"oi! Kau ni kitorang dari tadi lagi tercangak dekat sini, kau boleh termenung?!". Zarreen menampar bahu kiri Adriel. Mujur tiada luka atau masalah disitu.
"ish apaa".
"kau kenapa? Tengok luar macam nak terjun". Haiden yang perasan Adriel termenung juga menegur.
"tak.. tapi aku rasa nak campak kau". Haiden dijeling sekilas. Fikirannya serabut dengan Masalahnya.
"apa aku nak buat ha?". Soal Adriel tiba-tiba.
Zarreen dan Haiden saling berpandangan. Apasal dengan Adriel ni, jatuh tangga boleh bodoh agaknya."Iden, kau tak rasa ke kita kena panggil Doktor?". Haiden disebelah mengangguk setuju.
"apa korang merepek ni". Tangan Adriel mahu saja mencepuk kedua-dua manusia dihadapannya."haih cuba kau terus terang apa yang mengganggu kau sekarang ni?". Malas Haiden berfikir panjang dia terus menyoal hal sebenar.
"kau tau kan bukan keluarga Nelyna penyebab mama aku mati". Haiden dan Zarreen mengangguk. Adriel sudah menceritakan hal ini.
"aku... Rasa bersalah". Riak wajah Adriel jelas kelihatan suram.
"kau mintak maaf laa kat dia". Zarreen memberi cadangan."kau cakap senang la". Dari dulu Adriel berdendam dan membenci dengan Nelyna.
Takkan dengan tak malunya senang-senang nak mintak maaf?."untuk tebus kesalahan kau, apa kata kau...."
*****
"kak! Kau pergi mana lambat balik?". Nadia mendekati Nelyna dengan berwajah risau. Lewat juga Nelyna pulang sudah hampir pukul 11.
"aku dari hospital... Banyak songeh pulak laki tu". Badannya dihempas diatas sofa. Letih melayan karenah Adriel yang macam budak-budak bila sakit.
"laki?". Lihat kerutan didahi Nadia membuatkan Nelyna mengeluh.
"Adriel..."."kenapa dengan dia?!". Nada suara Nadia sedikit terkejut.
"jatuh tangga kat uni". Jelas Nelyna malas."ooo... Kesiannya...". Nelyna memandang tepat kearah Nadia.
"sikit jelaa tapi akak benci dia". Benci Nelyna pada Adriel masih tersisa."haih sebab tu ke?". Nelyna yang faham maksud Nadia mengangguk.
"akak... Nad rasa dia pon tak bermaksud nak tuduh akak macam tu". Nelyna mendengar apa yang dikatakan Nadia."Nad tak faham...". Kalini Nadia pula mengeluh. Dia tidak mahu mereka berdendam dengan sesiapa. Tapi Nelyna masih terasa hati dengan Adriel.
"Cik Nel, Cik Nadia". Mak Mah datang menegur dua anak dara itu.
"eh Mak Mah... Kenapa?". Soal Nelyna."dah makan? Mak Mah ada masakkan tomyam tadi". Nelyna dan Nadia saling berpandangan. Dengan kiraan 1...2...3...
"aku dapat dulu!!". Nadia ditolak ketepi dan Dia berlari kedapur. Dua gadis itu berlumba untuk mendapatkan masakan tomyam Mak Mah.
"eh aku nak jugak!!!". Mak Mah tergelak dengan perangai mereka berdua. Dari kecil selalu berebut sesuatu sedangkan benda tu banyak.
"wahhh sedapnya...". Bau kuah tomyam yang memasuki hidungnya membuatkan perutnya berkeroncong.
"makan malam-malam macam ni tak gemok ke?". Nadia bertanya kepada kakaknya. Selalunya mereka tidak akan makan lebih pada jam 10.
"alah, malam ni je, esok kita exercise la balik". Kata-kata Nelyna mengundang tawa dari Nadia dan Mak Mah.
"kalau macam tu makan cepat lepastu naik rehat". Mak Mah yang dari tadi diam akhirnya membuka suara kepada Nelyna dan Nadia.
*****
"teruk juga kau kena semalam?". Sinis mata hitam itu memandang kawannya.
"2 lawan 1... Memang macam ni lah". Pipi kirinya yg lebam diusap perlahan. Sesekali dia mengaduh sakit."kita tunggu ketua diorang sihat dulu, baru kita serang". Rancangan dia untuk memusnahkan kumpulan itu akan bermula. Sudah lama dia hantar orang untuk mengintip tetapi selalu juga terkantoi.
*****
"oi! Awal nak keluar?". Terhenti kelakuan Nelyna sedang memakai kasut sukan.
