Seminggu berlalu...
Hari ini. Hari yang paling manakutkan Nelyna. Bernikah dengan Adriel?. Mungkin tiada didalam kamus hidupnya pada masa sekarang.
Baju putih yang berhiaskan manik-manik ringkas menghiasi tubuhnya. Tudung selendang putih juga membaluti mahkotanya. Tidak lupa juga inai dijarinya. Nelyna memilih inai berwarna putih sahaja untuk melukis ditangannya. Solekan ringkas saja dikenakan pada wajah Nelyna. Kata jurusolek tadi, tidak perlu tebal pun kerana Nelyna sudah mempunyai tona kulit yang natural.
Kini dia berada dihadapan cermin, masih meneliti dirinya. Getaran kian terasa. Dia akan Jadi isteri Adriel?. Masih tidak dipercayai Nelyna.
Dulu Nelyna pernah padam nama Adriel. Tapi sekarang..."Nelyna!! Omg cantiknya kau!!". Luruh jantung Nelyna akibat terkejut dengan suara Airani dan Maisarah.
"aduh korang ni, nasib aku tak ada sakit jantung". Dadanya dipegang."hehe sorry!. But! Kau cantik sangat!!". Maisarah mendekati Nelyna yang berada di cermin meja soleknya.
"aku tak percaya lah kau dah nak kawin". Kadaan menjadi sebak. Dari dulu dia berkawan dengan Nelyna. Sekarang sehabatnya sudah ingin menjadi isteri orang.Nelyna tersenyum tawar. Tiadapun riak kebahagian pada wajah Nelyna. betulkah keputusan yang dia ambil ini?.
"terima kasih.. Sebab datang". Ucap Nelyna. Mereka bertiga berpelukan seketika sebelum Puan Nuriani memasuki bilik Nelyna.
"amboi anak dara ni... Cantik-cantik belaka". Puji Puan Nuriani kepada Airani dan maisarah. Nelyna tergelak melihat wajah Malu mereka.
"maksu nak cakap dengan Nel kejap boleh?". Airani dan Maisarah keluar untuk memberi ruang kepada Puan Nuriani dan Nelyna.
"Nel rasa macam tak boleh la maksu". Hatinya gusar. Fikiran Nelyna sudah celaru.
"Nel... Cuba bertenang". Nafas Nelyna diatur dengan perlahan. Lama kelamaan dia sedikit tenang."mujur muka Maksu sama macam mama, boleh la Nel merasa Mama ada waktu Nel kawin". Air Mata Nelyna sudah bertakung.
"tapi papa...". Dia ingin menangis."papa dan mama Nel ada di hati Nel". Kata-kata Maksu ada betulnya. Insan yang dia sayang sekarang berada dihatinya.
"tak pa sayang... Maksu ada". Nelyna memeluk Puan Nuriani.
"dah... Tak cantik dah Anak Maksu ni". Hidung dan mata Nelyna kelihatan merah akibat menangis. Mujur makeup yang tertacap tidak luntur."akak...". Suara Nadia pula datang memeluk Nelyna. Lepasni mesti susah nak bergaduh. Sedihnya.
"Nad". Pelukan teralih kepada Nadia pula. Adik yang paling dia sayang walaupun kadang-kadang rasa macam nak jual.
"nanti cepat-cepat bagi anak buah kat Nad".
Pap!
Tamparan Nelyna tepat terkena pada bahu Nadia. Apa kena dengan Nadia ni?.
"sakit...". bahunya digosok. Kakaknya ini semua boleh. Tampar, tumbuk, paling sakit. Cubitan dia. Omg.
"gila". Hilang suasana sedih tadi dan Nelyna kembali tersenyum.
"dah jom turun, my lovely brother in law dah datang". Amboi. Bukan main Nadia."baik kau cakap kat aku kenapa kau selalu sangat pujuk aku kawin dengan dia?". Nadia menelan air liurnya. Ni kalau bagitahu habis dia.
"kan Nad dah cakap dia baik". Mustahil. Baik bagi Nadia tapi bukan Nelyna.
"Nad...". Renungan tajam itu membuatkan Nadia mengeluh."kau ingat tak haritu aku pernah teringin nak beli handbag LV?". Nelyna anggukkan sahaja. Pernah bulan lepas Nadia menyuruh Nelyna berlanja bag mahal itu tapi Nelyna melarang. Beg tangan Nadia dah penuh satu almari. Buat apa nak beli lagi?.
YOU ARE READING
Our Memories [C]
RomansaBook 2 Ada ka orang yang Kecik-kecik dah pandai jatuh cinta?. Yes, ada. Nelyna Naira, dia lah orang yang telah jatuh hati pada si Dia. Tapi, Nelyna Naira tidaklah sampai tegedik-gedik. Cuma melihat dari jauh. Disaat usianya menginjak 17 tahun. Den...