pada dahi Nelyna.

*****

"Apa ni Lina?!". Tengku Adam menghempas gambar-gambar Karlina bersama seorang lelaki. Paling Tengku Adam tidak boleh terima keadaan mereka. Sangat jijik.

"saya boleh jelaskan abang, ni semua tak betul". Karlina mengeluarkan air mata palsunya. Setakat berlakon. Mudah saja baginya.

"tak betul?! Kau cakap tak betul?! Kau siapa sebenarnya selama ni?! Siapa kau nak mengaku kau kawan baik arwah isteri aku?!". Kalini Karlina sedikit terkedu.

"saya memang kawan baik Aisyah, abang". Karlina masih menipu.
"bukan! Kau bekas isteri Faizul kan?! Dan syakila ni anak haram kau kan?!". Suara Tengku Adam bergema diruangan itu.

Selama ini dia ditipu hidup-hidup. Kata-kata Karlina selama ini semuanya bohong belaka.

"Nurul Karlina Binti Ahmad, aku ceraikan kau dengan talak tiga!". Karlina menangis teresak-esak. Dia lakukan semua ini untuk hidup senang dengan anaknya.
Tapi dia lupa dengan orang sekeliling.

Our Memories [C]Where stories live. Discover now