Harini sudah masuk dua bulan Nelyna mendirikan rumah tangga. Nel tersenyum riang apabila mendapat mesej daripada Adriel.
-jumpa abang dekat sini, i have something special for you-
Baguslah dia juga ada benda istimewa ingin memberitahu Adriel.
Tapi pelik kerana lokasi yang dihantar Adriel itu disebuah gudang yang agak terpencil dan dijauh jalan raya. Agak sunyi.
Nelyna berjalan masuk, kata Adriel dia harus ke belakang. Terletak sebuah bilik kecil. Memang ada kereta Adriel dan 2 lagi rakkannya yang elok terpaking.
Macam-macam betul Adriel ni. Nelyna tergelak sedikit.
Perlahan-lahan kaki melangkah kearah pintu bilik yang terpencil itu. Tiba-tiba hidung Nelyna menangkap satu bau yang aneh. Mahu saja dia termuntah tapi ditahan.
"bau apa ni?". Keliling diperhati. Hutan semua pasti ada haiwan yang mati. Mungkin.
"Nelyna mula mendekat pada bilik itu. Pintu ditolak sedikit."Allah...". Nelyna mengucap panjang. Jantungnya bagaikan terhenti. Tekaknya betul-betul rasa loya. Bau yang tadi dikatakan bangkai haiwan adalah hanyir darah manusia.
"sayang?!". Adriel cepat-cepat melepaskan pisau di tangannya. Haiden dan Zarreen dibelakang sudah terkedu. Rahsia mereka terbongkar. Ada seorang lelaki dihadapan mereka yang sudah tidak bernyawa.
Nelyna menekup mulutnya. Mata yang tadi normal kini berair. Siapa manusia dihadapannya ini.
Nelyna berundur ingin lari. Sumpah dia takut. Siapa Adriel?. Otaknya berkata lari namun hatinya menidakkannya.
Terdengar suara Adriel yang memanggil dan mengejarnya. Lagi cepat Nelyna membuka langkah. Dia takut tapi dia sayangkan lelaki yang bergelar suaminya itu.
Langkah Adriel terlalu pantas dan dia berhasil memegang tangan Nelyna.
"lepas! awak siapa?!". Jerkah Nelyna. Berdosa pun berdosa lah. Tapi dia perlukan penjelasan.
Kenapa Adriel berbuat begitu kepada manusia."sayang ab-"
"jangan panggil saya dengan panggilan tu". Tegas Nelyna. Dalam situasi sekarang dia berasa jijik.
"awak pembunuh Adriel, apa guna kalau awak solat? Ikut perintah Allah? Tapi awak membunuh?!". Memang tidak patut Nelyna berkata begitu. Tapi Adriel... Nelyna menarik kembali tangannya.
"sampai hati awak... Saya sayang awak. Tapi awak?". Lirih suara Nelyna.
Arah keretanya dituju. Air mata yang mengalir tanpa henti tadi diabaikan.
"saya tak akan maafkan awak selagi awak tak berhenti kerja kotor dan haram macam ni, kalau suatu hari nanti anak kita lahir saya tak akan mengaku awak bapa dia. Sebab awak pembunuh!". Hati Adriel bagai disiat. Nelyna sudah mahu tinggalkan dirinya.
Nelyna menoleh untuk menyambung melangkah ke keretanya.
Setelah berjaya masuk Nelyna mengunci pintu dan mula beredar. Adriel cuba membuka pintu tapi gagal.
"sayang! Abang mintak maaf! Abang janji tak buat lagi". Rayuan Adriel tidak diendahkan lagi. Kereta Nelyna laju pergi meninggalkan. Kawasan itu.
YOU ARE READING
Our Memories [C]
RomanceBook 2 Ada ka orang yang Kecik-kecik dah pandai jatuh cinta?. Yes, ada. Nelyna Naira, dia lah orang yang telah jatuh hati pada si Dia. Tapi, Nelyna Naira tidaklah sampai tegedik-gedik. Cuma melihat dari jauh. Disaat usianya menginjak 17 tahun. Den...