"aku nak pergi joging lah, alang-alang tu aku nak singgah tengok Adriel". Cap di kepalanya dibetulkan sedikit. Memandangkan hospital itu berdekatan dengan rumahnya, tak salah dia nak melawat."eleh, kata tak suka tapi kau risau kan...". Nadia mengejek kakaknya.
"lah aku nak tengok ja, lepas tu aku balik la". Nelyna sudah ingin beredar. Tak mahu dia berlama-lama disitu banyak soal pula si Nadia itu.15 MINIT Nelyna berlari perlahan akhirnya dia sampai di jalan yang menuju ke Hospital. Air yang dibeli tadi diteguk rakus. Hujung minggu memang Nelyna sering meluangkan masa untuk bersenam.
"nak beli apa-apa tak eh untuk mamat tu?". Sekeliling dipandang jika ada gerai-gerai yang sudah dibuka.
Kaki Nelyna melangkah kearah salah satu gerai yang menjual nasi lemak lalu Nelyna memebeli beberapa bungkus untuk Adriel.
Setelah selesai membuat pembayaran Nelyna naik ke tingkat 5 dimana Adriel ditempatkan.
Namun Nelyna terundur kembali apabila terlihat seorang perempuan yang keluar dari bilik ward Adriel. Muka nampak macam stress.Nelyna memerhati Kelakuan Perempuan itu dari sudut yang agak tersembunyi.
Nampaknya perempuan itu membuang sesuatu kedalam tong sampah.Hilang saja kelibat perempuan tadi Nelyna keluar dari tempat sembunyi. Nurse disitu memandang pelik ke arah Nelyna. Terjengol-jengol.
"muka perempuan tu macam... Yang datang dengan uncle Adam kelmarin". Memang Nelyna pasti itu adik tiri Adriel.
Tanpa berlengah Nelyna masuk ke bilik ward Adriel.
"oi! Tutup mata!". Terkejut dengan Suara Adriel. Nelyna cepat-cepat berpusing dan menutup mata.
"tak nampak! Tak nampak!". Kata Nelyna didalam hati, namun sebaliknya. Ya! Dia nampak sedikit.
"dah". Nelyna membuka matanya kembali dan berpusing menghadap Adriel yang sudah berbaju."kenapa kau bukak baju? Jangan-jangan...". Nelyna memandang kearah pintu dan terfikir semasa Adik tirinya keluar tadi.
"kau jangan nak fikir bukan-bukan... Budak tu keluar ja tadi aku ingat nak mandi, kau pulak masuk. Hah! Jangan-jangan kau yang nak buat apa-apa kat aku!". Terlopong Nelyna dengan tuduhan Adriel.
"elok-elok sikit eh. Aku saja je datang". Nelyna meletakkan nasi kemak yang dibelinya tadi diatas meja.
"ye laa tu". Nelyna mengeluh.
"dah pergi laa mandi, aku nak balik".
"eh kejap laa... Tolong la aku". Nelyna memandang Adriel pelik.
"tolong apa?"."kaki aku tak elok lagi... Susah la nak jalan, aku nak mandi". Rungut Adriel. Nelyna memandang kasihan.
"aku boleh tolong tapi, kau jangan nak dekat-dekat eh...". Nelyna mengambil kerusi roda yang berhampiran dan dibawa mendekati Adriel.
Selesai saja Adriel duduk di kerusi roda tersebut Nelyna menolak Adriel menuju ke bilik air yang tersedia.
"kau dari mana?". Soal Adriel.
"rumah lepastu, Joging datang sini". Nelyna menjawap ringkas.
Adriel bangun dan terjongket-jongket kerana ingin mengimbangi badannya."kau mesti berpeluhkan? Jom mandi dengan aku?". Tangan Nelyna terasa seperti ringan saja ingin menampar Adriel.
"jangan sampai kaki kau yang terseliuh tu patah terus". Nelyna memberi amaran tiba-tiba pula terasa malu dengan Adriel.
"garangnya kau". Adriel menahan tawa apabila melihat wajah marah Nelyna.
"pergi laa masuk cepat... Apa-apa jadi jerit ja". Pesan Nelyna.Adriel yang berdiri agak tidak seimbang akhirnya tersalah langkah dan jatuh kembali diatas kerusi roda. Yang dia tidak sangka dia tertarik Nelyna juga untuk jatuh.
"eh! eh! Adriel!".....
TBC...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
❤❤❤
YOU ARE READING
Our Memories [C]
Любовные романыBook 2 Ada ka orang yang Kecik-kecik dah pandai jatuh cinta?. Yes, ada. Nelyna Naira, dia lah orang yang telah jatuh hati pada si Dia. Tapi, Nelyna Naira tidaklah sampai tegedik-gedik. Cuma melihat dari jauh. Disaat usianya menginjak 17 tahun. Den...