"bye! Awish!!". Tangan Nelyna dilambai kearah Darwish yang sudah menjauh. Harini lelaki itu sudah pulang ke France kecuali Puan Nuriani.
Tangan sebelah lagi mengusap seekor arnab putih dan gebu pula.
"jauhkan benda berbulu putih tu dari aku". Adriel mengambil langkah berjaga-jaga daripada haiwan kecil itu.
"no, ni anak angkat saya nama dia montie". Kaki Nelyna semakin dekat dengan Adriel. Arnab kesayangan Nelyna dipangku padanya.
"anak angkat? Montie? Kau gila?". Ada pula seekor arnab dianggap anak angkat oleh Nelyna."gila apanya?". Haiwan berbulu gebu itu diusap sayang.
"awak la yang gila. Muka ketat, garang tapi takut arnab". Nelyna menyimpan tawanya. Kalau terlepas dihadapan Adriel habis dia."kau...". Terus mata tajam Adriel memandang Nelyna.
"haa meh dekat laa nah". Arnab itu disua kepada Adriel. Cepat-cepat dia menjauh, waktu sekarang sahaja Nelyna berani. Mujur ada arnab. Baru Nelyna tahu kelemahan Adriel."aku nak cakap dengan kau sikit, but letak benda alah tu jauh-jauh". Anti betul Adriel dengan arnab.
"awak dah okay?". Soal Nelyna sambil tangannya memasukkan arnab tadi kedalam sangkar.
"hm". Itu sahaja balasan Adriel seperti biasa.
"siapa yang buat awak sampai macam tu? Dia rompak awak ke? Ke awak yang cari gaduh dengan orang?". Entah kenapa terasa lucu pula apabila melihat wajah polos Nelyna bila bertanya.
"dah lupakan, sekarang ni aku yang nak cakap ke kau?". Diam terus Nelyna.
Adriel tak jawap soalan dia pon tak apalah."jom duduk rumah aku". Nelyna memandang Adriel. Duduk rumah dia?.
"no!". Semestinya Nelyna bangkang. Rumah ni siapa yang nak jaga."why?". Adriel ajak pindah sahaja bukannya jual.
"erk. Duduk rumah awak? Kita berdua ja?". Adriel angguk."yes, and... Takpayah dah ada anak angkat kau tu sedangkan kita boleh buat anak sendiri". Ringan sahaja tangan Nelyna ingin mencepuk Adriel. Boleh pula dia fikir begitu. Naik merah wajah Nelyna.
"rumah ni sapa nak jaga?". Risau pula Nelyna apabila meninggalkan rumah ini kesepian. Puan Nuriani mungkin akan balik semula ke France. Nadia mungkin akan tinggal seorang nanti dengan Mak Mah. Uish tak boleh...
"Mak su tak balik lagi Nel...". Tiba-tiba suara Puan Nuriani mencelah.
"lagipun Nel dah kawin, kena ikut suami". Yang ini laju saja senyuman herot di bibir Adriel. Suka la tu."okay... Tapi saya nak bawak arnab saya". Boleh saja dia pulang sekali sekala. Tapi Montie dia harus bawa bersama. Nak suruh Nadia yang jaga?. Silap-silap dia pijak aja menatang ni.
"hell no". Bisik Adriel. Tercemar lah rumah dia nanti.
"kalau macam tu saya tak nak". Nelyna pergi dari situ. Puan Nuriani memandang Nelyna dan menggeleng.
*****SEKELILING dipandang sebelum mulutnya terlopong. Rumah atau istana?. Kalah rumah Nelyna. Yes, Nelynq ikut juga Adriel ke sini. Montie? Dalam kereta Nelyna. Mereka datang pon berasingan sebab Nelyna berkeras nak bawak Montie.
"mana awak dapat rumah ni?". Adakah soalah Nelyna kalini agak bodoh?.
"curi". Terbeliak mata Nelyna."ish saya nak balik la". Bagasinya ditarik untuk keluar semula.
"hey!... Kau kenapa?"."tak elok la duduk rumah orang...". Jelas Nelyna.
"haih nasib aku sayang kau". Suara Adriel agak perlahan menyukarkan Nelyna untuk mendengar."ap-apa dia?". Nelyna ingin Adriel mengulangi.
YOU ARE READING
Our Memories [C]
RomantikBook 2 Ada ka orang yang Kecik-kecik dah pandai jatuh cinta?. Yes, ada. Nelyna Naira, dia lah orang yang telah jatuh hati pada si Dia. Tapi, Nelyna Naira tidaklah sampai tegedik-gedik. Cuma melihat dari jauh. Disaat usianya menginjak 17 tahun. Den...