2 minggu berlalu...
Sejak kejadian 2 minggu lepas Nelyna tak melawat Adriel lagi. Lagipun yang Nelyna tahu Adriel dah keluar 2 hari selepas itu.
Dan setiap kali Nelyna bertembung dengan Adriel dia pasti mengelak.
Sesungguhnya Nelyna malu dengan kejadian itu.Jatuh atas Adriel. Omg tak boleh bayangkan tapi dah terjadi.
Dalam kelas pulak keluar saja pensyarah Nelyna menyibukan diri ataupun Nelyna juga turut keluar.
Pandangan Adriel uish seram."sampai mana dah?". Tersentak Nelyna dengan suara dari sebelah.
"Fikry...". Entah kenapa apabila dengan Fikry. Nelyna berasa tidak selesa."nah". Fikry menghulurkan sebotol air berperisa strawberry. Lambat-lambat Nelyna menyambut.
"terima kasih"."lama tak nampak, sibuk ke?". Soalan Fikry Nelyna angguk. Lagipun buat apa dia nak jumpa Fikry?.
"hmm thanks sebab haritu awak tolong saya". Kejadian lalu yang menimpa Nelyna terpancar difikirannya. Kalau tak salah, Fikry yang tolong bukakkan pintu semasa itu.
"no need, awak memang ada panic attack?". Tanya Fikry sambil meneguk minumannya juga.
"haah, dari saya kecil lagi". Fikry mengangguk tanda faham.
"you know what, orang yang kun-""Nel!". Terbatal niat Fikry ingin memberitahu Nelyna bahawa Adriel penyebab kejadian itu.
Airani mendekati Nelyna."jom". Ajak Airani. Nelyna memandang Airani pelik.
"pergi mana?""teman aku kejap nak jumpa sir Amirul". Akhirnya Nelyna bengun dari bersebelahan dengan Fikry.
"saya minta diri dulu eh?". Nelyna dan Airani beredar dari kerusi yang tersedia disitu."sir Amirul nak jumpa kau buat apa?". Terhenti langkah Airani dengan soalan Nelyna.
"erm sebernarnya... Aduh! Aduh!". Airani memegang perutnya secara tiba-tiba."kau kenapa?". Pelik Nelyna. Tiba-tiba saja Airani buat hal.
"aku sakit perut la. Kau tunggu sini, aku nak pergi melepas kejap". Tanpa menunggu jawapan dari Nelyna, Airani terus berlari meninggalkan Nelyna."Aira! Aira!". Panggil Nelyna berkali-kali namun tidak dihiraukan Airani.
"Nelyna Naira....". Naik bulu roma Nelyna mendengar panggilan tersebut. Suara tu...
Terus kepalanya dipusing menghadap kearah seseorang yang memanggilnya."erk? Ka-kau kenapa?". Otak Nelyna ligak mencari alasan untuk lari daripada Adriel. Ya! Adriel yang berada dihadapannya sekarang.
"kau kenapa suka lari dari aku?". Keluar juga soalan Adriel yang terpendam. Dia cuba untuk mendekati Nelyna untuk meminta maaf. Disamping itu juga dengan cadangan Haiden. Dah alang-alang tu apa salahnya.
"mana ada aku lari dari kau". Nafi Nelyna. Adriel menjeling saja, dah betul tak nak mengaku.
"ikut aku jom". Ajak Adriel dan mula ingin beredar. Nelyna pula masih terpinga-pinga.
"tak reti jalan ke? Ke... Kau nak aku dukung? Haih kenapa tak cakap". Langlah Adriel mendekati Nelyna semula."eh! Kau gila?!". Jarak diantara Dia dan Adriel dijauhkan sedikit.
"dah kau tak ikut aku"."aku tunggu Aira lah!". Sekeliling dipandang mencari kelibat Airani.
"kau ni... Haih cantik tapi bodoh". Nelyna memandang Adriel tajam. Cantik tu tak apa... Last sekali tu. Heh Dia pandai okeh!."aku yang suruh Aira ajak kau kesini, sakit mata aku tengok kau duduk dengan jantan tu". Bukannya Adriel tak perasan Nelyna bersembang dengan Fikry.
"aku bukan cemburu tapi aku tak suka...". Walaupun Adriel menipu tapi takpalah.
"tak tanya pon! Cepatlah nak pergi mana? Aku nak balik awal". Nelyna sendiri berjalan kearah kereta Audi R8 milik Adriel.*****
"Sial!!". Barangan yang ada dihempas kuat ke lantai biliknya.
Panas hati Fikry apabila mendapat tahu Nelyna mengikuti Adriel."heh, bodoh". Kata Fikry. Dia diperbodohkan?
