BAB 22

2.2K 124 0
                                    

Nelyna mengeliat kecil untuk meregangkan badannya. Mata dicelikkan beberapa kali untuk betul-betul sedar.
Selepas hilang sahaja ngantuknya dia bangun dalam posisi duduk.

Dahinya berkerut pelik. Ya dia masih ingat yang dia dah kawin. Tapi semalam... Bukan dia tidur kat sofa?.

Kini dia berada di atas katil. Matanya teralih pula kearah sofa yang dia tidur semalam. Memang ada sekujur tubuh Adriel.

"takkan lah...". Nelyna berfikir yang dia mungkin mengigau dan jalan untuk tidur sisini.
Malunya!.

Kaki Nelyna memijak lantai dan menuju kearah Adriel. Wajah bersih Adriel ditenung lama. Tenangnya wajah dia semasa tidur. Tiada sebarang riaksi marah dan beku. Tak sangkakan. Sekarang mereka sudah menjadi suami isteri yang sah. Namun tidak seperti pasangan lain.

"i know im handsome, don't look at me like you want to eat me". Matanya terpejam tetapi bibirnya tersenyum senget. Nelyna sudah lama tersentak dengan suara itu. Nelyna kalau tidak memalukan diri sendiri tidak sah.

Sejak bila Adriel bangun?. Terasa tangan Adriel bergerak mengusap kepala Nelyna.

"goodmorning sweety". Akhirnya Adriel membuka matanya. Sabarlah duhai hati. Jangan mudah cair dengan kata-kata.
"kenapa aku tak tahu ha?. You have a beautiful eyes , hairs, and... Your lip...". Mata dia tidak lepas dari memandang bibir Nelyna. Bahaya betul. Jantung Nelyna sudah bergetak hebat.

"mengarut! Dah jom kita solat sama-sama". Daripada melayan Adriel yang mungkin sedang mamun itu lebih baik solat. Perkara biasa sebab mood Adriel sentiasa berubah-ubah. Lagi-lagi dari semalam. Pelik betul. Tiba-tiba bersweet macam dapat mimpi buruk

Pergi universiti harus diteruskan. Apa ingat mereka kawin kena cuti?. Memang tidak la, belajar tetap belajar.
  

 
SALAM diberi sebelum tangan ditadah untuk membaca doa. Mata Nelyna tidak lepas daripada Adriel yang berada di hadapannya sebagai imam. Hati tiba-tiba berasa sejuk dan senang.

Seusai saja doa diaminkan Nelyna berura-ura ingin pergi.
"ark!". Tersentak Nelyna dengan lengannya ditarik Adriel.

"apa?". Soal Nelyna.

"aku...". Ayat Adriel tergantung lama.
Nelyna masih setia menunggu.

"kenapa?".

"nothing...". Tangan Nelyna nilepaskan semula.
Berkerut dahi Nelyna dengan Adriel.

*****

"jangan sampai satu kolej tahu yang kita dah kawin". Pesanan yang membuatkan Nelyna sedikit terasa. Tetapi Nelyna cuba untuk sedapkan hati mungkin sekarang bukan masa yang sesuai.

"awak jangan risau lah, saya tak akan sakitkan hati peminat-peminat awak tu". Agak-agak macam mana lah riaksi perempuan yang sukakan Adriel. Lagi-lagi... Laila.

Sebut pasal Laila... Nelya hampir terlupa tentang perempuan itu. Mesti dia akan kena lagi teruk nanti. Haih hadap sajalah.

"termenung apa! Keluar cepat!". Tinggi suara Adriel. Dah la paksa orang naik dengan dia. Lepastu suruh turun jauh sebab taknak orang perasan.

"sabar lah...". Pintu kereta sudah dipegang tetapi terhenti. Nelyna menoleh semula kearah Adriel.

Tangan yang Nelyna sua itu dipandang kosong. Ingin salam. Tak salah kutip pahala harini.

"what?". Kening Adriel dijongket pelik.

Tiada sebarang jawapan tetapi tangan Adriel dirampas Nelyna dan dicium sebelum keluar dengan pantas. Dia malu.

Our Memories [C]Where stories live. Discover now