"auch!". Berkerut muka Nelyna menahan pedih. Airani masih fokus pada luka Nelyna.
"kerusi yang dekat belakang kelas kita tu, kerusi diorang lah". Terkejut Nelyna. Takkan Adriel ambik course sama dengan dia?. Tapi Wajar lah kan nanti mesti dia yang ambik alih syarikat daddy dia. Begitu juga dengan Nelyna.
"2 orang lagi mesti Haiden dengan Zarreen kan?". Airani mengangguk. Tiga jejaka kacak itu memang terkenal di Universiti itu.
"harini mesti diorang masuk kelas". Tambah Airani lagi. Akhirnya Airani menampal plaster pada luka Nelyna.
"thanks".
"dulu... Dia pernah cakap dekat aku jangan tunjuk muka ni depan dia, tapi sumpah aku dah cuba untuk tak jumpa dia and aku mana tahu yang dia pon study sini, dengan si dengki tu sekali". Airani berkerut. Bukan pasal Adriel tapi sidengki?
"Si Dengki?". Nelyna tergelak.
"Laila? Kenal tak?". Jelas wajah Airani kelihatan terkejut.
"gila kau tak kenal. Dia lah orang paling perasan kat kolej ni". Kalini Nelyna pula hairan.
"perasan kenapa?""dia bagitahu semua orang dekat kolej ni yang Adriel tu boyfriend dia, sedangkan Adriel menyampah dengan dia". Cerita Airani. Nelyna diam berfikir. Jadi tadi tu Laila perasan?. Haha
"kalau kau nak tahu, Laila pon aku kenal dari sekolah rendah, memang dia selalu cari pasal dengan aku entahlah aku pon taktahu kenapa dia tak suka aku". Tambah Nelyna lagi.
"haih biarlah, selagi tak ganggu emosi kau. Kau sabar jelah". Betul kata Airani. Selagi tak menganggu emosi dan otaknya baik dia biarkan. Lagipun bergaduh ni tak membawa faedah pon.
"jom. Lagi 5 minit class nak mula". Airani dan Nelyna beredar dari situ.
*****
Masuk saja kedalam kelas, mata Nelyna tertaut pada sepasang mata tajam dibahagian belakang. Cepat-cepat dia melarikan anak matanya. Nelyna menghembus nafas berat.
Dengan perlahan Nelyna bergerak ke tempat duduknya. Namun dekat juga dengan Adriel.
Cuma selang beberapa buah meja dari depan.Dalam beberapa minit Puan Aminah pon tiba.
Kelas bermula seperti biasa.Sedang Nelyna memberi fokus pada pengajaran Puan Aminah ada satu gumpalan kertas melanggar kepalanya dari belakang.
Boleh tahan keras juga.Nelyna sudah dapat mengagak siapa yang membaling kertas tersebut. Dengan geram Nelyna mencapai kertas lalu membuka.
"pembunuh"
Tersentak Nelyna dengan perkataan yang ditulis Adriel.
"oi". Siku Airani mengejutkan lamunan Nelyna.
"hah?". Nelyna terpinga-pinga."Puan Aminah panggil kau tu". Terus Nelyna memandang kehadapan. Jelas Puan Aminah memandang tepat kearahnya.
"ye Puan?". Takut-takut Nelyna bertanya. Kata Airani Puan Aminah ni boleh tahan garang.
"awak dengar tak saya explain kat depan tadi?". Nelyna mengangguk pantas.
"de-dengar". Kertas tadi dimasukkan kedalam begnya.Adriel dibelakang tersenyum sinis.
*****
"hye boleh saya duduk sini?". Satu suara menyapa Nelyna yang sedang mencatat sesuatu dibukunya.
YOU ARE READING
Our Memories [C]
RomantiekBook 2 Ada ka orang yang Kecik-kecik dah pandai jatuh cinta?. Yes, ada. Nelyna Naira, dia lah orang yang telah jatuh hati pada si Dia. Tapi, Nelyna Naira tidaklah sampai tegedik-gedik. Cuma melihat dari jauh. Disaat usianya menginjak 17 tahun. Den...