"kau masak ke oder?". Soal Adriel selepas melicinkan pinggannya. Suka-suka saja kata oder.
"2 jam saya kat dapur awak ingat saya tengah cari menu kat food panda ke?". Adriel menahan senyum. Sesungguhnya Nelyna comel bila marah.
"tanya je, tu pon nak marah". Adriel bangun untuk meninggalkan ruang makan itu.
"awak nak pergi mana?". Dah la rumah itu sunyi. Adriel pula nampak macam nak keluar."keluar". Tepat tekaan Nelyna.
"habis tu saya?".
"duduk la rumah". Mudah saja Adriel menjawap.
"erk sorang?". Adriel berpaling. Nampaknya dia terlupa sesuatu. Dia lupa yang Nelyna penakut.Terdengar seperti Adriel mengeluh. Telefonnya dicapai sebelum nombor seseorang didail.
"cancel". Hanya sepatah dan talian terus dimatikan.
*****
"dia cakap cancel macam tu je?!". Berang Zarreen. Punya lah mereka berdua tunggu selama sejam untuk Adriel datang tengok manusia yang sudah lunyai sebelum ajalnya menjemput.
"dia kan ada bini". Tuala kecil diambil dan dilap pada leher Haiden yang berpeluh.
"eh haah laa lupa... So, dia ni nak buat apa?". Sempat kaki disepak kepada muka manusia di hadapan mereka. Raungan dan jeritan lelaki itu hanya dibiarkan.Seperti biasa mereka selalu diintip dan selalu juga terkantoi. Nampaknya mereka mengintip orang yang salah.
"biar. Nanti mampus la tu". Haiden dan Zarreen keluar dari sebuah bilik kecil.
"jom pergi rumah dia nak?". Lama Haiden berfikir sebelum mengangguk dengan ajakan Zarreen.
*****
Bosan mula melanda diri. Tiada apa yang best dalam rumah itu. Nampak saja besar tapi sunyi.
Kelibat Adriel dicari Nelyna. Hampir 10 minit masih tidak dijumpai.
"takkan dah tidur?". Kaki bergerak pula ke bilik. Memang benar. Adriel sedang baring sambil tangan menaip sesuatu di Laptop nya. Rajin pulak lelaki itu buat assignment.
Niat nak ajak Adriel tengok movie terbatal. Nelyna ingin keluar semula. Namun terhenti apabila suara Adriel menyapa gegedang telinganya.
"what do you want?". Diam.
"awak sibuk?".
Pap!
Bunyi laptop ditutup rapat.
"tak, why?". Harap Adriel tidak fikir bukan-bukan. Nelyna cuma mahu ajak menonton movie.
"erk nak ajak tengok movie, jom?". Adriel seakan-akan mencebik. Mesti fikir benda lain.
"hm".
SETENGAH minit masa berlalu. Panas juga hati Nelyna kerana Adriel memilih cerita seram. Nampaknya Adriel memang sengaja.
"ish tukar!". Akhirnya Nelyna berani bersuara. Bantal tidak lepas dari pegangan. Takut-takut hantu dalam cerita itu muncul secara mengejut.
"itu pon takut ke? Bukannya real pon". Adriel masih selamba.
"or... Kau sengaja kan? Nak dekat dengan aku kan?". Lengan Adriel terus dilepaskan oleh Nelyna."tak sengaja". Jarak dijauhkan sedikit. Bajunya yang sedikit melorot jatuh mendedahkan bahunya. Adriel menelan liur. Lama mata mereka bertaut.
"Nelyna Naira...". Adriel mendekat secara tiba-tiba. Naik bulu Roma Nelyna dengan suara itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/283760651-288-k981210.jpg)
YOU ARE READING
Our Memories [C]
RomanceBook 2 Ada ka orang yang Kecik-kecik dah pandai jatuh cinta?. Yes, ada. Nelyna Naira, dia lah orang yang telah jatuh hati pada si Dia. Tapi, Nelyna Naira tidaklah sampai tegedik-gedik. Cuma melihat dari jauh. Disaat usianya menginjak 17 tahun. Den...