"semua yang sepatutnya jadi milik aku kau nak?! Kau tak pernah puas ke!". Fikry membentak sendiri. Pasu hiasan yang berada di sebelahnya juga dihempas kuat.
Biliknya juga berselerak.Tok! Tok! Tok!
"tuan muda...". Suara pembantu rumah Fikry mula kedengaran.
"jangan kacau aku!". Sunyi terus keadaan diluar selepas mendapat jerkahan dari Fikry.Cermin dihadapannya dipandang. Wajah bengis dengan pelbagai perasaan ada pada dirinya.
"i"ll make sure, that girl will be mine".
*****
"Ad-adriel... Slow sikit...". Bagai nak tercabut jantung Nelyna. Bawak kereta macam bawak train.
"mana ada laju. slow la ni". Sememangnya Adriel sengaja. Terang lagi bersuluh Nelyna memang penakut."kalau excident nanti macam mana?! Aku tak nak mati dengan kau!". Tali pinggang yang membaluti tubuhnya digengam erat. Itu saja yang selamat baginya sekarang ini.
"kata-kata tu satu doa, kau nak ke mati dengan aku?". Nelyna pantas menggeleng.
Kereta Adriel yang mula perlahan dan memasuki simpang yang menuju ke taman bunga."kenapa kau bawak aku datang sini?". Soalan Nelyna dibiarkan berlalu saja.
"keluar jelah". Adriel sudah membuka pintu.
"taknak selagi kau tak bagitahu aku". Wajah Adriel dipandang kosong."keluar".
"taknak".
"keluar".
"taknak...". Apa yang tak faham sangat ni tak tahu lah. Dia cuma ingin tahu kenapa Adriel membawanya kesini.
"keluar sebelum jadi apa-apa kat kau dalam kereta ni". Nelyna menelan air liurnya kesat. Cepat-cepat dia membuka pintu kereta untuk keluar.
"tahu takut". Gumam Adriel.
Keluar saja dari kereta permandangan taman bunga yang luas dan pelbagai jenis bunga yang menjamu matanya. Indah dan cantik...
"aku tak pandai dan tak tahu nak bagi apa kat perempuan tapi aku cuma nak ajak...". Berat Adriel ingin meneruskan niatnya.
"kau nak ajak aku pilih bunga kat Laila kan?! Sure! Aku boleh tolong". Nelyna tersenyum. Untungnya Laila... Dapat Adriel. Dia yang suka Adriel sudah 17 tahun belum tentu dan mustahil akan dapat. Cepat-cepat Nelyna memandam perasaan sayang kepada Adriel walaupun perit.
Tuk!
"adoi!!". Dahi Nelyna digosok. Adriel jentik dahi licin dia? Omg. Memang nak kena.
"jangan sebut nama tu boleh tak". Larang Adriel. Ada pula Laila yang difikirkan Nelyna."betul laa... Kau cakap kau tak pandai nak bagi apa kat perempuan. Mesti kau nak mintak tolong aku kan?". Nelyna cuba untuk menyembunyikan perasaan sedihnya. Entah kenapa dia terasa hati.
"okay jom tolong kau pilih!". Nelyna mula mencari bunga-bungan yang segar dan cantik di sekelilingnya. Memang taman bunga ini boleh dipetik dan dibayar semasa pulang nanti.
"aku nak ajak kau kawin Nelyna Naira!". Terhenti langkah Nelyna. Dia cuba mencerna kata-kata Adriel. Suara Adriel yang agak kuat menarik perhatian pengunjung di situ.
"hahahhaa kau ni buat lawak pulak. Tengok tu diorang tak gelak pon". Nelyna cuba menyedapkan hatinya yang gelisah. Adriel ni gila agaknya.
"or... Hah! Kau mesti tengah practice sebab nanti nak cakap kat Laila kan?! Wahhhh bestnya". Nelyna menepuk tangan tanda dia suka namun sebaliknya.
"stop being childish Nelyna...". Nelyna diam tak terkutik. Dia bagaikan dialam lain saja sekarang ni.
"tak lawak Adriel...".
"i didn't make a joke". Dari riak wajah Adriel memang dia tengah sirius. Tapi mengapa tiba-tiba?.
"Damn"
TBC...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
❤❤❤❤
YOU ARE READING
Our Memories [C]
RomanceBook 2 Ada ka orang yang Kecik-kecik dah pandai jatuh cinta?. Yes, ada. Nelyna Naira, dia lah orang yang telah jatuh hati pada si Dia. Tapi, Nelyna Naira tidaklah sampai tegedik-gedik. Cuma melihat dari jauh. Disaat usianya menginjak 17 tahun. Den...