BAB 40

2.7K 99 1
                                    

BAM!

Dentuman kuat dihadapannya menyembabkan kepala Nelyna berpinar. Sakit yang teramat. Pintu keretanya dibahagian pemandu dibuka seseorang. Dan dia ditarik keluar.

Sungguh dia tiada upaya untuk melawan. Dalam fikirannya hanya lah keselamatan anaknya didalam perut. Baru dia ingin memberitahu Adriel bahawa dia sedang hamil.
Usia kandungannya sudah masuk sebulan. Tetapi lain pula jadinya.

Seserang yang manarik Nelyna tadi menghumban tubuhnya kedalam kereta lain.
Mata Nelyna tertumpu kepada seorang lelaki yang sedang memandu. Siapa dia?.

Tempat kejadian tadi sudah dipenuhi orang ramai.
Nelyna dibawa pergi dari situ. Kereta yang dibawa oleh seseorang lelaki memecut laju.

Mata Nelyna semakin memudar. Sebelum semuanya gelap.
 
 
Bunyi desingan ditelinganya menyedarkan Nelyna. Mata perlahan-lahan dibuka. Dia dikelilingin dengan dinding saja. Dia dimana?.

Kepalanya yang terasa berat itu dia abaikan dahulu. Matanya teralih pula kepada tangan yang diikat.

Hatinya berdebar. Dia kena culik kah?.

Ikatan yang mengikat tangannya cuba dilepaskan. Pedih dan sakit seperti tidak terasa apabila Nelyna menahan.

Hampir setengah jam Nelyna berperang dengan ikatan tersebut akhirnya berjaya. Mulut tidak henti-henti ucap kalimah syukur.

Nelyna bangun kakinya pula terasa sengal. Mungkin akibat kemalangan tadi. Bahagian rahimnya dipegang. Berharap agak malaikat kecil itu masih mampu bertahan.

"jangan tinggalkan mama sorang-sorang sayang". Nelyna senyum pahit. Pintu yang tidak dokunci itu dibuka. Hanya rumah kosong dan usang.

Apa motif lelaki yang membawa Nelyna ke sini?.

Keluar saja dari tumah usang kecil itu. Halaman rumah hanyalah hutan yang tidak begiti tebal.

Telinga Nelyna menangkap bunyi seperti lebuh raya. Kaki nya cepat melangkah. Dia perlukan pertolongan. Terhinjut-hinjut dia berjalan.

Keluar saja dari hutan itu memang jalan raya yang menjamu matanya. Tidak berapa sesak.

Tangan digoyabgkan ingin mana-mana kereta yang sudi membantunya. Lama juga Nelyna menunggu.

Akhirnya ada sebuah kereta Vios putih yang berhenti ditepi. Ada seorang wanita yang separuh tua itu keluar dari bahagian penumpang menerpa ke arah Nelyna.

"cik.. Kenapa ni?". Raut wajah wanita itu sangat risau.
"makcik... Boleh tolong hantar saya ke hospital...". Lemah suara Nelyna. Dia letih dan tidak mampu lagi untuk berdiri.

"boleh-boleh jom ikut makcik". Nelyna dipapah oleh wanita itu. Masuk kedalam kereta. Lelaki yang ada di bahagian pemandu itu juga memandang simpati. Mungkin suaminya.

 

3 hari berlalu...

"terima kasih sebab Haritu Makcik tolong Nel...". Ucap Nelyna. Syukur masih ada manusia yang menolongnya.

"tak apa... Kami ikhlas, mujur anak Nel selamat juga. Alhamdulilah". Tangan gadis itu diusap oleh wanita itu yang dikenali sebagai Puan Kaseh.

"Kenapa Nel tak nak call keluarga Nel?". Soal Suami Puan Kaseh pula. Nelyna terdiam. Penerimaan dia terhadap Adriel masih belum dihadam.

"erm... Nelyna ada masalah sikit dengan suami Nel...". Pasangan itu mengangguk faham.

"harap Nel dapat selesaikan dengan cara baik lah". Puan Kaseh turut mendoakan.
"pakcik...". Panggil Nelyna.
Encik Akmal mendekat.

