Mata Nelyna dicelikkan beberapa kali untuk betul-betul bangun. Sebelah dipandang. Kosong. Fikirannya masih teringatkan hal semalam.
Adriel betul-betul marah. Kaki menjejak lantai untuk menuju ke bilik air. Lepas subuh tadi dia tertidur semula. Adriel pun tiada. Kerana masih dalam mood marah dia malas mencari Adriel.
Terhenti langkah Nelyna apabila terlihat Sticky note yang tertampal pada pintu itu. Perlahan-lahan tangan mencabut untuk membaca.
- Sweet like sugar... Yeah it's you! goodmorning sweety, wash your cute and pretty face first, before come down :3 -
Sedikit sebanyak bibir Nelyna terukir juga untuk senyum. Namum hatinya masih tidak boleh terima.
30 minit juga Nelyna ambil masa untuk membersihkan diri. Alang-alang dah basah baik mandi terus.
Kaki menapak pula ke pintu untuk keluar. Agak-agak apa yang Adriel buat?.
Masih ada lagi sticky note yang tertampal. Tangannya mengambil lagi untuk dibaca.
- Oh! I forgot something... Please smile before open the door -
Nelyna tergelak, apa kena dengan Adriel ni?.
Nafas diatur untuk tersenyum. Otaknya cuba melupakan hal itu buat seketika. Nota-nota yang ditulis tadi masih ada di tangan Nelyna.
Baru kaki hendak menjejak tangga ada lagi Sticky note. Dengan pasrah Nelyna mengambil.
- Rose... Sayang ibarat Rose, cantik, wangi, lembut tapi berduri, but sokay, abang suka -
- Rose jugak menjadi idaman semua wanita, but sayang, menjadi idaman abang -Berdebar pula dada tiba-tiba. Nak cair tapi dia masih ego.
Nelyna hanya berharap tiada lagi nota-nota selepas ini. Hatinya sudah tidak kuat. Nelyna meneruskan lagi untuk turun ke bawah.Sangkaannya meleset apabila anak tangga terakhir masih ada lagi nota yang tertampal.
- You! You're mad at me right? Because of yesterday and the stupid sticky note?. I just want you to arrange the first letters on all these notes -
Nelyna berkerut. Dia kembali merujuk pada nota-nota dari yang pertama hingga akhir.
Memang ada maksud."SORRY".
Serentak dengan fikiran Nelyna Adriel muncul dihadapannya.
"abang nak mintak maaf...". Nelyna mengangkat muka untuk memandang Adriel.
Nelyna mula terharu. Sejak bila seorang Adriel boleh jadi sweet macam ni?."tak apa, saya tak ambil hati pun". Nelyna cuba untuk senyum. Sebak juga apabila teringat hal itu. Tapi ditahan.
"no, sayang boleh tipu dengan kata-kata tapi bukan dengan senyuman sayang". Adriel mendekat. Sudah tentu Adriel dapat bezakan senyuman Nelyna ikhlas atau tidak. Semalam dia nampak Nelyna menangis. Namun dirinya masih ego.
Mata Nelyna tiba-tiba berair. Hati dia sakit...
Dengan pantas Adriel memeluk tubuh Nelyna. Tangisan gadis itu pecah didada Adriel.
YOU ARE READING
Our Memories [C]
عاطفيةBook 2 Ada ka orang yang Kecik-kecik dah pandai jatuh cinta?. Yes, ada. Nelyna Naira, dia lah orang yang telah jatuh hati pada si Dia. Tapi, Nelyna Naira tidaklah sampai tegedik-gedik. Cuma melihat dari jauh. Disaat usianya menginjak 17 tahun. Den...