"Nel nak mintak tolong sikit boleh?...". Berat Nelyna ingin mengungkapkan kerana ini pasti akan menyusahkan Encik Akmal.

"boleh...". Nelyna senyum senang.

"kalau pakcik tak kerberatan... Tolong uruskan hal untuk penerbangan ke luar negara". Encik Akmal berkerut. Dia tiada masalah untuk uruskan. Tapi kenapa Nelyna hendak ke luar negara pula.

"baiklah...". Encik Akmal setuju. Lahipun pasti gadis dihadapannya ini ada alasan tertentu.

"terima kasih, Pakcik dengan Makcik dah banyak bantu Nel". Nelyna tidak lupa akan jasa pasangan itu.
 
"yaa.. Sama-sama. Dah Nel rehat, esok kamu dah boleh keluar".

 
LAMA  juga masa diambil untuk menguruskan semuanya. Sukar juga kerana semuanya secara rahsia.

Akhirnya semua urusan berjalan dengan lancar. Sekarang dia sudah berada di lapangan terbang

Marseille provence. Yes, Dia berada di France. Nelyna menggunakan duit yang ada di account bank nya untuk menguruskan semua benda

Kenapa dia datang ke sini?. Nelyna juga tidak tahu. Hanya mengikut kata hati.
Hanya seseorang yang boleh bantu dia disini. Darwish. Tadi dia sudah telefon lelaki itu. Untuk mengambilnya.

Walaupun tidak dapat melihat wajah, Nelyna tahu Darwish sedang terkejut. Sudah tentu Darwish sudah dapat berita tentang kemalangan itu.

"Nel!". Nelyna menoleh kearah suara yang memanggilnya..
"assalamualaikum". Sedikit sebanyak Nelyna memerli. Darwish hanya tersengeh.

"heh waalaikumsalam. Nel! Kau okay?!". Darwish terus menyoal. Nelyna tersenyum kelat dan mengangguk. 

"awish, tolong carikan rumah untuk aku kat sini". Darwish berkerut.
"buat masa sekarang aku tak nak ada kat Malaysia... Kau! Jangan bagi tahu sapa-sapa yang aku masih hidup. Kalau tak siap kau". Nelyna memberi amaran.

"haah ok-okay...".
    

*****
 
"ni kan rumah Maksu?". Darwish hanya mengangguk.
"takkan aku nak duduk dengan kau?...". Risau pula Nelyna. Walaupun mereka bukan di Malaysia. Tak selesa pula..

"aku tak duduk sini... Aku stay kat dorm.". Nelyna melepaskan nafas lega.
"owh.. Aku mintak maaf sebab menyusahkan kau". Darwish membuat muka toya. Dari dulu memang Nelyna suka menyusahkannya. Namun sedikit pon dia tidak terasa.

"kau nak stay sini sampai bila?". Soal Darwish. Dia tidak kisah tapi kasihan keluarga mereka di
Malaysia.

"sampai aku lahirkan anak aku maybe". Habis saja Nelyna berkata Darwish sudah terkedu. Anak?.

"kau mengandung ke?!". Nelyna mengangguk saja. Wajah Darwish jelas kelihatan teruja. Hati Nelyna berasa sebab. Matanya seolah-olah nampak Wajah Adriel yang kini berada dihadapannya.

"eh kenapa kau menangis?...". Tanpa disedari air mata Nelyna mengalir.
"tak... Aku cuma...". Nelyna diam.

"kau ada masalah dengan Riel?". Teka Darwish.

"Awish, aku penat lah. Nak rehat". Darwish yang faham itu menolong Nelyna membawa bagasinya masuk kedalam rumah.

"kau naik atas pastu pintu yang warna coklat belah kanan, tu bilik kau". Beritahu Darwish.

"thanks again sebab tolong aku". Ucap Nelyna.

"ye... Nanti kalau ada apa-apa call aku terus". Pesan Darwish dia sudah mula ingin keluar.
Nelyna mengangguk Faham.
   
 
 
 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Our Memories [C]Where stories live. Discover now